CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6880|Reply: 3

mengenai kitab majmu syarif

[Copy link]
Post time 16-6-2009 04:40 PM | Show all posts |Read mode
Salam.

Seseorang telah hadiahkan saya kitab majmu syarif ni, tarjamah oleh Sunarto. MElalui pembacaan di internet, saya dapat tahu buku ni banyak yg bercanggah atau tidah menampilkan hadis2 yg sahih. APa yg perlu saya buat dgn buku ni? Atau kalu ada sesaipa yg ada info yg lebih pasal kitab ni,share lah dgn saya..

http://al-fikrah.net/ForumsPro/viewtopic/t=365.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2009 06:04 PM | Show all posts
Secara peribadi, kitab majmu' syarif amat berguna bagi saya untuk membantu hafal surah2 lazim seperti surah sajdah dsbgnya kerana ianya tidak perlu ada wudhuk utk dipegang dah mudah untuk dibawa ke mana-mana. Perlu diingat kenalah merujuk kepada Al Quran untuk mendapat bacaan sebenar tapi sebagai quick reference, majmu' syarif sangat berkesan.

Juga untuk reference kaifiyat solat jenazah, serta doa-doa yang indah-indah susunan bahasanya, termasuk doa kenduri arwah yang excellent (siap doakan imam mazhab, guru-guru sekali), doa selepas solat-solat sunat dan lain-lain, yang mana boleh  juga dihafal sepenuhnya atau sebahagiannya untuk dibaca pada masa-masa yang lain juga.

Untuk pengetahuan anda, dalam kereta saya ada satu copy majmu' syarif terjemahan Sunarto yang sudah terlerai (kepada tiga bahagian, dah diguna 5 tahun +) dan masih lagi berguna sehingga hari ni, sayang nak dilupuskan, banyak benar kenangan saya dengan kitab itu masyaallah.

Anak-anak saya baru-baru ni pun minta dibelikan sorang satu kepada mereka kerana mereka mahu menghafal surah al Mulk yang diajar ustazah kepada mereka semasa kem ibadah tempoh hari dengan lebih senang, kerana mereka selalu melihat saya membaca dengan merujuk kepada majmu' syarif ketika travel.

Tentang cerita fadhilat tu yang dikatakan hadith dhaif & palsu danamalan2 ulamak yang tidak bernama, saya percaya rahmat Allah amat Besarsekali kepada hambaNya yang berusaha dan masing-masing kita ada pandanganperibadi dan sokongan2 dari guru-guru masing-masing  tentang hal ini.

Wallahua'lam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2009 03:15 PM | Show all posts

Reply #2 always_typo's post

Terima kasih always atas pandangan dn nasihat anda. Saya org baru belajar jadi serba sedikit saya cuba dapatkna pandangan dn nasihat dari mereka yg berilmu. SAya akui buku ini senang utk di bawa kemana2 utk menghafal dn sebagainya cuma ada satu dua isinya yg agak mengelirukan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2009 11:58 AM | Show all posts

Balas #2 always_typo\ catat

salam....saya bersetuju dgn pandangan typo sebab saya juga ada menggunakan buku ini sebg panduan...mmg part yg fadhilat tu byk dipertikaikan, tetapi pada saya, klu ayat2 atau doa2 yg ada didlm buku itu tidak bercanggah dr akidah, tidak salah utk kita menggunakannya.
Utk makluman, yg jadi hangat sgt perbincangan berkaitan dgn buku ini, selain dr fadhilat2nya yg tiada dalil sahih, ialah 'Doa Kanzul Arasy'. Ini adalah kerana ada ayat dr doa tu yg bermaksud 'Isa ruh Allah'...itu lah yg tidak dpt diterima oleh sebhg kita. Byk yg diperdebatkan berkaitan perkara ini didlm forum2 agama yg lain...tp maaf, sy sendiri tak berapa pasti apa status debat tu skrg cuma yg saya dengar, maksud ayat tu bukanlah bermaksud secara 'direct' yg Nabi Isa tu adalah ruh Allah swt.
Wallahualam....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.055858 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list