View: 13318|Reply: 35
|
BOLEHKAH MAKAN DAN MINUM PADA WAKTU IMSAK...
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum,
saya sekadar bertanya bolehkah kita minum dan makan sampai waktu subuh...ada setengah berpendapat kena berhenti minum dan makan semasa imsak...dan ada pula yang mengatakan selagi belum kedengaran azan selagi itu kita boleh makan...sesiapa yang tahu please explain tentang benda ini.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by nouvosion at 11-9-2009 14:36
dah x boleh lah coz dah imsak..aku x arif st tp aku rasa dah xboleh kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
waktu imsak tu ibarat lampu kuning traffic light.
bersiap2 untuk ibadah solat subuh pulak.
Waulahualam... |
|
|
|
|
|
|
|
waktu imsak tu ibarat lampu kuning traffic light.
bersiap2 untuk ibadah solat subuh pulak.
Waulahualam...
stroberi_80 Post at 11-9-2009 14:46
betul tu..
supaya kita tak tergesa2 nak mkn sahur
sebenarnya time azan tu pun boleh mkn lg.
tp x digalakkan la. |
|
|
|
|
|
|
|
tujuan so that perut kite tak la mengejut time solat subuh tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
setau aku boleh sahur sampai sebelum imsak je..
klau da imsak dah xle sahur... |
|
|
|
|
|
|
|
boleh makan ketika azan berkumandang tetapi perlu habiskan apa yg ada ditanganya sahaja........
Dibolehkan menghabiskan makanan dan minuman yang berada di tangan kita (semasa bersahur) walaupun setelah berkumandangnya azan. Ini adalah sebagaimana hadis berikut,
“Ketika salah seorang di antara kamu mendengar azan sedangkan tempat makanan masih berada di tangannya, janganlah dia meletakkannya sehingga ia menyelesaikan hajatnya (memakannya). (Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, dan al-Hakim. Disahihkan oleh al-Hakim dengan disepakati oleh az-Dzhabi) |
|
|
|
|
|
|
|
ustad aku plak ckap..waktu imsak tu ibarat waktu berjaga2 supaya xterlajak sampai azan, but still can eat if dah masuk waktu imsak pon..cuma lebih baik bila dah sampai waktu imsak kita dah xmakan lagi..& bersedia untuk solat subuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
ustad aku plak ckap..waktu imsak tu ibarat waktu berjaga2 supaya xterlajak sampai azan, but still can eat if dah masuk waktu imsak pon..cuma lebih baik bila dah sampai waktu imsak kita dah xmakan lagi ...
asher Post at 12-9-2009 12:55
yg aku tau pun macam nie gak, tp biasanya time imsak nie aku gosok gigi jer, sbb da kenyang |
|
|
|
|
|
|
|
1# trans_007
waktu imsak tu waktu kita berjaga-jaga. Makan boleh lagi.
Masa nak azan, berentilah. Takut dah abis azan, makanan masih melekat celah2 gigi,
nanti tertelan plak sisa2 makanan itew...
bangun awal skit lah sahur, kunci jam, henpon atau suruh adik beradik tumbuk perut ke...
masa imsak tu, korang
minum susu aje ke atau bykkan minum air suam, dan niat takhir sahur...afdhol. |
|
|
|
|
|
|
|
1# trans_007
waktu imsak tu waktu kita berjaga-jaga. Makan boleh lagi.
Masa nak azan, berentilah. Takut dah abis azan, makanan masih melekat celah2 gigi,
nanti tertelan plak sisa2 makanan itew ...
