CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4534|Reply: 37

SITI PUKAU 10,000 PENONTON

[Copy link]
Post time 16-11-2009 09:15 AM | Show all posts |Read mode
Siti tetap di hatiOleh Farihad Shalla Mahmud
[email protected]



Aura penyanyi wanita nombor satu negara itu meninggalkan seribu satu kenangan kepada peminat

MASIH jelas di ruang ingatan saat penyanyi ini beraksi di pentas berprestij, Panggung Sari, Istana Budaya (IB) ketika menjayakan Konsert Eksklusif Satu pada Jun lalu. Alunan vokalnya yang bertenaga, aksi lincahnya kala menari, usikan nakalnya ketika berkomunikasi bersama penonton membuatkan persembahan penghibur tersohor, Datuk Siti Nurhaliza terus basah dalam ingatan peminat setianya.

Kini, selepas empat bulan berlalu, aura yang sama sekali lagi ditebarkan penyanyi itu dan kali ini di Stadium Malawati, Shah Alam menerusi Konsert Seribu Warna pada Sabtu lalu, anjuran Hai-O Marketing Sdn Bhd dengan kerjasama syarikatnya iaitu Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd.


Berpaksikan kepada elemen santai dan funky, nyata Siti mengotakan apa yang dikatakannya itu. Selama dua jam di stadium tertutup ini, hampir sepuluh ribu penonton dapat berasakan aroma funky dan santai menguasai atmosfera di situ.

Jika untuk Konsert Eksklusif Satu, Siti menggunakan teknik teaterikal, namun untuk Seribu Warna yang dibawakan khas oleh Hai-O Marketing ini, Siti melakarkan suasana dengan bermain visual.

Siti menyusun lagu nyanyiannya senada dengan tema dipilih. Selepas dihiburkan dengan persembahan pembukaan oleh kumpulan Coda, penyanyi itu memilih lagu Ku Mahu dan Ku Milikmu sebagai salam pembuka kata buat penonton.


Sambil diiringi penari Can Can, kemunculannya disambut dengan jeritan penonton yang memang tidak sabar menyaksikannya beraksi. Jeritan semakin kuat apabila Siti meniru gaya Beyonce menari menerusi lagu yang digubah susunan muziknya menyamai lagu Crazy In Love.

"Kalau ada yang kemurungan atau sedih kerana tak dapat tengok konsert Beyonce, Siti harap, lagu itu dapat hiburkan semua," seloroh Siti sambil disambut dengan gelak tawa penonton.

Puas menari irama rancak, Siti beralih ke irama tradisi. Sebelum menghiburkan dengan lagu Nirmala dan Di Taman Teman, ditayangkan beberapa visual Siti menyanyikan lagu irama tradisional yang dipetik dari di Anugerah Juara Lagu suatu waktu dulu. Emosi penonton kemudian larut dalam nyanyian penuh penghayatan Siti menerusi lagu berhantu, Biarlah Rahsia.

Pun begitu, rahsia siapakah dua penyanyi lelaki yang lagunya hendak dinyanyikan Siti terbongkar apabila dia memilih lagu Lelaki Ini nyanyian Anuar Zain, dan Mahakarya Cinta nyanyian Faizal Tahir.
SAIRAH dan Saida turut tampil di pentas.
"Bukan soal cuba merendah diri apabila Siti memilih menyanyikan lagu-lagu mereka tetapi mereka adalah antara penyanyi yang Siti kagumi. Malahan, mereka juga adalah penyanyi popular dan mempunyai ramai peminat.

"Mereka tahu Siti akan menyanyikan lagu mereka. Malangnya mereka tak dapat hadir kerana terbabit dengan persembahan. Tapi Faizal ada meminjamkan saya gitar untuk saya gayakan sewaktu persembahan tadi," kata Siti.

Pada konsert yang dipimpin Aubrey Suwito muzik itu, Siti turut mengundang adik beradiknya iaitu Sairah dan Saida. Umpama tiga 'diva' yang berkongsi satu pentas, mereka memilih lagu Hey Ladies, Lelaki Buaya Darat dan Pudar. Sebelum itu, Sairah dan Saida menghiburkan penonton dengan menyampaikan secara duet lagu Doktor Cinta.

