View: 8833|Reply: 34
|
Penggunaan Hi-volume speaker di surau/masjid
[Copy link]
|
|
Aku masih samar lagi tentang penggunaan speaker di surau atau masjid bagi kegunaan selain dari azan. Penggunaan yang "keterlaluan" ini boleh menyebabkan gangguan pada penduduk sekitar. Terdapat satu surau yangnya lebih kurang jarak 1km dari rumah aku tapi tatkala penggunaan speaker digunakan setiap kali aktiviti surau tersebut seperti bacaan surah sewaktu solat, zikir dan doa apalagi ceramah, aku masih beranggapan menganggu gugat penduduk sekitar.
Diketahui azan itu syiar, maka ianya boleh dilaungkan, tapi bagaimana yang lain. Aku percaya, surau-surau sekitarnya juga turut mendengar, tidakkah ianya menganggu fokus solat orang lain.
Berikut adalah kenyataan / komentar dari 2 tokoh agama berkaitan perihal ini:
1. Dato' Ismail Kamus:
Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan Subuh) dan dilaungkan kuat speaker itu sampai satu kampung mendengarnya. Kadang-kadang sejam atau setengah jam sebelum azan. Hukumnya ialah HARAM kerana menganggu orang tidur. Perkara ini perlu diambil kira orang di sekeliling yang mungkin terdiri dari orang tua, kanak-kanak yang baru lahir, orang sakit, orang yang tidur semula selepas bangun tahajjud, dsb. Yang disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh saja. Kalau nak baca Al-Quran pun baca sorang-sorang pun sudah memadai. Tidak perlu bagi sekampung mendengarnya. Rasa-rasa macam dapat pahala, namun rupanya mendapat bala pula. Sebenarnya kalau kita sedang baca Al-Quran (dengan suara yang kuat) seorang diri, tiba-tiba kawan disebelah kita sedang tidur, kita kena berhenti membacanya atau memperlahankan bacaan. Sebab kita perlu menghormati orang yang sedang tidur. Inikan pulak sekiranya sekampung. Kalau nak bertarhim kuat-kuat, berilah dalam 10 minit atau 5 minit sebelum azan, itu sudah memadai. Tidak perlu lama sangat sebab 10 minit itu dikira memadai untuk orang bangun dan bersedia untuk ke surau atau masjid.
2. Dr. Muhamad Asri Zainal Abidin (MAZA) - Bekas mufti Perlis
Menurut beliau, isu agama turut membabitkan sensitivit agama lain. Tapi dari segi mempersoalkan identiti Islam seperti laungan azan, itu adalah TIDAK BOLEH. Namun sekiranya ada rungutan mengenai bacaan-bacaan yang panjang sehingga menganggu orang awam, ulama Islam juga tidak membenarkannya. Bacaan yang kuat tanpa keperluan atau kuliah agama, itu tidak perlu untuk dilaungkan sekuatnya. Itu sudah diputuskan oleh ulama-ulama dari dulu lagi. Agama itu terhad. Azan itu azan. Begitu juga kuliah agama yang diperuntukan dan diperdengarkan di pembesar suara (speaker), berpadalah untuk sidang yang mendengarnya sahaja.
Hanya Allah yang lebih mengetahui. |
|
|
|
|
|
|
|
So??Ko punya pendapat/komen camna?? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by zexus at 9-9-2009 08:27
Pandangan aku?. Aku puji sikap AJK surau yang memperbanyakan aktiviti surau bagi kemaslahatan penduduk setempat. Selain dari tu, secara tak langsung dapat improve akhlak sesama muslim dan ini juga dapat menarik minat non-muslim tentang ajaran Islam. Namun dalam melihat kemaslahatan masyarakat sebagai satu prioriti, kekadang tindakan kita dalam isu-isu sebegini adalah sedikit terlajak. Bukankah salah satu fungsi surau/masjid itu diwujudkan bagi mengajak umat Islam mengumarakkannya?. Maka lakukan secara berhemah sebab dikhuatiri sekiranya sifat kurang prihatin sebegini akan menimbulkan tanda tanya penduduk sekitar akan kewajaran tindakan AJK surau itu sendiri.
Ambil yang jernih dan buang yang keruh. Allah lebih Maha Mengetahui akan segalanya.
p/s: AJK kena la budget sikit sound speaker tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Selalunya masjid atau surau yang menguatkan volume utk ceramah ni sebab jemaah di sekitar area tu tak ramai yang hadir.
Promote dah promote, makanan dah sedia, penceramah yang dijemput hebat, last-last 'sidang' yang hadir tak sampai 3 saf, akhirnya depa kuatkan volume sebagai last resort, mungkin bila Allah tanya nanti, bolehlah di jawab, "kami dah buat yang terdaya, hatta kuatkan volume, ya Allah, utk promosi majlis mengingatiMu, nak buat mcm mana depa tak mahu hadir jugak".
Tarhim? Jarang dengaq dah sekarang ni... azan pun kekadang bilal ter'miss', terutama untuk masjid/surau yang kecil-kecil... cuba survey bulan tak posa tengok, solat subuh jemaah pun dah tinggal 3-4 orang jer di masjid.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku punye pengalaman lagi bes...mak ayah aku gi solat di masjid terbuka di bukit beruang,ayer keroh,melaka..
boleh tak tengah2 sembahyang,ade sorang pakcik ni masuk kawasan pompuan,lepas tu pasang lagu nasyid yang kuat giler...ni bukan lagu nasyid ala2 klasik,yang jenis lagu rancak gak ar...kuaaaat gileer!!
mak ayah aku terkejut giler,nak solat pun x kusyuk...sejak tu,parent aku xnak solat situ lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
nak buat satu2 benda tu jgn berlebih-lebihan. |
|
|
|
|
|
|
|
Selalunya masjid atau surau yang menguatkan volume utk ceramah ni sebab jemaah di sekitar area tu tak ramai yang hadir.
