View: 2439|Reply: 17
|
Aurat : Apa Sudah Jadi ?
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by alien7749 at 14-9-2009 16:05
Semasa saya memberikan kuliah kepada satu kumpulan wanita yang terdiri dari golongan professional termasuk para Datin di satu daerah, ketika itu, sedang heboh isu wanita seksi ditangkap di sebuah kelab malam. Lalu timbul isu hak peribadi wanita untuk memakai apa jua pakaian yang diingininya, termasuk yang seksi. Lalu, semasa kuliah ini saya mengambil peluang bertanya kepada kumpulan wanita ini soalan mudah berikut :-
"Apakah agaknya sebab wanita ingin memakai seksi dikhalayak ramai? Dengan skirt pendek, atau baju sendat dan nipis?"
Ada di antara mereka mula memberikan pandangan, tetapi kerana terlampau ramai yang bercakap, saya tidak mendengar butirannya. Apabila saya meminta seorang wakil, seorang menjawab dengan yakin.
" Untuk nampak cantik ustaz..." katanya sambil tersenyum malu.
Saya bertanya pula : "Agaknya kepada siapa nak ditunjukkan kecantikan itu?"
"Tentulah kepada kaum lelaki ustaz, kaum wanita pun iye juga.." sambungnya.
"Baiklah, jika lelaki tersebut sudah tergoda dengan kecantikan tu, lalu ingin menyentuh bahagian indah yang dilihatnya boleh tak ?" Tanya saya menguji.
" Isyh, ustaz ni.. tentulah tak boleh ustaz, dah kira ‘sexual harassment' (gangguan seksual) tuustaz" dengan yakin sekali hujjahnya kali ini.
"Jika demikian, tidakkah para wanita merasakan, tindakan mereka yang memaparkan bahagian yang menarik di tubuh mereka itu juga merupakan gangguan seksual kepada lelaki?"Tambah saya.
" Erm, macam mana tu ustaz?" Tanya mereka dengan nampak sedikit bingung sambil berkerut dahi.
"Ye la, bila orang lelaki yang dah naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu contohnya, mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak terkawal" .."Kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki disekelilingnya"
"Cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah dengan ikan ‘fresh' yang digoyang-goyangkan dihadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga" Tambah saya lagi memberi keyakinan.
"Tapi perlu diingat, tak semua kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar je, demikian juga lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar"
"Akhirnya, kerana suasana yang tak sesuai, mungkin kerana ramai orang dan di tempat awam pula,terselamatlah wanita seksi itu dari terkaman lelaki liar tadi.Masalahnya, anak-anak perempuan kecil berumur 7 hingga 12 tahun yang mungkin menjadi mangsa tempiasan nafsu lelaki begini. Dan di ketika itu, samada wanita itu bertudung, berjubah, kanak-kanak dan sebagainya tidak lagi mampu menahan nafsu si lelaki seperti ini, asalkan suasana cukup sesuai (sunyi dan jauh dari pandangan ramai), akan dilepaskan nafsunya secara kekerasan" Terang saya dengan panjang lebar, mereka mengganguk dengan wajah serius kali ini.
Lebih terangnya, sama-sama fikirkan adakah jika para wanita yakin bahawa jika anda berada dihadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya? . Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?. Benar, mungkin sesoerang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tapi keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah sebarang nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain menambahkan tahap azab sahaja. Apa yang jelas, pakaian yang ditunjukkan oleh wanita Arab yang solehah dengan penutupan aurat yang sempurna di zaman inisudah tentu boleh memberi sedikit info kepada kita bahawa inilah mugkin pakaian yang dipakai oleh wanita Islam di zaman Nabi serta mendapat redha dari mata dan hati baginda SAW. Tidakkah para wanita hari inijuga berminat meraih redha dari mata dan hati baginda SAW?.
|
|
|
|
|
|
|
|
BENARKAH MENUTUP AURAT DAPAT MENGELAK DARI WANITA DISAKITI?
Ramai wanita professional dan yang kurang didikan agama hari ini mencebik bibirnya apabila tajuk ini disebutkan, mereka tidak percaya langsung fakta yang saya sebut diatas. Malah ada yang berpendapat lelaki sengaja melakukan perkara buruk kepada wanita kerana ingin menunjukkan kekuasaannya terhadap wanita. Kerap benar saya dengar hujah ini di media massa.
