CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7648|Reply: 32

populariti : mawi merudum kikin menaik ?

[Copy link]
Post time 23-1-2009 08:48 AM | Show all posts |Read mode
Tuah bergelar Puan Mawi - Ekin raih tawaran ratusan ribu ringgit daripada Jakel

Oleh FERIDE HIKMET ATAK
[email protected]


Saya anggap, sama ada kami ditaja atau tidak, masih lagi kedengaran suara yang mengkritik kita sampai bila-bila. Ada saja yang tidak kena. Jadi prinsip saya senang, kalau mahu dengar cakap orang, susahlah nak hidup

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-1-2009 08:49 AM | Show all posts
ratusan ribu wo

lepas ni bolehlah mawi goyang kaki
kikin pulak cari rejeki

<lain pulak rupa kikin kat sini... >


[ Last edited by  niy at 23-1-2009 08:50 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2009 08:50 AM | Show all posts

Reply #2 niy's post

hooorey
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2009 08:55 AM | Show all posts

TUAH ayam nampak di kaki, tuah Ekin banyak yang sudah tahu. Daripada seorang wanita biasa yang karier lakonannya kurang menjadi, tak takut kena saman ke reputz nih Ekin tetap mendapat perhatian umum, gara-gara dia kini sudah menjadi milik seorang lelaki yang cukup hebat popularitinya, Mawi.
Perhatian demi perhatian diterimanya memang cukup hebat dibandingkan dengan sumbangannya kepada industri hiburan.
Hari ini Ekin semakin menjadi perhatian oleh syarikat-syarikat berjenama untuk mempromosikan barangan mereka pula.

Sebelum menjadi isteri Mawi, mungkin banyak yang tidak tahu wanita berusia 30 tahun itu mendapat rezeki terpijak. Jika hantaran perkahwinan Mawi kepadanya bernilai RM30,000, khabarnya sebagai duta tudung berjenama Ariani, Ekin mendapat hantaran yang lebih meriah. Ratusan ribu ringgit telah menjadi milik Ekin selepas dia secara rasmi menjadi duta tudung yang diterbitkan oleh jenama tekstil terkemuka dalam negara, Jakel.
Kontrak sudah ditandatangani beberapa hari sebelum pernikahan Ekin dan Mawi di Kuala Lumpur, November lalu.

Gembira dilamar lagi
Bercakap tentang kontrak berkenaan, kata Ekin dia amat bersyukur kerana menjadi sebahagian daripada keluarga Jakel. Tambah membanggakan kerana produk yang dipromosikan merupakan pakaian penting yang menutup aurat muslimah.

"MAWI dan Ekin."

Sementelah dia sendiri tampil dengan imej bertudung semenjak setahun lalu, Ekin menganggap kontrak dengan Ariani sebagai rezekinya.
"Saya cuma menandatangani kontrak untuk setahun sahaja. Saya dapat tawaran ini pun sebab saya memang suka tudung Ariani kerana kelainan tekstilnya.
"Jadi bila Ariani menawarkan saya untuk menjadi duta mereka, saya sangat berbesar hati. Ibarat pucuk dicita ulam mendatang. Waktu saya menandatangani kontrak bersama Jakel, kami sangat santai. Kebetulan, waktu mereka mengajak bermesyuarat, saya dan Mawi berada di pusat membeli-belah Pavillion Kuala Lumpur. Jadi pihak Jakel pun datanglah ke sana dan kami bermesyuarat di Coffee Bean. Saya pun terus tanda tangan kontrak di sana tanpa sebarang masalah," ujar Ekin yang menandatangani kontrak tersebut disaksikan Mawi sendiri.

Mengenai hantaran ratusan ribu ringgit oleh pihak Jakel kepadanya, Ekin bagaimanapun memilih untuk merahsiakannya. Cuma kata Ekin, harga yang ditawarkan kepadanya cukup berbayar dengan khidmat yang perlu dilakukannya.

"Tak adalah sampai ratusan ribu. Mereka menawarkan mengikut pasaran yang sedia ada. Berapa yang Jakel tawarkan, saya tak mahu komen. Kalau boleh hal-hal sebegini saya tak mahu berkongsi dengan umum, biarlah menjadi rahsia antara saya dan Jakel sahaja," kata Ekin.


Rumah pun ditaja
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Justeru kerjasama dengan tekstil terkemuka itu tidak dibiarkan begitu saja, sebaliknya pihak Jakel dikatakan bermurah hati untuk menaja beberapa perabot dan hiasan kediaman barunya dan suami di Bangi, Selangor. Rezeki terpijak lagi.


"MOHAMED Feroz dan isterinya, Farah Haryani antara peminat Ekin."

Betul kata orang, memang beruntung jadi isteri orang ternama. Mana tidaknya, sebelum ini barangan perhiasan rumah baru keluarganya di Johor Bahru juga turut ditaja oleh beberapa pihak.
"Alhamdulillah, nampaknya macam itulah. Kami masih berbincang tentang penajaan untuk rumah kami di Bangi. Nampaknya mereka memang berminat untuk membantu kami mengatur hiasan dalamannya," tuturnya yang tidak mahu menolak rezeki yang hadir begitu saja.

