CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5671|Reply: 62

Yang Mana Satu Pilihan Anda Untuk Sabtu Ini ?

[Copy link]
Post time 5-5-2009 05:24 PM | Show all posts |Read mode
Yang mana satu pilihan anda ?

Jika untuk berlaku adil pada Sabtu ini tiada penyingkiran lagi kerana tidak adil untuk pelajar yang tersingkir Sabtu ini kerana tidak mendapat peluang untuk diAFMASUKkan. Apa saja kemungkinan boleh berlaku dan mungkin adanya Penyingkiran.

Harus diingat, talian AFMASUK akan tamat pada Sabtu 9 malam. Oleh itu ada kemungkinan pelajar AFMASUK akan buat persembahan sekali lagi. Ada kemungkinan, talian AFUNDI untuk pelajar AFMASUK dibuka semula dan ada kemungkinan ada penyingkiran lagi sekali.

Jadi, yang mana satu pilihan anda ?

Ada Penyingkiran
Tiada Penyingkiran
Pelajar AFMASUK diumumkan sblm konsert, buat persembahan, mula AFUNDI dan umum Penyingkiran
Pelajar AFMASUK diumumkan sblm konsert, buat persembahan, mula AFUNDI dan umum Tiada Penyingkiran

[ Last edited by  sultanmuzaffar at 5-5-2009 17:28 ]
Single Polls, Total 54 Users voted
9.26% (5)
83.33% (45)
5.56% (3)
1.85% (1)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-5-2009 05:26 PM | Show all posts
AFUNDI Terkini
1. ISMA : 36%
2. HAFIZ : 28%
3. YAZID : 21%
4. AKIM : 15%

AFMASUK Terkini
1. ARIL : 60%
2. AISHAH : 23%
3. ZIZI : 6%
4. CLAUDIA : 4%
5. RINI : 3%
6. QHAUD : 2%
7. RUBISA : 1%
8. ADILA : 0%
9. OBRI : 0%
10. SIDI : 0%
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 05:28 PM | Show all posts
takde penyingkiran senang..

SM, 2 opsyen bawah tu xdapat nak bace penuh laa..
panjang sanagt
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 05:29 PM | Show all posts
feninggggggggg...........fening.....................ermmmmmmmm

erkkk perlu ker fening2 wat pilihan semata2 nk layan 'game' af musim nih.........

apa nk buat,bisnes tatap bisnes........untung mesti maaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 05:29 PM | Show all posts
2 opsyen yg bwh tu cam  sama maksudnya  ke aku yg x faham
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 05:31 PM | Show all posts
nak tiada penyingkiran
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-5-2009 05:33 PM | Show all posts
Jadi, yang mana satu pilihan anda ?

Ada Penyingkiran
Tiada Penyingkiran
Pelajar AFMASUK diumumkan sblm konsert, buat persembahan, mula AFUNDI dan umum Penyingkiran
Pelajar AFMASUK diumumkan sblm konsert, buat persembahan, mula AFUNDI dan umum Tiada Penyingkiran

2 pilihan di bawah bermakna,
Pelajar AFMASUK diumumkan sblm konsert.
Contoh KLUBBKIDD dapat masuk.

Talian AFUNDI KLUBBKIDD dibuka semula.
KLUBBKIDD buat persembahan bersama 4 pelajar sedia ada macam biasa.
Kemudian, salah seorang dari 5 ini diumumkan Tersingkir.

Ini merupakan option AFMASUK yang berbeza dari musim-musim sebelum ini.
Honestly, ini sekadar pandangan aku yang cuba mencari kelainan untuk AFMASUK musim ini.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 05:34 PM | Show all posts
1) Umum AFMASUK sebelum konsert

2) Kasi pelajar AFMASUK Perform

2) Umumkan pelajar AFMASUK tersingkir di akhir konsert (AF MASUK untuk buat performance kat konsert 9 jerk.. )
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2009 05:34 PM | Show all posts

Balas #7 sultanmuzaffar\ catat

duh!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 05:35 PM | Show all posts

Balas #8 ColbyRaikkonen\ catat

gewd ideaaaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2009 05:36 PM | Show all posts
Originally posted by ColbyRaikkonen at 5-5-2009 17:34
1) Umum AFMASUK sebelum konsert

