View: 7498|Reply: 13
|
PONDOK-PONDOK [TV9, Ahad - 9 malam]
[Copy link]
|
|
Uji bakat Pondok-Pondok
| SEIRING dengan 'tagline' Dekat Di Hati, TV9 yangkini menjadi stesen nombor dua pilihan penonton akan tampil denganpelbagai program menarik pada tahun 2009. Selain program untuk wanitadan drama, tidak ketinggalan tentunya untuk tontonan kanak-kanak.
| Sehubungan itu, TV9 mencari kanak-kanak berbakat berusia antaraempat hingga 12 tahun untuk menjayakan rakaman terbaru terbitannya,Pondok-Pondok. Istimewanya, program ini ia akan dihoskan juara RajaLawak musim kedua, Nabil.
Berdasarkan populariti Nabil yangmakin meningkat sekarang ini, pastinya pemuda berusia 25 tahun itusesuai menjadi pilihan untuk bekerjasama dengan kanak-kanak. Bahkan,siapa tahu Pondok-Pondok akan menjadi antara program popular TV9.
Bagi kanak-kanak yang ingin menyertai uji bakat Pondok-Pondok, merekaharus mempunyai kriteria ditetapkan seperti perwatakan ceria, petahbercakap dan berani. Tarikh uji bakat dijadual berlangsung selama tigahari iaitu 5, 6 dan 7 Disember.
Kepada ibu bapa yang berminatmengetengahkan uji bakat anak mereka, masa uji bakat bermula dari jam10 pagi hingga 5 petang. Ia bertempat di Sri Pentas, Persiaran BandarUtama. Selain uji bakat pelbagai aktiviti menarik turut disediakan.
Antara aktiviti khas buat kanak-kanak seperti pertandingan mewarna,melukis dan penjualan barangan Upin & Ipin. Apapun, tentunyaaktiviti sebegini akan memeriahkan dan menceriakan sesi uji bakat.Jadi, anak kecil yang berbakat jangan lepaskan peluang ini.
Menyedari kanak-kanak juga adalah 'penyumbang' sebagai penonton TV,sudah tentu pelbagai program menarik perlu disediakan untuk tatapanmereka. Justeru, boleh dikatakan program Adik Di 9 berjaya menambathati kanak-kanak dengan rancangan kartunnya.
Walaupun dialihbahasa kepada Bahasa Malaysia tetapi penerimaan tetap baik. Hinggakan,pengacaranya Nik Muhammad Farith Adruce Nik Adelin atau Nik Adruce, 14,kini dikenali ramai. Selain mengacara, Adruce turut bergelar pelakonapabila berlakon dalam filem dan drama Tentang Bulan.
Bukan itusaja, TV9 juga mempunyai rancangan Mari Mengaji bersama Ustaz Zamri.Tidak terkecuali, program realiti TV yang mencungkil bakat kanak-kanakdalam nyanyian, Idola Kecil yang disiarkan setiap Sabtu, jam 9 malam.Ia dihoskan Zizan (Raja Lawak).
Justeru, pastinya ibu bapayang yakin anak mereka berbakat mahu turut serta dalam uji bakatPondok-Pondok. Lebih-lebih lagi, pada musim cuti sekolah sekarang.Sudah pasti, sesi uji bakat ini dapat mengisi masa terluang anak-anakanda.
[ Last edited by Syd at 12-2-2009 10:56 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
dah nmpk iklan kat tv9 kan........gan budak2 arr![](static/image/smiley/default/tongue.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
adeh yang ni lagi luas penyiarannya dari tom tom bak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pondok-Pondok dan Studio Nabil dicipta khas untuk Nabil
Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN
UNTUNG batu tenggelam, untung sabut timbul - mungkin itulah yang dapat diperkatakan mengenai perjalanan karier seni juara Raja Lawak musim kedua, Ahmad Nabil Ahmad.
Jejaka kelahiran Mambau, Negeri Sembilan ini sememangnya insan yang bertuah kerana belum pun dua tahun usia karier seninya sebagai pelawak dia telah diberikan peluang mengacarakan rancangan yang dicipta khas untuknya.
Peluang yang diberikan oleh sebuah stesen televisyen Media Prima, TV9 untuk mengacarakan dua buah rancangan, Pondok-Pondok dan Studio Nabil nyata tidak dipersiakan oleh jejaka yang sedang meniti popularitinya tersendiri.
Menurut Ketua Pegawai Operasi TV9, Bukhari Che Muda dua program baru yang diterbitkan itu sememangnya dicipta khas untuk Nabil kerana karekter dan bakat semulajadi yang ada dalam diri jejaka tinggi lampai itu.