Hakikatnya, sebagai hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW kita diajar untuk merujuk Al-Quran dan Al-Hadith bagi mendapat kepastian tentang baik buruk dan benar salahnya sesuatu perkara itu. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman :-
"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)
Jilbab, iaitu pakaian yang lebarnya semacam baju kurung untuk dipakai oleh kaum wanita bagi menutupi tubuh badannya. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan "Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.
Jadi jelasnya, bahawa ayat tersebut memberikan ‘illah (alasan) utama perintah ini adalah kerana bimbang wanita muslimah diganggu oleh orang-orang fasik dan menjadi perhatian orang-orang yang suka berzina. Bukanlah ketakutan yang timbul dari perempuan itu sendiri atau karena tidak percaya kepada mereka, sebagaimana anggapan sebahagian orang, tetapi ia adalah kerana sebahagian wanita yang suka menampakkan perhiasannya, berjalan dengan penuh lenggang lengguk dan bicaranya dibuat-buat manja, sering menarik perhatian nafsu lelaki dan menjadikannya sasaran orang-orang yang suka berzina. (Petikan dari kitab Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit pindaan)
Ayat ini juga jelas menunjukkan bahawa salah satu target utama menutup aurat yang diletakkan oleh Allah SWT adalah sebagai kaedah dan cara terbaik bagi mengelakkan wanita Islam dari diganggu dan disakiti.
BANTAHAN KAUM WANITA
"Eleh, tetapi hari ini ramai juga wanita bertudung yang kena rogol, malah setengahnya kena bunuh dijerut dengan tudungnya pulak, kanak-kanak pun kena rogol dan bunuh. Ini maknanya, tudung bukan lagi penyelamat la ustaz. Ha..macam mana ustaz nak jawab tu ?. Hujah balas yang selalu saya dengar bila isu ini ditimbulkan.
"Pernah tak anda merasa amat marah sepanjang hidup anda ?" Tanya saya kembali.
"Pernah juga ustaz..kenapa ustaz, apa kaitannya?" Bingung sekali lagi mereka nampaknya.
"Biasanya bila seseorang itu sedang amat marah, sempat tak agaknya ia berfikir bahaya atau tidak tindakan yang dibuatnya sebagai contoh; ada orang yang sedang marah kerana bising tangisan kanak-kanak, maka ditendang (seperti berita yang saya baca di akhbar baru-baru ini), ditolak jatuh tangga, ditekup wajah kanak-kanak itu dengan bantal dan macam-macam lagi bagi menghilangkan kemarahan atau gangguan bising itu, setelah beberapa ketika mungkin baru seolah-olah dia tersedar, lalu cemas dan mungkin menyesal"
"Demikianlah juga nafsu jahat, bila ia berada di tahap tinggi, ia tidak lagi melihat samada kepada pakaian dan umur wanita mahupun isteri orang dihadapannya, sasarannya hanya mendapatkan hajat jahatnya, kerana itulah wanita yang menutup aurat dengan sempurna serta kanak-kanak perempuan juga terancam, tanpa dapat dinafikan juga peranan vcd, laman, akhbar, majalah dan novel lucah " terang saya.
"Tapi macam mana pulak ayat tadi kata tutup aurat dapat mengelakkan wanita dari disakiti ?" Balas mereka dengan penuh minat kali ini.
"Jika kita lihat dengan teliti, ayat tadi sebenarnya ditujukan kepada seluruh kaum wanita. Ini bermaksud, jika sebahagian besar wanita tidak mentaatinya dan memakai pakaian seksi pula. Di ketika itu, faedah dan kebaikan dari tutup aurat bagi menjaga semua kaum wanita dari disakiti secara umum akan tergugat dariu mencapai matlamat umumnya. Sebenarnya, ayat itu nak beritahu bahawa seluruh wanita bertanggung jawab menjaga keselamatan kaum sejenisnya dengan menjaga aurat masing-masing" Jelas saya
"Maka bila ada yang seksi, ini bermakna, ia sedang mengancam kaum sejenisnya yang lain dan di tempat lain kerana telah menghidupkan nafsu kebinatangan lelaki jahat yang sedang tidur"
Bacaan selanjutnya.