2) Kasi pelajar AFMASUK Perform

2) Umumkan pelajar AFMASUK tersingkir di akhir konsert (AF MASUK untuk buat performance kat konsert 9 jerk.. )


Ada kemungkin pelajar AFMASUK tersingkir, ada kemungkinan pelajar AFMASUK dapat kejar undian AFUNDI pelajar sedia ada.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 05:37 PM | Show all posts
1) Umumkan pelajar AF MASUK.....2 org....di awal konsert

2) Pelajar AF MASUK buat performance....

3) Diumumkan hanya seorang layak kekal

4) Undian AFMASUK untuk 2 org dibuka sempai akhir konsert
Akhir konsert.....hanya SEORANG AF MASUK KEKAL
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 05:38 PM | Show all posts
Kalau takpon...BUAT KEJUTAN...

Umum AFMASUK akhir konsert.....
PELAJAR AFMASUK...hanya sebagai pelajar jemputan untuk konsert akhir gitew....dpt peluang nyanyi lagu baru...tapi tak boleh diundi..

  Ala ala Leez AF4....heheheh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2009 05:41 PM | Show all posts
Originally posted by ColbyRaikkonen at 5-5-2009 17:38
Kalau takpon...BUAT KEJUTAN...

Umum AFMASUK akhir konsert.....
PELAJAR AFMASUK...hanya sebagai pelajar jemputan untuk konsert akhir gitew....dpt peluang nyanyi lagu baru...tapi tak boleh diu ...


Entri blog Sabtu lepas :

AFMASUK
Pengumuman AFMASUK tidak begitu mengejutkan kerana isu tersebut digembar-gemburkan minggu ini. Namun saya agak terkilan apabila mekanisme AFMASUK tidak diumumkan dengan teliti sebaliknya menimbulkan keraguan. Saya harus menyokong atas satu sebab tertentu yang tidak perlu saya nyatakan di sini, namun saya juga tidak menyokong pelaksanaannya.

Saya hanya menyokong AFMASUK sekiranya kemasukan semula pelajar yang tersingkir tidak terlibat dalam pertandingan ini lagi. Pelajar AFMASUk hanya dibenarkan membuat persembahan untuk memberikan nilai tambah kepada persembahan pelajar di Konsert Kemuncak. Cukup, itu saja. Pelajar AFMASUK diberikan peluang untuk belajar lagi selama satu minggu, diberikan lagu tugasan, lagu lama dan lagu baru dan mendapat keistimewaan yang sama diterima oleh Finalis sebenar.

Saingan akan wujud di kalangan mereka sekiranya Finalis akan merasa tercabar sekiranya pelajar AFMASUK memberikan persembahan yang lebih baik daripada Finalis sebenar di Konsert Kemuncak kelak. Namun mungkin ada yang melihatnya adalah tidak adil kepada pengundi AFMASUK yang bertungkus-lumus mengundi untuk memasukkan pelajar kesayangan mereka. Undian SMS juga akan kurang untuk satu Finalis yang tidak menerima undian hanya kerana membuat penampilan istimewa dan tidak turut bertanding.

Berbalik kepada mekanisme AFMASUK, bilakah ianya akan bermula. Hari Isnin ? Hingga hari apa ? Hari Sabtu ? Jadi bagaimana dengan persembahan pelajar di Konsert 9 ? Apakah ada penyingkiran Sabtu ini ? Sekiranya ada penyingkiran, bagaimana dengan peluang pelajar tersebut untuk diAFMASUKkan ? Tentu sekali tiada dan ini AMAT TIDAK adil untuk pelajar tersebut kerana tidak berpeluang dimasukkan semula.

Cadangan saya cuma satu. Tiada penyingkiran di Konsert 9 Sabtu ini. Empat pelajar yang tinggal sudah pun menjadi Finalis di Konsert Kemuncak AF7. Undian masih masuk dan tidak ditutup Sabtu ini. Keputusan AFMASUK diumumkan Sabtu ini dan undian untuk Finalis ini baru saja bermula. Jika peminat pelajar AFMASUK mempunyai semangat kental untuk mengejar, silakan.

