View: 4022|Reply: 20
|
AIRMATA RASULULLAH SAW!... utk umatnya skrg yg teruk?
[Copy link]
|
|
Baca......
AIRMATA RASULULLAH SAW...
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan
salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya
masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam", kata Fatimah yang membalikkan
badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan
bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"
tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan
pandangan yang menggetarkan.
Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang
memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan
tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan
kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit
dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?", tanya Rasululllah
dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
"Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh
kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?", tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah
berfirman kepadaku: "Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh
Rasulullah ditarik.
Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya
menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya
menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?"
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu..
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata
Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak
tertahankan lagi.
"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini
kepadaku, jangan pada umatku."
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera
mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku"
"peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."
Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan
telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan..
"Ummatii,ummatii,ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
TETAPI..KITA?....tenggelam dlm keseronokan dunia hiburan...nyanyian....dunia wang ringgit...lupa ibadat...dunia
kuasa...."bunuh' saudara sendiri......dunia nafsu...lupa HALAL HARAM....
Adakah anda sbg org ISLAM n umat Nabi MUHAMMAD S.A.W...tidak ada rasa malu terhadap Seorang Manusia
Luar Biasa...KEKASIH ALLAH..tak kenal anda ...tak pernah jumpa anda..tetapi sangat sayangkan anda dunia akhirat!!! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ku insap.. |
|
|
|
|
|
|
|
sebak trus... |
|
|
|
|
|
|
|
betapa cintanyer nabi kat umat dier..walaupon dier tau umat dier nnti akan banyak melakukan kerosakan yg amat dasat dimuka bumi nie...tapi nabi xhenti2 semasa hayatnyer mendoakan kesejahteraan umat akhir zaman ini.. |
|
|
|
|
|
|
|
andaikata rasulullah aka sekarang, pasti tiada sesiapa mengenali beliau dan tidak sangka akan kehadiran beliau...
dulu beliau sebagai al-amin [ yg jujur benar] tetapi sekarang beliau adalah al-mahdi [penghapus kemungkaran]
sama sama kita tungu dan lihat... |
|
|
|
|
|
|
|
Satu lagi keistemewaan umat MUHAMMAD S.A.W....baginda menyimpan doanya utk umatnya di akhirat nanti..
Hadis Abu Hurairah r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap Nabi mempunyai doa yang mudah dimakbulkan. Aku ingin menyimpan doaku tersebut, untuk memberi syafaat kepada umatku pada Hari Kiamat nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Cinta dan kasihnya pada umatnya terlalu hebat.
Aku selalu bayangkan umpama seseorang datang kepada sekumpulan mahasiwa lalu memberikan kertas jawapan bagi soalan akhir semesta. Soalan bocor. Lalu ditertawakan, dianggap gila, tidak dipercayai dan dibuang kertas jawapan itu. Segelintir yang ambil dan menghafal jawapan tersebut. Sedih, sebak dan ralat rasanya orang yang memberikan jawapan tersebut. Kerana dia tahu itulah soalan yang akan keluar dan sekiranya mereka ikut jawapan yang diberi, pasti mereka lulus dengan cemerlang.
Didewan peperiksaan, keluar sebijik-sebijik soalan2 bocor tadi. Menyesal bukan kepalang bagi yang membuang kertas tadi.
Macam itulah perasaan Rasululllah saw. Baginda telah melihat sebijik2 hukuman yang diterima di dalam neraka semasa baginda isra' mikraj' dan baginda selalu menangis teresak-esak atas penderitaan dan seksaan yang dialami oleh manusia2 di sana. Tapi betapa remuknya hati baginda, apabila diberitahu tentang DAHSYATnya neraka itu, semua orang buat dek aje...
Ya Allah, masukkan kami seluruhnya kedalam rahmatMu. Himpunkan kami seluruhnya bersama2 mereka yang mendapat syafaat kekasihMu, Ya Rasulullah saw. Tetapkan pendirian kami dalam agamaMu. Senaraikan nama2 kami seluruhnya sebagai penghuni syurgaMu. Amin. |
|
|
|
|
|
|
|
Sangat bagus riwayat ni.... dan beberapa kali saya dah dengar/terbaca.
Kalau sesiapa yang ada dari sumber mana datangnya riwayat tolong tepekkan di sini.