Mereka juga merebut peluang yang ada untuk memperkenalkan lagu solo apabila Saida menyampaikan secara medley lagu Di Curi Mala/Sedalamnya Cinta, manakala Sairah menyanyikan lagu Hero Wayang dan Akhir Cinta.

Biarpun kali pertama tampil dalam sebuah konsert berskala besar seperti itu, kedua beradik itu nampak cukup yakin ketika beraksi. Malah, Sairah mengejutkan penonton dengan persembahan dan kawalan vokal yang bertenaga.

Lagu lain yang menjadi pilihan Siti untuk dinyanyikan secara solo ialah Pendirianku, Ku Percaya Ada Cinta serta Seindah Biasa. Siti kemudian mengalunkan lagu Destinasi Cinta sebagai menghargai usahawan Hai-O serta meraikan ulang tahun ke-17 syarikat jualan langsung itu berada di penghujungnya.

Seperti biasa, amat sukar penonton membiarkan Siti meninggalkan pentas kerana mereka ingin terus menyaksikan penyanyi ini terus beraksi. Namun, setiap yang bermula, pasti ada penghujungnya. Suka atau tidak, sampai masa Siti harus mengundurkan diri

"Siti akui Siti memang suka meninggalkan penonton dengan perasaan sebegitu. Siti mahu peminat akan terus teruja setiap kali Siti muncul dalam apa juga bentuk persembahan yang Siti buat selepas ini," katanya yang ditemui sejurus selepas konsertnya itu berakhir.

Konsert istimewa bersama M Nasir

JIKA tiada aral melintang, penyanyi berdagu lekuk ini akan mengadakan konsert yang menyaksikan Siti bergandingan dengan penyanyi lelaki terkenal, M.Nasir. Dijadualkan pada 1 Januari 2010, Konsert Bagaikan Sakti M Nasir & Datuk Siti Nurhaliza itu akan diadakan di Esplanade, Singapura.

"Untuk konsert anjuran Beyond DDB ini, ada lagu yang akan menyaksikan kami berduet dan ada juga yang Siti sampaikan secara solo. Begitu juga sebaliknya. Bagaimanapun, konsepnya masih dalam perbincangan dan Siti memang teruja menantikan saat itu," kata Sti yang sudah dua kali mengadakan persembahan di pentas terkemuka itu.

Memandangkan 2010 menjadi tahun ke-15 Siti berada dalam dunia seni, penyanyi dari Kuala Lipis, Pahang ini juga merancang untuk mengadakan konsert istimewa khusus untuk peminat setianya.

"Memang Siti merancang untuk meraikan tahun penuh bermakna itu dengan menganjurkan konsert khas. Ada empat bulan lagi untuk Siti menguruskannya," jelasnya dalam nada teruja.

Disoal apakah tidak bimbang hilang nilai eksklusif kerana kerap mengadakan konsert, Siti berkata beliau tidak beranggapan sedemikian.

"Apa yang penting, konsert dapat menyatukan Siti dengan peminat dan selagi peminat terhibur, ekslusif atau tidak itu bukanlah persoalan besar. Siti hanya mahu peminat terhibur," katanya yang kini sedang menunggu masa untuk merakamkan album duet bersama Krisdayanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-11-2009 09:39 AM | Show all posts
Post Last Edit by nabs at 16-11-2009 09:40

Rezeki Siti Buat Konsert Masih Belum Putus
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ

REZEKI penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza Tarudin untuk membuat konsert masih belum putus.

Tahun ini sahaja, Siti telah menjayakan dua konsert besar iaitu Konsert Eksklusif ‘SATU’ dan Konsert Seribu Warna.

Tahun depan, isteri Datuk Khalid Mohd Jiwa ini akan menganjurkan dua buah konsert lagi iaitu konsert bersama penyanyi veteran, M. Nasir dan bersempena dengan ulangtahunnya ke-15 menjadi anak seni.