http://www.zaharuddin.net/content/view/288/95/ |
|
|
|
|
|
|
|
good info alien..thanks kerana sudi share info yang agak penting ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
artikel ni mempunyai hujah2 yang bernas untuk kita tarbiyah perempuan2 seksi di luar sana. Sekarang anak dara orang, nanti saudara-mara kita, last2 anak2 kita yang pakai seksi. |
|
|
|
|
|
|
|
hehehe...
sapa golongan wanita "profesional" tu. dan perkataan "ramai" tu tak tepat ler. |
|
|
|
|
|
|
|
hehehe...
sapa golongan wanita "profesional" tu. dan perkataan "ramai" tu tak tepat ler.
mbhcsf Post at 14-9-2009 16:14
tak kisah la pasal identiti dan jumlah tu, tapi kalau kita keluar dari rumah kita, perkara ni lah yang merata2 di sekeliling pandangan kita. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by alien7749 at 14-9-2009 16:05
Semasa saya memberikan kuliah kepada satu kumpulan wanita yang terdiri dari golongan professional termasuk para Datin di satu daerah, ketika itu, ...
alien7749 Post at 14-9-2009 16:02
thread ni kalu letak kat ruangan gosip atau ask the women pun ok gak kan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Nik Aziz: Lelaki tak hormat wanita seksi
05-12-2006 11:27:38 PM
Oleh IAN MCINTYRE
KOTA BARU: Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempertahankan tindakan Majlis Perbandaran Kota Baru (MPKB) untuk menguatkuasakan sepenuhnya undang-undang kecilnya yang menegah wanita berpakaian tidak sopan daripada bekerja di premis perniagaan di kawasan tadbirannya.
Tindakan MPKB mengenakan denda RM500 terhadap wanita yang berpakaian sedemikian, menurut Menteri Besar Kelantan itu, memang satu tindakan tepat kerana mereka sepatutnya menghormati budaya dan nilai keagamaan yang diamalkan di Kelantan.
"Seseorang wanita yang memakai pakaian tidak senonoh sebenarnya tidak menghormati dirinya sendiri, jadi bagaimanakah orang lelaki akan menghormati mereka?
"Kedudukan moralnya juga nipis. Mengapakah orang menyimpan wang mereka di dalam dompet? Kerana wang adalah sesuatu yang bernilai tinggi, seperti juga maruah wanita. Jadi seseorang wanita sepatutnya berpakaian sopan untuk menjaga maruahnya," kata Nik Aziz.
Katanya telah menjadi norma dan sifat semula jadi lelaki akan mudah tergoda apabila melihat wanita berpakaian seksi dan menjolok mata.
"Ini sebenarnya bukan satu undang-undang yang khusus bagi MPKB sahaja. Ia adalah peraturan bertepatan dengan Islam jadi ia tidak patut diperkecil dan dipersoalkan," tegasnya lagi.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis rasmi di Grand Riverview Hotel di sini, Nik Aziz berkata, wanita bebas berpakaian sesuka hati mereka ketika berada di rumah sendiri, tetapi perlu menepati tuntutan Islam agar berpakaian sopan di khalayak ramai.
Katanya, sudah sampai masanya bagi MPKB menguatkuasakan peraturan itu kerana setelah sekian lama menjalankan kempen dan program bagi menyedarkan wanita mengenai perkara itu, masih ramai yang terus berdegil.
Pakaian yang disifatkan tidak sopan dan bertentangan dengan undang-undang kecil MPKB itu termasuk blaus dan seluar ketat, skirt singkat, balus dan baju-T yang menampakkan pusat, seluar jeans yang mendedahkan bahagian atas punggung bagi wanita bukan Islam.
Bagi wanita Islam pula, pakaian mestilah yang menutup aurat dan labuh hingga menutup buku lali dan bertudung.