Rasa serba salah
Biarpun kelihatan Ekin begitu teruja dengan pelbagai penajaan yang diraih, jauh di sudut hati wanita ini tercetus dilema berpanjangan. Dia sedar dirinya barangkali dicemuh oleh pelbagai pihak apabila banyak perkara penting yang berlaku dalam hidupnya ditaja pihak lain.
"Nak ikutkan hati, kalau boleh, saya dan Mawi tak mahu ditaja. Kadang-kadang saya terfikir, nak terima atau tidak dengan tawaran mereka itu.

"WAJAH ceria Ekin sebelum bertudung."

"Takut, kalau saya kata tak nak, orang kata saya berlagak. Tapi kalau terima, orang luar pula tertanya-tanya kenapa perlu kami ditaja lagi?
"Apa pun, saya anggap, sama ada kami ditaja atau tidak, masih lagi kedengaran suara yang mengkritik kita sampai bila-bila. Ada saja yang tidak kena. Jadi prinsip saya senang, kalau mahu dengar cakap orang, susahlah nak hidup," tegas Ekin yang pada ketika anda menatap Kosmo! hari ini masih berada di Korea menghabiskan percutian bulan madunya.

"SELEPAS tampil dengan imej bertudung, rezeki Ekin makin menjadi."

Sementara itu, Pengarah Pemasaran Jakel Kuala Lumpur, Azlan Abu Bakar berkata, pemilihan Ekin sebagai duta tudung Ariani dibuat oleh Pengarah Urusan Jakel, Mohamed Feroz Mohamed Jakel sendiri. Keputusan itu dibuat setelah melihat imej positif Ekin yang kekal cantik walaupun bertudung dan mereka yakin boleh membantu membesarkan lagi pengaruh jenama itu.

"Imej positif yang ditampilkan Ekin membuatkan Jakel terpikat kepadanya untuk dilamar menjadi duta. Tentunya kami begitu gembira setelah mendapat persetujuan daripada Ekin dan perjanjian kontrak antara kami disaksikan Mawi sendiri beberapa hari sebelum mereka diijabkabulkan," kata Azlan.

Azlan mengakui personaliti yang ada dalam diri Ekin membuatkan ramai yang ingin tahu apa yang dipakainya ataupun apa saja barangan yang ada dalam rumahnya.

"Selepas Ekin menjadi duta bagi tudung Ariani, jualan kami agak memberangsangkan dan bertambah sebanyak 30 peratus berbanding sebelumnya.antaranya sRbA lah yg beli   Kerjasama dengan Ekin menjadikan Ariani lebih dikenali. Justeru Jakel tidak akan lokek untuk bekerjasama lagi dengan mereka, malah kami sedia bekerjasama dengan menaja beberapa kelengkapan dan hiasan rumah pengantin baru itu tidak lama lagi."

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2009 08:56 AM | Show all posts

Reply #3 dino's post

yahoooooooooooooo
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2009 09:09 AM | Show all posts
murah rezeki pas kawen...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2009 09:14 AM | Show all posts
eok lah tu
carik duit sendiri
walopon laki mampu bagi segala kemewahan

lepas ni.... kalo mak-bapak dia beli banglo tiga-empat bijik pun
atau... nak beli merc tiga-empat bijik ke..

tak de orang nak kata
mintak duit kat laki dia kan...
atau.... korang sekeluarga
mengikis duit laki kan????
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2009 09:18 AM | Show all posts

Reply #7 chekshu's post

jd model byk2.... jgn pose menongeng dah ler...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2009 09:22 AM | Show all posts
alhamdulillah..dah rezeki dia..........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2009 09:24 AM | Show all posts

Reply #7 chekshu's post



beli banglo empat lima bijik.. ngan merz or bmw empat lima bijik

kena tunggu jadi duta empat lima brand lah juga
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2009 09:25 AM | Show all posts
Originally posted by dino at 23-1-2009 09:18 AM
jd model byk2.... jgn pose menongeng dah ler...


ohhh... peliss.
jgnlah menonggeng


mana tau makin lama aku makin boleh terima kikin.. kalau dia tunjukkan perubahan yg  baik dan ikhlas
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2009 09:28 AM | Show all posts

Reply #11 niy's post

sama la kite...
jgn rosakkan karier mawi sudah... jaga mak melah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2009 09:30 AM | Show all posts

Reply #12 dino's post

ye
hormat dan jaga mak melah
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2009 09:30 AM | Show all posts
ok ler tu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2009 09:39 AM | Show all posts
taukeh JAKEL MOHAMED Feroz punya bini (((Farah Haryani))) lagi chomei dr  ikin aku tengok.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2009 09:42 AM | Show all posts
bangga ngan ekin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2009 09:43 AM | Show all posts

Reply #16 sxam's post

ade lg ko sxam.... ingat lepas kawin tak masuk sini dah
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2009 09:48 AM | Show all posts

Balas #17 dino\ catat

ceh. nak jatuh kan saham aku la tu   pc baru beki. dah lama terbengkalai. ko mesti rindu kat aku ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2009 09:48 AM | Show all posts

Reply #18 sxam's post

ko tak rindu aku ke sxam?

asik rindu lemak dino je

mencik! :@
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2009 09:55 AM | Show all posts

Reply #18 sxam's post

ala wat malu2 la plak
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.072275 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list