Ia merupakan gabungan antara idea AFMASUK di AF2 dan AF4. Tetapi kalau mahu lebih ADIL, pelajar AFMASUK hanya muncul buat persembahan dan diberikan keistimewaan yang sama dengan Finalis. Itu ADIL bagi saya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 05:41 PM | Show all posts
APAKATA LEPAS BUAT AFMASUK...BUAT AFKELUAR PLAK...AMACAM...KELUARKAN PELAJAR YANG DAPAT MASUK TADI...MUAHAHAHA
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 06:22 PM | Show all posts
Masalahnya konsep AFMASUK musim ni tak dijelaskan dengan lebih detail. Tau-tau je AFMASUK. Tak sebut pun berapa orang, bila dah masuk tu memang layak untuk ke final ke tidak, layak untuk berebut hadiah final ke tidak, perlu buat persembahan ke tidak...

Kalau ikut pendapat aku la, bawak balik siapa yang menang AFMASUK untuk memeriahkan konsert final sahaja. Tak perlu dah AFUNDI. Dah AFMASUK, nak AFUNDI lagi? Dalam business perspective memang lah menguntungkan, but in PR perspective, menampakkan ASTRO desperate nak kaut keuntungan... dan sebahagian besar penonton sudah pasti berpandangan serong. Haruslah nanti terkial-kial nak buat damage control?

Nak ulas 2 pilihan terakhir kat atas pulak...

Pelajar AFMASUK diumumkan sblm konsert, buat persembahan, mula AFUNDI dan umum PenyingkiranAdakah undian AFMASUK akan dimasukkan ke dalam peratusan AFUNDI atau adakah AFUNDI bermula daripada 0%? Kalau bermula daripada 0%, kemungkinan besar pelajar yang AFMASUK ni tak berpeluang memotong peratusan pelajar yang sedia ada yang mungkin sudah beratus ribu atau mungkin berjuta. Hampir mustahil, melainkan fan yang memang gigih yang terlampau. Tapi kalau kita lihat balik sistem pengiraan undi ni selalu sangat congested. Banyak undian ketika konsert terutamanya bila hampir-hampir kat hujung konsert akan tersangkut dan tak masuk. So, masalah utama di sini ialah tempoh untuk AFUNDI semula.

Pelajar AFMASUK diumumkan sblm konsert, buat persembahan, mula AFUNDI dan umum Tiada Penyingkiran
Option yang paling mudah dan tak pening sangat nak fikir.

Tapi macam mana dengan pilihan lagu yang nak dipersembahkan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2009 06:27 PM | Show all posts
singkirkan semua pelajar.
then tenaga pengajar berentap berebut motor modenas di konsert akhir.
afundi arisah uols!
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 06:28 PM | Show all posts

Balas #16 soulfly\ catat

kan, untuk business wise jangka masa pendek mmg mnguntung, tp untuk long term (eh eh, tagline yazid lak )... x elok. org jadi jelek dan mual dan tambah persepsi negatif terhadap rancangan ni... mmg ada dgr jg jumlah afundi lg banyk dr musim2 lepas, but i tgk persepsi masyarakat umum to this show dah makin merundum la..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 06:32 PM | Show all posts
sempat ke pelajar afmasuk perform?? lagu 4 pelajar tu dah 2..... tak sempat lah.

aku speku minggu neh takde penyingkiran, pelajar afmasuk diumumkan ms konsert abes, sapa lagi kalau bkn si aril. dan peratus afmasuk di reset ke kosong utk memberi "keadilan" kepada aril.

menebus kembali "ketidakadilan" terhadap pelajar aishah & claudia. chhooooi!
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 06:34 PM | Show all posts
Originally posted by af_mania at 5-5-2009 18:32
sempat ke pelajar afmasuk perform?? lagu 4 pelajar tu dah 2..... tak sempat lah.

aku speku minggu neh takde penyingkiran, pelajar afmasuk diumumkan ms konsert abes, sapa lagi kalau bkn si aril ...


senang sangat hidup kan? 'escape' a few concerts, dan2 leh masuk final....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.091909 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list