Selain mendenda wanita yang berpakaian tidak sopan, MPKB juga mengumumkan bahawa majikan mereka juga boleh dikenakan tindakan kerana membenarkan pekerja mereka melanggar kod etika berpakaian, termasuk menarik balik permit perniagaan bagi mereka yang degil. |
|
|
|
|
|
|
|
Shahrizat: Dress code is disrespectful and undermines women's capabilities
Update from The Star Newsdesk
KUALA LUMPUR: The latest dress code ruling in Kelantan is disrespectful and undermines women's capabilities.
Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil said she is appalled at the no sexy clothes ruling in Kelantan.
The state government, she said, should instead focus on how it can help the development of women instead of concentrating on flimsy issues such as dress codes.
"Why are they focusing on dressing issues when they should be thinking about how they can help women in Kelantan excel and develop fur ther, both in education and entrepreneurship?" she told The Star at the Parliament lobby Tuesday in commenting on its front-page report.
The Kota Baru Municipal Council had warned that both Muslim and non-Muslim women working in retail out lets and restaurants in Kelantan should take note of their dress ing or risk being fined.
The council said it would be conducting spot checks and women who flouted its guidelines could be fined up to RM500, Several women's organisations reacted with outrage.
Shahrizat said creating such a ruling will in the end back-fire on the Kelantan government.
"In the end, Kelantanese women will object to it," she warned.
"It is so disrespectful to the women there. The ruling makes it seem like women cannot decide for themselves what they should or should not wear and need the government to help them decide.
"It just goes to show what kind of government they are." |
|
|
|
|
|
|
|
ustaz tu stim gak ker?
VoluptuousAmber Post at 14-9-2009 16:17
Sama ada dia stim atau tidak, nape kau tanya? Apapun hanya dia sajalah tau.
If so, it is natural to him tetapi sbg seorang yg tahu landasan yg sudah dibatasi Allah,
maka Allah akan memelihara keimanannya. Yet, adalah tugasnya sbg seorang ustaz
untuk terus meningatkan semua kaum hawa yang tak nak dengar kata. |
|
|
|
|
|
|
|
tak kisah la pasal identiti dan jumlah tu, tapi kalau kita keluar dari rumah kita, perkara ni lah yang merata2 di sekeliling pandangan kita.
alien7749 Post at 14-9-2009 16:16
no. my point is kita mengeneralisasikan sesuatu walhal tak nyer lah depa minoriti jer. Yg nampak banyak tu adakah semua professionals?
professional sektor mana? kalau health care ramai yg tutup aurat . tak der masalah pun actually. |
|
|
|
|
|
|
|
ustaz liwat pelajar lelaki ape kisah?
tak cukup ilmu ugama ke nak tahan nafsu bila terbayang pompuan seksi? |
|
|
|
|
|
|
|
ustaz liwat pelajar lelaki ape kisah?
tak cukup ilmu ugama ke nak tahan nafsu bila terbayang pompuan seksi?
e-mag Post at 14-9-2009 16:44
Ustaz pun bukan maksum. Yang maksum hanyalah Nabi dan Rasul. Kalau dah nama ustaz pun, mufti ke, ulamak ke, tapi berdiam diri bila berlaku kemungkaran, tolak hukum al-Quran, terima hukum manusia, sedikit pun tak berguna. |
|
|
|
|
|
|
|
peringatan untuk saya juga utk lbih mmbaiki dri,insyaAllah...smoga Allah membukakan pintu hati wanita2 yg diluar sana..bila hidayah Allah blum smpai lagi,cakaplah mcamana pun tak menjadi...berdoa sajalah demi kesejahteraan umat islam yg semakin hancur skarang..amin |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ko boleh share info aurat org lelaki pun bagus gak...leh tambah ilmu..aku tgk asyik topik bincang aurat org perempuan jer. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ko boleh share info aurat org lelaki pun bagus gak...leh tambah ilmu..aku tgk asyik topik bincang aurat org perempuan jer.
penyapu Post at 14-9-2009 18:32
aurat lelaki antara pusat dan lutut. Next. |
|
|
|
|
|
|
|
17# alien7749
apa hukum lelaki pakai ketat-ketat sampai buat orang pompuan tak kelip mata tengok?aku mushkil pulak...zaman sekarang ni orang pompuan pun dah pelik perangai aku tgk... |
|
|
|
|
|
|
| |
|