Konsert bersama M.Nasir akan diadakan di Esplanade, Singapura pada 1 Januari sementara sebuah lagi konsert dijangka akan dilakukan sekitar April dan tempat masih belum ditetapkan.

Melihat kehangatan Konsert Seribu Warna pada kelmarin, menunjukkan penyanyi ini masih berada di tahap teratas dan peminatnya tidak putus-putus memberikan sokongan.

Diperhatikan, konsert yang dijayakan oleh Siti mampu menyatukan pelbagai jenis bangsa, agama, peringkat umur.

Bak kata penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini, ‘itu untungnya buat konsert Siti, semuanya tenang’ yang sebelum itu sempat berseloroh ‘nasib baik tiada yang bakar kerusi’.

Bercerita tentang konsert ulangtahunnya itu, Siti masih memikirkan konsep persembahan tersebut.

“Saya kena kerja keras lagi untuk melakukan kelainan pada konsert akan datang.

“Begitu juga dengan konsert bersama M. Nasir. Saya ingin tampilkan cara kami yang berbeza. Saya akan lebih berpuas hati kalau mampu membuat semua penonton puas,” ulasnya ketika sidang media seusai Konsert Seribu Warna di Stadium Malawati, Shah Alam.

Hargai Anuar Zain dan Faizal Tahir

Menurut Siti, dia memilih untuk menyanyikan lagu penyanyi Anuar Zain dan Faizal Tahir di konsert itu kerana bakat mereka.
Siti mendendangkan lagu ‘Lelaki Ini’ oleh Anuar Zain dan ‘Mahakarya Cinta’ (Faizal Tahir) selain 10 buah lagunya yang lain.
Antaranya adalah ‘Ku Mahu’, ‘Destinasi Cinta’, ‘Bukan Cinta Biasa’, ‘Pendirianku’ dan ‘Ku Percaya Ada Cinta’.
“Saya hargai bakat Anuar dan Faizal. Lagu-lagu mereka juga diminati ramai. Ikutkan ramai lagi penyanyi lelaki lain yang terbaik tetapi saya perlu buat pilihan.
”Nak menyanyikan lagu lelaki juga perlu pilih juga yang sesuai dengan ‘key’ saya sebab ‘key’ lelaki agak sukar dinyanyikan oleh wanita
“Saya juga cuba menyelitkan konsep yang sedikit ‘cheeky’ seperti yang saya beritahu sebelum ini,” ujarnya lagi.
Siti juga menjemput penyanyi naungan Siti Nurhaliza Productions Sdn Bhd (SNP) iaitu adik dan kakaknya, Siti Nur Saerah dan Siti Nur Saida; serta band Coda.

“Ramai yang mungkin tidak tahu Saerah boleh menyanyi ‘live’ dan hanya mendengar di radio. Kak Saida pula sebelum ini nampak malu-malu tetapi saya cuba bawa mereka ke pentas.

“Alhamdulillah, konsep kali ini juga lebih santai dan menghiburkan,” katanya yang menggayakan gaun malam rekaan Hatta Dolmat.

Sementara pakaian pertama berwarna ungu yang dikenakan semasa konsert malam itu pula direka oleh Rizman Ruzaini.

Corat-Coret Konsert Seribu Warna

Rupa-rupanya Siti meminati penyanyi Beyonce Knowles dan telah pun membeli tiket untuk menonton konsert penyanyi yang popular dengan lagu ‘Halo’ ini tetapi konsert itu dibatalkan pada saat-saat akhir.

Semasa konsert itu, Siti sempat berseloroh dengan berkata, ‘saya beli tiket Beyonce tapi dibatalkan saat-saat akhir. Saya harap terubat hati penonton yang beli tiket konsert Beyonce seperti saya’.

Walaupun nyanyian Siti tetap mantap seperti konsert 'SATU' sebelum ini, namun dia dengan spontan menyelitkan ‘jangan risau tiada juri profesional, pitching lari pun tak pe’.

