View: 1534|Reply: 0
|
Majaalis Haul Imam Al-Haddad 1430 Hijri
[Copy link]
|
|
Alhamdulillah kami rafa’kan kesyukuran atas anugerah dari Allah s.w.t. yang dengan izinNya telah sampai tahun yang kesepuluh majlis memperingati pemergian Imam Al-Haddad dilangsungkan di Malaysia ini. Tidak dapat disyakki lagi bahawa majlis-majlis seperti ini dihujani rahmat dan barakah kurnia Allah s.w.t.
Tambahlagi dengan tanda saling meningkat pengenalan serta pendekatan terhadap ilmu nukilan beliau dan amalan susunan beliau yang tidak gagal merafa’kan kedudukan dan iman si murid kepada pendekatan diri dengan Allah s.w.t.
Di sini disertakan jadual Haul Imam AlHaddad bagi tahun ini
Majaalis Haul Imam Al-Haddad 1430 Hijri | | | Tarikh | Hari | Bandar | Tempat | Masa | 1 | 20-Oct | Selasa | Kota Baru, Kelantan | Masjid Kota | 18:00 | 2 | 20-Oct | Selasa | Jitra, Kedah | Masjid Al-Muttaqin, Bandar Baru Darul Aman | 18:30 | 3 | 21-Oct | Rabu | Kemaman, Terengganu | Masjid Geliga Besar, Cukai | 18:00 | 4 | 21-Oct | Rabu | Kangar, Perlis | Surau Taman Jali | 18:30 | 5 | 21-Oct | Rabu | Dengkil, Selangor | Yayasan Al-Jenderami, Jenderam Hulu | 18:30 | 6 | 22-Oct | Khamis | Maran, Pahang | Masjid Syakirin, Maran | 18:00 | 7 | 22-Oct | Khamis | Permatang Pauh, Penang | Madrasah An-Nahdhah, Kubang Semang | 18:30 | 8 | 23-Oct | Jumaat | USJ Subang Jaya | Masjid Al-Falah, USJ 9 | 18:00 | 9 | 24-Oct | Sabtu | Kuala Lumpur | Masjid Baitul Aman, Jalan Damai | 17:30 | 10 | 25-Oct | Ahad | Kuala Lumpur | Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah | 18:00 | 11 | 26-Oct | Isnin | Muar, Johor | Ribath Parit Perupok | 18:30 | 12 | 27-Oct | Selasa | Sungai Udang, Melaka | Baitul Qurra', Sg Udang | 18:30 | 13 | 28-Oct | Rabu | Rembau, Negeri Sembilan | Yayasan SOFA, Kota | 18:30 | 14 | 29-Oct | Khamis | Labuan | Masjid Layang Layangan | 17:30 | 15 | 30-Oct | Jumaat | Miri, Sarawak | Masjid An-Nur, Pujut Padang Kerbau | 17:30 | 16 | 31-Oct | Sabtu | Kuching, Sarawak | Masjid
Wan Alwi, Tabuan Jaya | 17:30 | | Version 1.3 08Okt09 |
Majlis
Haul Imam AlHaddad bertujuan khusus mengenang peninggalan Imam Al-Haddad selaku seorang Qutub dan Mujaddid Islam abad kedua belas hijri. Al-Imam Al-Habib Abdullah bin Alawi bin Muhammad Al-Haddad terkenal sebagai seorang ‘arifin yang memiliki ilmu yang luas lagi bermanfaat; bukan sahaja untuk insan yang hidup pada zaman beliau, bahkan untuk sesiapa sahaja tanpa batasan merentasi zaman atau umur. Beliau kehilangan daya penglihatan sejak berusia umur empat tahun namun memiliki kelebihan yang luar biasa yang telah digantikan oleh Allah s.w.t. dengan nur basirah serta kebolehan menyerap ilmu dan menyebarluaskannya.
Siri majlis-majlis seperti ini sekali lagi akan diperluaskan ke luar ibukota atas permintaan pihak masyarakat tempatan yang tidak berpeluang menikmati majlis-majlis ini di sekitar ibu Negara. Para ulama’ jemputan dari dalam serta luar negara akan mensyarahkan berkenaan ilmu yang ditekankan oleh Imam Al-Haddad bertemakan adab dan akhlaq. Jadual majlis-majlis tersebut sedang diselaraskan dan akan dimaklumkan disini tidak lama lagi serta melalui iklan ‘flyer’, papan poster dan surat kepada pihak-pihak tertentu.
Tema ini dipilih atas terteranya kepetingannya untuk semua insan yang inginkan kemakmuran dunia dan akhirat. Banyak peringatan tentang adab dan akhlaq ini ditekankan oleh Allah s.w.t. dalam Al-Quran Al-Karim. DididikNya sendiri Rasul kesayanganNya dengan akhlaq yang seagongnya yang mana sebagai seorang Muslim yang beriman kepada Laa ilaaha illallah Muhammadan Rasulullah, wajib untuk mengenal akhlaq dan adab Rasul s.a.w. serta mencuba sedaya upaya mengikuti akhlaq dan adab yang sama. Akhlaq merupakan dasar utama dalam bermuamalat dengan diri sendiri, dengan Allah s.w.t., dengan keluarga, jiran, haiawan, rezeki, harta, waktu, ilmu, kerja dan lain-lain.
Pihak Pengelola
Hawi Al Khairat
Malaysia |
|
|
|
|
|
|
| |
|