“Sesuai dengan bakat semulajadi yang pada Nabil, kami yakin dia mampu menggalas tanggungjawab sebagai pengacara dua program ini dengan baik.
“Nabil pada masa yang sama turut memberikan ideanya untuk memantapkan program ini pada peringkat awal,” katanya.
Jelasnya lagi, konsep rancagan Pondok-pondok adalah membawa orang dewasa memahami dunia kanak-kanak.
“Ada kalanya orang dewasa perlu membawa diri mereka ke dalam dunia kanak-kanak agar mereka lebih faham dengan bakat yang dimiliki oleh anak mereka,” ujarnya selepas majlis perasmian program Pondok-pondok dan Studio Nabil.
Nabil yang ditemui sebaik program itu berakhir berkata dia begitu teruja dengan peluang yang diberikan namun pada masa yang sama dia tetap akan memberikan komitmen sebaik mungkin sama seperti rancangan lain.
“Saya sangat menghargai peluang yang diberikan lebih-lebih lagi bila menggunakan nama sendiri. Namun pada masa yang sama saya anggap ia cabaran besar dan saya akan pasti akan memberikan yang terbaik dalam program ini.
Nabil teruja dengan peluang yang diberikan dan berjanji akan memberikan komitmen sebaik mungkin sama seperti rancangan lain.
“Kalau bercerita tentang kanak-kanak saya agak biasa dengan mereka walaupun saya tak ada anak. Tapi saya selalu bergurau dan menyakat anak-anak buah saya di kampung,” ujar Nabil yang sedang intim dengan pelakon Irma Hasmie.
Menurut Nabil lagi, dia tidak terikat dengan mana-mana stesen televisyen maka tidak timbul sola dia menjadi hak ekslusif sesebuah stesen.
“Pihak TV9 juga tidak mengikat kontrak untuk jadi duta mereka,sebaliknya ia kontrak untuk program. Tidak timbul soal eksklusif di sini,” kata jejaka yang berusia 26 tahun ini.
Jelasnya,dia tidak meletakkan sebarang harga untuk setiap tawaran yang diterimanya.
"Saya lebih suka kalau orang boleh gembira dengan lawak saya itu lebih baik daripada meletakkan harga untuk setiap tawaran yang diterima.
"Saya tak nak buat diri saya mahal hanya kerana kita ada nama, bagi saya biarlah berpatutan, itu lebih baik rasanya," katanya yang akan muncul dalam filem Lu Pikirlah Sendiri Nabil.
Menceritakan lebih lanjut mengenai rancangan Pondok-Pondok, Nabil berkata ia memberi peluang kepada kanak-kanak untuk sama-sama terlibat dalam beberapa segmen menarik dan interaktif seperti masak-masak, fesyen-fesyen, kahwin-kahwin, cikgu-cikgu, ubah suai, bercerita, dan banyak lagi.
"Mereka juga berpeluang menari, menyanyi, bermain silap mata serta berpeluang menonjolkan bakat terpendam masing-masing," kata Nabil.
Diterajui oleh Azura Abdul Karim selaku penerbit, Pondok-Pondok akan memulakan siarannya pada 15 Februari ini setiap Ahad, jam 9 malam. |
|
|
|
|
|
|
|
dah tengok...entahlah...bukan nabil tak best...tapi rancangan ni kurenggg lah sket pada aku...
tuk kanak2 sure ok... |
|
|
|
|
|
|
|
baru tgk semlm x bes langsung..... |
|
|
|
|
|
|
|
aku tertgk smlm..
kureng la |
|
|
|
|
|
|
|
aku tengok sekali jek. pada aku nabil ni belum sesuai jadi pengacara ngan bebudak bawah umur 7 tahunlah.
cara dia approach bebudak tak kena. kena belajar lagi..
dari segi ni aku lagi suka tengok aznil layan kerenah bebudak..... |
|
|
|
|
|
|
|
tabestla.. feeling2 nak tiru tom tom bak ka |
|
|
|
|
|
|
|
tiru..
SIAPA PINTAR lagi ok..
ade pengajaran.. |
|
|
|
|
|
|
|
mmg nk tiru tom tom bak.. hahaha.. tp asal ade nabil... i suke.. huhuhu ade satu lagi prog di studio tu best!!
knp nabil x terikat ngan astro saje ek? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 gigi00's post
Sebab syarikat Maestro mungkin akan lingkup hehe |
|
|
|
|
|
|
|
rancangan ni kadang2 tertengok.. ok ok la..
agree that nabil kena improve lagi cara dia layan budak2
keletah budak2 je yg buat rancangan ni best ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|