Setiap lagu yang dinyanyikan oleh Siti pasti mendapat sambutan dan sorakan oleh kira-kira 9,000 penonton. Mereka juga seperti tidak puas dan sama-sama mengalunkan lagu milik suara merdu bak buluh perindu ini.

Kata Siti, ‘peminat saya ramai yang melaram. Ada yang datang nak tengok dekat-dekat..ada yang nak tengok mata dan hidung saya. Ada yang geram sampai cubit pipi saya. Kalau sekali-sekala (cubit) tu ‘ok’, jangan tiap-tiap hari.

“Sebagai artis, saya banyak mengembara dan berjumpa pelbagai jenis orang, kerjaya dan status berbeza tetapi saya tetap berbangga dapat berjumpa dengan peminat sendiri,” luahnya.

Ketika meminta penonton meneka penyanyi pilihannya, Siti yang maksudkan Anuar Zain memberitahu ‘clue’ ‘kami sama-sama terjerat dalam percintaan..opps, sorry bi (Datuk K)’ lalu disambut dengan ketawa daripada penonton termasuk suaminya itu.

Semasa memberikan ‘clue’ untuk penyanyi kedua, ada penonton memekik nama Datuk K lantas Siti menjawab ‘Datuk K tak boleh nyanyi’.

KREDI TO:MSTARONLINE
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2009 09:41 AM | Show all posts
go saerah go!
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2009 09:43 AM | Show all posts
asik konsert jek............
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2009 09:47 AM | Show all posts
laju siti bab2 konsert nie... org lain wat konsert kl tak laku salahkan ujan laa.. salahkan cetak rompak laa.. salahkan peminta malaysia laaa
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2009 10:25 AM | Show all posts
Cayalah....Inilah Siti kesayanganku....

Tapi apsal ngan M.Nasir ?....

Tunngu konsert ekslusif untuk peminat....(mungkin wat free kerr?)
Kalau Free, yg tak minat pun ngaku minat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2009 10:40 AM | Show all posts
01/01/10
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2009 10:50 AM | Show all posts
wat la konsert ct + pejal tahir ke or anuar zain ke...

hehhehe...

konsert faizal tahir takde ke eh.... dia ni cam ok gak wat konsert...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-11-2009 10:52 AM | Show all posts
Post Last Edit by nabs at 16-11-2009 10:55

Konsert tutup tirai 2009
Oleh Norhadiani Baharom
[email protected]

Rap

SETIAP kali menyaksikan persembahannya, terasa seperti kali pertama menonton aksinya di atas pentas.  
Terpukau! Itulah gambaran yang paling tepat mengenai persembahan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 30.

Nyata, suara dan aksinya tidak pernah menjemukan walau seringkas mana pun persembahannya.

Sabtu lalu, di Stadium Malawati, Shah Alam, sebuah konsert dinamakan Seribu Warna Datuk Siti

Nurhaliza dijayakan penghibur kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini.

Konsert anjuran dan sempena sambutan ulang tahun ke-17 Hai-O Marketing Sdn Bhd, menyaksikan pemilik wajah jelita

bersuara lunak itu menyampaikan rangkaian lagu popularnya.


Ku Mahu yang menjadi lagu tema drama bersiri Spa Q, dipilih sebagai mukadimah persembahan Siti diikuti Ku Milikmu yang

digubah sedikit 'arrangement' muziknya dan digabung 'intro' lagu Crazy In Love (dipopularkan Beyonce Knowles dan suami,

Jay Z).

"Arrangement muzik Ku Milikmu ini sengaja Siti minta digubah sedikit. Manalah tahu ada yang di sini sudah beli tiket dan kecewa dengan penundaan konsert Beyonce Knowles termasuk Siti juga.

"Jadi malam ini, jangan sedih dan bimbang, Siti sedia menghiburkan anda," katanya diikuti gelak tawa penonton.

Persembahan diteruskan Siti dengan menyampaikan lagu Nirmala, Di Taman Teman dan Biarlah Rahsia.

Penyanyi berzodiak Capricorn ini turut mengotakan janjinya mendedikasi segmen tribute kepada dua penyanyi lelaki yang

cukup dikaguminya iaitu Anuar Zain dan Faizal Tahir.