Promote dah promote, makanan dah sedia, penceramah yang dijemput hebat, last- ...
always_typo Post at 9-9-2009 11:33
kuliah agama ni adalah taman2 syurga. Di mana taman2 syurga ini, ada para
malaikat yang memayungnya.
Saiz malaikat ini, kalau takdir Allah kita dpt lihat, amat lah besar.
Jibril AS sahaja mempunyai 600 sayap.
Mungkin yg tak mahu pergi ke masjid atau surau utk mendengar kuliah agama itu nampak sayap
malaikat yg besor2 iteww, sbb tu jugalah mereka kecut perut utk datang...takut dihempap sayap malaikat gamaknya..
Allah knows best.. |
|
|
|
|
|
|
|
islam pencemaran bunyi...............
menyakitkan hati dan telinga non muslim.......... |
|
|
|
|
|
|
|
islam pencemaran bunyi...............
menyakitkan hati dan telinga non muslim..........
tamilan007 Post at 13-9-2009 08:53
Dalam islam, kami dilarang Allah SWT utk menghina agama org lain.
Memang kalau ikut nafsu amarah, kami boleh kutuk agama kamu,
sbb agama kamu tersangatlah 'fragile' nya utk kami 'debik'...
tp, kami takkan jadi mcm perangai kamu.
Sesungguhnya amalan agama kami tidak sama seperti
amalan agama kamu yg memperlecehkan kepercayaan org lain. |
|
|
|
|
|
|
|
perlukah kita "reform" fahaman islam utk Malaysia kita? sebab so far, dah banyak bukti benda2 dan amalan yg tak wajib, telah dianggap wajib. |
|
|
|
|
|
|
|
Sesetengah penganut agama Islam di Malaysia masih berpijak kepada "ikut-ikutan" dalam perihal ibadah. Sehingga bangsa Melayu yang majoritinya Islam jarang memaparkan keIndahan Islam itu sendiri. Islam lebih kelihatan disurau/masjid atau lebih ketara sewaktu kematian dari dijadikan satu cara hidup. Islam itu sedia adanya menarik ditambah pula tarikan penganutnya yang mengamalkannya sebab satu cara hidup.
Lihat saja kini, Aidil fitri yang kian menjelang, apakah amalan biasa yang dilakukan. Bermula dengan sahur (adakah kuantiti/kualiti yang diberatkan dari amalan bersahur itu sendiri), kemudian berpuasa (puasa yang sering dituntut sering saja diberi pengertian dan diamalkan dari satu sudut (lapar/dahaga)). Begitu juga berbuka puasa. Dari segi shopping... tak tau siapa pencetus hingga berbelanja berlebih dari biasa. Apa yang dirai... nafsu yang berjaya ditawan atau amalan bergaya baik pada diri sendiri/keluarga atau perhiasan rumah yan dipentingkan. Semuanya ini akan mengundang satu persoalan, apakah sebenarnya tahap kesedaran dan tuntutan Islam pada penganutnya?
Berbalik pada soalan penggunaan speaker, bukankah sekiranya orang disebelah ingin bersolat , kita perlu memperlahankan tahap suara tatkala membaca Quran (contohnya). Apatah lagi sekiranya bunyi speaker yang melebihi jarak sekitar surau/masjid yang mana mampu menganggu-gugat penghuni sekitar. Seperti mana yang saya bagitau sebelum ini, bunyi tersebut masih kedengaran dari surau-surau yang berdekatan. Bayangkan kalau tok imam sedang mengimamkan solat. Dikhuatiri menganggu mikhraj nya. Kerana mungkin berselang-seli ayat yang dibaca dengan ayat dari speaker surau lain. |
|
|
|
|
|
|
|
azan perlu pakai speaker, sbb ia merupakan syiar .
Yg masuk Islam sbb dgr azan surau berdekatan pun dah pernah terjadi.
perkara lain cukup buat internal ajork lah... |
|
|
|
|
|
|
|
apa kata komuniti kawasan tu buat surat teguran kepada pihak masjid pasal isu ni......kadang-kadang bukan apa...mungkin pihak masjid tak perasan atau ingat komuniti kawasan setuju dgn apa yg pihak masjid buat...sama-sama menegur nasihat...barule namanya 1 ummah... |
|
|
|
|
|
|
|
saya x suka al-quran di pasang kuat2 di masjid
sebab ganggu org nak solat sunat, saya sendiri pernah x khusyuk solat sunat sebab di ganggu suara al-quran yg kuat sangat
zulyusoff Post at 14-9-2009 11:54
malahan di dlm masjid dilarang baca Quran kuat2 & diminta perlahankan suara klu ada org lain sedang solat. Apatah lagi memasang kaset/CD ceramah atau bacaan Quran kuat2 dgn speaker. benda Nabi tak suruh pun. |
|
|
|
|
|
|
|
apa kata komuniti kawasan tu buat surat teguran kepada pihak masjid pasal isu ni......kadang-kadang bukan apa...mungkin pihak masjid tak perasan atau ingat komuniti kawasan setuju dgn apa yg pihak mas ...
penyapu Post at 14-9-2009 18:23
masalahnya tiada siapa yg berani. bimbang akan dikafirkan oleh AJK mesjid. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau boleh bincang,bawak-bawak bincang...kalu tak settle gak,rasa ganggu ketenteraman sgt repot polis jela...suruh polis je kasi amaran... |
|
|
|
|
|
|
|
18# penyapu
pas tu polis plak yang jadi mangsa.. |
|
|
|
|
|
|
|
pihak majlis fatwa kebangsaan yg kena kuarkan arahan... tu je jalan terbaik.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|