Kalau baca betul-betul, saya nak tahu siapa sebenarnya yang meriwayatkan kisah tersebut. Rasanya tentu orang tersebut dapat melihat dan mendengar percakapan Jibril AS, dan juga menyaksikan Fatimah RA dan Ali RA bersama Rasulullah SAW.
Mungkin juga riwayat di atas adalah ringkasan dari beberapa riwayat yang berlainan? |
|
|
|
|
|
|
|
sayunya hati aku baca kisah tuh..betapa besarnya kasih sayang Rasulullah SAW terhadap umatnya..tapi adakah kita sebagai umatnya menghargai kasih sayang baginda???huuu insaf aku..
tp aku nk tnya 1 soalan..masa tuh Saidina ALi dan Fatimah nampak/dengar ke rupa dan suara Jibril? |
|
|
|
|
|
|
|
sambung.........sikit lagi..secebis kisah antara kisah2 seperti ini....
Bila tersebar berita kewafatan Nabi saw, orang yang pertama sampai selain ahli keluarga Nabi ialah Saidina Abi Bakrin. Dalam keadaan langkah kaki Abi Bakrin yang begitu lemah, beliau menuju ke pembaringan jenazah Rasulullah di katil Aisyah. Muka Nabi yang ditutup dengan selimut dari Yaman mengikut riwayat, ditariknya lemah.
Lalu menangis Abi Bakrin, diciumnya dahi Nabi saw, maka gemparlah seluruh Madinah sehingga Saidina Umar al-Khatab sendiri tidak dapat menerima hakikat ini. Pedang dihunusnya, Umar kata, “Sapa kata Nabi mati, dia mati!”. Punyanya sayang Umar kepada Nabi sampai sapa kat Nabi mati, dia nak pancung orang tu. Umar kata, “Baginda hanya pengsan sepertimana pengsannya Musa di Bukit Tursina. Dengan pedang yang terhunus, menyebabkan orangramai takut nak ziarah pulak dah.
Bila kecoh kat luar, Abi Bakrin pun kesat airmata, dia keluar dan panjat satu batu, lalu panggil semua orang untuk dia buat satu ucapan. Lalu berkatalah Abi Bakrin dalam satu ucapannya yang masyhur,
“Wahai manusia! siapa yang rasa dia sembah Muhammad, maka ketahuilah mereka bahwa Muhammad dah mati. Namun
barangsiapa yang menyembah Allah, sesungguhnya Allah itu hidup, tidak akan mati buat selama-lamanya. “...Kemudian Abi
Bakrin sambung dengan ayat 144 Surah Ali `Imran yang bermaksud, “Sesungguhnya Muhammad itu hanyalah seorang rasul dan
telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul.
Sekiranya rasul itu mati atau terbunuh di medan peperangan, adakah kamu akan kembali menjadi kafir? Barangsiapa yang murtad selepas Muhammad mati, tiadalah dia memudaratkan Allah walaupun sedikit pun; ...”...Bila Saidina Umar dengar ucapan Abi Bakrin macam tu, barulah dia sedar Nabi memang wafat. Lalu terlepaslah pedang dari tangan Umar, pastu dia pula menangis semahu-mahunya. |
|
|
|
|
|
|
|
10# menatang
xnampak..hanye nabi jer yg dpt mendengar & melihat Jibril..a.s |
|
|
|
|
|
|
|
berselwat la ke atas nabi kita setiap hari.....kesian nabi...demi umat dia cinta sanggup berkorban utk segalanya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sirrikhafi at 3-8-2009 18:20
perawi yg melihat &mendengar dialog2 jibril AS! |
|
|
|
|
|
|
|
selawat ke atas rasulullah |
|
|
|
|
|
|
|
Rindu Pada Nabi Muhammad SAW... moga kita diberi kesempatan bertemu baginda di akhirat kelak... InsyaALLAH.... |
|
|
|
|
|
|
|
nabi kita..kasihnya sepanjang zaman....ni pelekat kereta yang saya dpt pada hari isra mikraj baru ni...ingat tu pesan nabi 'pelihara lah solat' jgn abaikan solat kerana ia tiang agama ...solatlah sebagaimana nabi solat... |
|
|
|
|
|
|
| |
|