Siti mendendangkan lagu hit Anuar iaitu Lelaki Ini dan Mahakarya Cinta (Faizal Tahir).

Kesudian Siti menyampaikan lagu artis tempatan sama ada yang baru mahupun lama menyerlahkan betapa Siti seorang yang

sentiasa merendah diri, walaupun pelbagai koleksi lagu hitnya lebih layak diperdengarkan dalam konsertnya itu.

"Kedua-dua penyanyi lelaki ini sangat saya kagumi. Faizal Tahir mempunyai peluang yang cukup cerah dan banyak

lagunya yang Siti suka.

"Manakala Anuar, penyanyi senior yang sangat Siti kagumi dan banyak lagunya terutama dalam album yang memuatkan lagu Lelaki Ini Siti suka," katanya ketika diajukan hal berkenaan dalam sidang media sejurus konsert berkenaan.

Tampil 'funky' dengan busana warna-warni serta kelabu rekaan Hatta Dolmat dan Rizman Ruzaini, rangkaian lagu yang turut

disampaikan Siti adalah Bukan Cinta Biasa sambil diiringi tiupan seruling daripada Mohar, anggota kumpulan Mohram.

Penyanyi yang memiliki 14 album ini, antaranya Jerat Percintaan, Cindai, Transkripsi dan terbaru, Tahajud

Cinta meneruskan persembahan dengan lagu yang sering membuatkan arwah bapanya, Taruddin, menitiskan air mata iaitu,

Seindah Biasa.

Acara nyanyian 90 minit oleh Siti diakhiri dengan lagu Destinasi Cinta yang sebelum itu terlebih dulu menghiburkan

penonton dengan lagu, Tahajud Cinta yang cukup popular ketika ini.

Ketika ditemui sejurus selepas konsert, Siti mengakui, persembahan itu adalah konsert terakhirnya bagi 2009.

"Selepas Konsert Satu di Istana Budaya tidak lama dulu, Konsert Seribu Warna anjuran Hai-O adalah persembahan terbesar

Siti jayakan.

"Ia juga Siti anggap sebagai penutup tirai konsert bagi 2009," kata Siti yang berpendapat konsert kali ini lebih

santai.

Katanya, selesai saja persembahan itu, barulah dia berpeluang memikirkan perancangan seterusnya untuk mengadakan

konsert bersama penyanyi yang cukup disegani di negara ini, M Nasir.

"Insya-Allah, jika tiara aral akan diadakan pada 1 Januari 2010 di Esplanade, Singapura. Gabungan Siti dan abang M Nasir

sebenarnya adalah di atas idea pihak pengurusan penyanyi itu sendiri, Beyond DBB.

"Tidak tahu lagi konsep persembahan yang bagaimana mahu ditampilkan, tetapi Siti pasti ia satu lagi konsert yang

mencabar buat Siti.

"Pun begitu saya kena berbincang dulu dengan abang Nasir kerana meskipun kami bergabung, kedua-dua kami mempunyai cara nyanyian dan persembahan yang tersendiri," katanya.

Memilih untuk menggunakan khidmat pengarah muzik Aubrey Suwito, Siti juga merancang mengadakan konsert besar

bersempena ulang tahun ke-15 di persada seni suara.

"Saya impikan sebuah konsert yang besar untuk meraikan peminat juga bersempena ulang tahun kerjaya nyanyian Siti yang

ke-15 di persada seni suara.

"Memandangkan ulang tahun itu bakal disambut Siti pada April 2010, Insya-Allah konsertnya akan bertarikh sekitar bulan itu.

"Walaupun jarak antara satu konsert ke satu konsert tidak begitu jauh, Siti gembira kerana inilah peluang dan

masanya untuk menghiburkan peminat dan bertemu dengan mereka," katanya.

Selain itu, sekitar November ini Siti juga terikat dengan rakaman album duet bersama teman baiknya iaitu penyanyi seberang, Kris Dayanti.