kasturi Post at 12-9-2009 15:50 tumbuk perut? ganas tol kejut sahur cmtu.. |
|
|
|
|
|
|
|
1# trans_007
Boleh laaa... imsak ni karut je nih. Bercanggah dengan Al-Quran. Aku dah halaunya daripada hidup aku. Aku cukup enti dengan kepercayaan-kepercayaan karut-marut yang cam cipan tapi dipercayai oleh orang tanpa banyak soal. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada yg menyatakan bahawa waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur dan perlu berhenti bersahur. Waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278) |
|
|
|
|
|
|
|
imsak adalah satu yang diajar Nabi s.a.w. sebagai suatu sunnah. bukan wajib, dan bukan juga perkara karut marut. |
|
|
|
|
|
|
|
14# ibnur
Aiyoh! Imsak ni sunnah Nabi pulak dahhh... Saya nak tanya, pasal apa sunnah Nabi yang ni orang Melayu je dapat? Pasal apa orang Pakistan, India, Mesir, KSA tak dapat? Sunnah pesen mana pulak macam nih? Sunnah Nusontorian ke pulak? |
|
|
|
|
|
|
|
imsak adalah satu yang diajar Nabi s.a.w. sebagai suatu sunnah. bukan wajib, dan bukan juga perkara karut marut.
ibnur Post at 15-9-2009 17:44
Mananya imsak itu sunnah dari rasullallah..betullah apa yg stargate katakan itu...ianya di putuskan oleh para ulamak dahulu. |
|
|
|
|
|
|
|
ada ka hadis pasal imsak nih? kenapa depa ni berani kata imsak ni sunnah nabi? |
|
|
|
|
|
|
|
Re: Permasalahan Berkaitan puasa
« Jawab #34 pada: 02 Ogos, 2009, 03:19:45 am »
--------------------------------------------------------------------------------
Soalan :
Apakah perbezaan antara waktu Imsak dan waktu Subuh ?
Jawapan :
Firman Allah SWT surah al-Baqarah ayat 187 yang bermaksud :
{ ...dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih
(cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam) iaitu (waktu) fajar,
kemudian sempurnakanlah puasa itu hingga waktu malam (maghrib) … }
Dalil di atas menjelaskan bahawa waktu bermulanya puasa ( kewajipan menahan diri daripada perbuatan yang membatalkan puasa Ramadhan ) itu adalah waktu Subuh. Hal ini telah pun disepakati oleh Ijma' Ulama'.
Imsak itu adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud “ menahan daripada sesuatu ”.
Waktu imsak adalah waktu yang terbaik bagi seseorang itu berhenti makan/minum ketika bersahur dan juga sebagai waktu ihtiati (berjaga-jaga/berwaspada) agar tidak tergopoh-gapah bersahur hingga masuknya waktu subuh. Manakala waktu imsak yang diamalkan bermula kira-kira 10 minit sebelum masuknya waktu subuh atau kira-kira tempoh membaca 50 ayat al-Qur'an yang sederhana panjang
Sebuah hadis daripada Zaid bin Thabit yang bermaksud :
(kami sahur besama Rasulullah SAW kemudian kami berdiri solat. Saya bertanya "berapa lama jarak antara kedua-duanya itu?", baginda bersabda "50 ayat al-Qur'an"
(HR Bukhari).
Demikianlah perbezaan waktu imsak dan waktu bermulanya puasa (subuh) |
|
|
|
|
|
|
|
18# jofizo
Orang dah jawab dah kat sini:
http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=84 |
|
|
|
|
|
|
|
Dianjurkan kita MELEWAT LEWAT kan bersahur.
OK. Soalan aku:
-Apa maksud melewat lewatkan sahur? Adakah:
1. Lewatkan sahur dan berhenti bila masuk waktu Imsak?
atau
2. Lewatkan sahur, dan berhenti lebih kurang seminit dua nak masuk waktu Subuh.
Yg aku praktikkan, aku dah stop makan sebaik sahaja masuk waktu Imsak. Contohnya Imsak jam 5.42am...so tepat 5.42 am aku dah tak makan nasik ke, mee ke...dah siap2 gosok gigi..
Baki lagi 10 minit nak ke waktu Subuh, ie jam 5.52 am aku gunakan utk minum minum...sebab air kosong tak melekat di gigi...
Aku harap cara aku melewat lewatkan sahur ni ialah yg terbaik/cara yg dianjurkan.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|