CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2904|Reply: 5

Derma/Wakaf Pembinaan Masjid

[Copy link]
Post time 3-10-2009 11:33 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum wrt...

Mari menderma untuk pembinaan Masjid.
Sumbangan anda amat diperlukan...

Sama-samalah kita menambah saham akhirat.

http://www.tayibah.com/eIslam/iklan_Masjid.htm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2009 12:45 PM | Show all posts
Bukan nk berkira tp aku nk tanya sket ler.....knp kalo derma pembinaan surauker,mesjidker mesti dtg dr wilayah selatan thai,kelantan,perlis or kedah?Dlm 1 tahun adaler 5-6 individu dtg opis aku mintak derma utk negeri2 yg jauh tu.Knp yg dtg tu bkn dari negeri aku sendiri?Aku tetap bagi gak tanpa  byk soal cuma heran sbb byk surau & mesjid yg baru kat negeri aku tgh buat!Peh tu yg dtg tu bawak ler surat pejabat agama yg photostat jer!!!ntah ya ntah x!sekali lagi bkn nk berkira tp tertanya2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2009 04:03 PM | Show all posts
Memang ada kebenarannya... (sekadar penjelasan ringkas tiada niat utk kondem orang lain)

Saya rasa mungkin

1) Masjid/surau di negeri lain tu mungkin byk disupport oleh kerajaan negeri

2) Kalau anda pernah ke Kelantan, anda akan berjumpa ramai pemungut derma masjid (yang ada resit rasmi dari majlis islam), yang potostat tu biasanya anak yatim je.... Mulanya saya sangka mereka yang minta derma itu adalah AJK masjid, bukan rupanya... sesiapa saja boleh memunggut bagi pihak masjid sebab ada upah. Salah seorang imam masjid daerah di Kelantan memberitahu saya, upahnya boleh sampai 30% drp hasil kutipan masing-masing. Bayangkan, byk mana mereka dapat !!!

Walau bagaimanapun, terpulanglah kepada kita sendiri... sekurang-kurangnya kita dapat menderma ke masjid tanpa perlu ke masjid tersebut. Bolehlah tambah pahala....
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2009 11:09 PM | Show all posts
ada sekali tu seorang lelaki datang kutip duit utk bina rumah anak yatim di johor...dia dah kutip kat ramai kawan2..sampai kat meja saya, saya belek file clear folder yg dia bawaktu..then saya tanya mana surat kebenaran minta derma? sebenarnya saya nak tgk je sbb saya baru dilantik bawah ajk kutipan nak kutip derma utk pembinaan surau sekolah..procedurenya byk..jadi masalah sbb saya dok kl tapi kerja di selangor dan nak kutip utk selangor..so just tanya surat itu ini mana...kena ada surat kebenaran dari balai polis juga...dia dah gabra...
then dia kata surat tu ada tapi dia tak berani bawa takut hilang??? saya pun dgn suara sinis..awak besar panjang mcm ni takut bawa surat kebenaran tu? takut hilang? ni file folder gambar banyak2 ni awak boleh usung ke sana sini kenapa surat kebenaran tu awak tak blh masukkan sama dlm file ni? ni betul2 nak kutip utk anak yatim ke nak masuk kocek sape ni? then dia terus belah..ambil file terus keluar dari bilik guru terus keluar sekolah...
saya terkejut...nak panggil guard pun tak terkeluar suara...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2009 10:49 PM | Show all posts
Sansuria3,
Saya ada juga terima maklumat, sekolah sudah menjadi tempat operasi peminta sedeqah. Peliknya dia tahu pulak bila guru terima gaji,,, Sehari dua selepas terima gaji, datanglah 3, 4 orang minta sedeqah kat bilik guru.... Tiba-tiba seorang guru wanita perasan si peminta sedeqah tersebut pernah minta sedeqah bulan lepas, juga 3, 4 hari slps guru terima gaji.. Peminta sedeqah tu kata,... anaknya sakit nak dibedah, org sussah dan dia kata tinggal di tempat X... lalu kata cikgu wanita tu kata, bulan lepas kan awak yang datang, kata yatim piatu, tiada anak, tinggal di tempat Z. Lalu terkedulah dia, terus cabut... guard pula takde, tengah meronda agaknya.... tanya jiran kat depan sekolah, mereka kata ada van angkut mereka utk mengemis... Slps peristiwa tersebut, tiadalah tiba pengemis tadi...

Walau bagaimanapun, jom dermalah kepada tabung pembinaan masjid... tikdak kira di mana saje...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2009 04:13 PM | Show all posts
kepada yg bermurah hati itu, tidak salah jika hendak menderma, tp mendermalah pd tempatnya yg sepatutnya...bukan apa... ada sesetengah manusia nie, dia suka mengambil kesempatan dengan belas ehsan yg diberikan...

cdgn sy, jika mahu menderma, derma la di masjid2 dimana sudah disedikan tabung untuk sesiapa yg sudi menderma....
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.081273 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list