CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1825|Reply: 3

Apa peranan muslim dalam menangani wabak penyakit

[Copy link]
Post time 26-7-2009 07:18 PM | Show all posts |Read mode
Sekarang wabak terbaru selsema babi. Mana-mana negara dah diserang penyakit nih. Aku difahamkan, sesema ni cam denggi. Tiada penawar lagi, harapkan antibodi dalam badan je laa nak melawan penyakit tu. Tambah2 lagik, jangkitan mudah sangat, melalui pernafasan je dah leh berjangkit.

Pe peranan kita sebagai orang islam. Apa yg aku tau, Rasulullah berpesan, sekiranya wabak melanda sesuatu kawasan, penduduk tersebut dilanrang keluar, untuk mengelak wabak berleluasa. Begitu juga org dilarang masuk ke kawasan wabak, untuk mengelak berjangkit. Aku sebernarnya takut penyakit2 sekarang. Tambah2 lagi spouse aku dah 4 hari demam kejap kebah, kejap demam balik. Dah cek darah, negatif. Tp still rasa insecure lg. Ni pun aku rasa dah gatal2 tekak, mudah2 han dijauhkan kami dari penyakit2 tu.

Korang ada ke amalan2 mengelak dari jangkitan selain dari pesanan rasulullah,  sbb kita kta boleh tahan orang keluar masuk negara. Kalau ada amalan2, or doa2, leh laa kongsi bersama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2009 07:25 PM | Show all posts
dalam ISLAM,kebersihan sgt dititikberatkan..
sebab ia penting utk mengelakkan jangkitan penyakit..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2009 09:18 PM | Show all posts
64.11. Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang)
melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah,
Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu
dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan
tiap-tiap sesuatu.




21.83. Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika dia berdoa merayu
kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku ditimpa penyakit,
sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang
lain) yang mengasihani.
84. Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan
penyakit yang menimpanya, serta Kami kurniakan kepadanya: Keluarganya,
dengan seganda lagi ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai
satu peringatan bagi orang-orang yang taat kepada Kami (supaya bersabar
dan mendapat balasan baik).



10.12. Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah dia
kepada Kami Kami (dalam segala keadaan), samada dia sedang berbaring
atau duduk ataupun berdiri dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu
daripadanya, dia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak
pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang
menimpanya (sebagaimana dia memandang eloknya bawaan itu) demikianlah
diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka
lakukan.



26.80. Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku;
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 08:15 AM | Show all posts
Rasullullah juga pernah berpesan ................jika terjadinya sesuatu wabak penyakit maka org yg tinggal dinegeri tersebut jgn keluar dan org yg hendak ke negeri tersebut harus membatalkannya.........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.064770 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list