Sekadar mengimbas, konsert Seribu Warna yang bermula kira- kira jam 8.45 malam itu turut diserikan dengan persembahan

artis naungan Siti Nurhaliza Productions (SNP) iaitu, kakak dan adik Siti sendiri, Saida serta Siti Sairah selain

kumpulan Coda.

Saida menyampaikan lagu Di Curi Malam dan Sedalamnya Cinta. Manakala Sairah pula, cemerlang dengan persembahannya menerusi Hero Wayang dan Akhir Cinta.

Kedua-dua mereka menyampaikan lagu masing-masing secara medley. Selain turut berpadu suara menerusi Dokter Cinta yang

dipopularkan kumpulan wanita dari Indonesia, Dewi Dewi.

Saida dan Sairah yang muncul pada awal persembahan, kembali ke pentas untuk menyampaikan lagu sedang hit ketika ini, Hey

Ladies yang dipopularkan Rossa (Saida), Buaya Darat (Ratu) dinyanyikan Saidah, diikuti Pudar (Rossa) mengiringi

persembahan Siti.

Sairah berkata, dia dan Saida terharu kerana diberi peluang membuat persembahan dalam konsert berkenaan, namun mengakui

tetap gementar mengiringi persembahan Siti, kakaknya sendiri.

"Apabila sudah diberi peluang sebegini tentulah saya ingin memanfaatkannya dengan memberi persembahan terbaik.

Dengan ruang pentas yang lebih besar, barangkali di sini orang akan lebih nampak bakat saya.

"Terus terang, saya gementar walaupun menyanyi di konsert kakak sendiri maklumlah belum biasa membuat persembahan di hadapan ribuan orang," katanya.

Terdahulu, tirai persembahan membawa penonton mengenali kumpulan baru tempatan, Coda yang menyampaikan lagu hit

mereka, Hanya Aku diikuti medley, Buai, Farewell dan Sinaran. Konsert berdurasi 2 jam 15 minit itu dihadiri ahli Hai-O dan selain orang tempatan, ia turut dihadiri peminat dari Singapura, Brunei dan Indonesia.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2009 10:57 AM | Show all posts
wa prefer konsert berbayor.
nak menikmati muzik ct dan ct.
kalau free, jenuh la.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2009 11:06 AM | Show all posts
wa prefer konsert berbayor.
nak menikmati muzik ct dan ct.
kalau free, jenuh la.
heisebeno Post at 16-11-2009 10:57


JENUH TU APA MAKSUD U?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2009 11:33 AM | Show all posts
jenuh tu maksudnya tak larat la nak bersesak.
mesti ramai yg dtg kalau free.
kalau berbayar, lebih selesa. dan dah konfem ada seat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2009 12:08 PM | Show all posts
jenuh tu maksudnya tak larat la nak bersesak.
mesti ramai yg dtg kalau free.
kalau berbayar, lebih selesa. dan dah konfem ada seat.
heisebeno Post at 16-11-2009 11:33

oh...memang pun kalau free suma menyibuk jer...ada yg ludah jilat balik..ha..ha..haa...........
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2009 12:11 PM | Show all posts
meh i betulkan ayat u tu nabs.
bukan ada yg ludah jilat balik
tapi ramai yg ludah jilat balik weh.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2009 12:20 PM | Show all posts
meh i betulkan ayat u tu nabs.
bukan ada yg ludah jilat balik
tapi ramai yg ludah jilat balik weh.
heisebeno Post at 16-11-2009 12:11


kannnn!!!!!!!!!!...sokong sgt2....kat bod gosip yg pasal ''motip ct wat banyak konsert''.....lol, tu pn nk jadi isu???....heran btul diorg ni...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2009 01:20 PM | Show all posts
Post Last Edit by afifahmis at 16-11-2009 13:21
kannnn!!!!!!!!!!...sokong sgt2....kat bod gosip yg pasal ''motip ct wat banyak konsert''.....lol, tu pn nk jadi isu???....heran btul diorg ni...
Nadia90 Post at 16-11-2009 12:20


dorangkan cemburu....artis dorang xbuat konsert...better siti wat yg berbayarla...kesianla dia...kalau tiap kali nak wat konsert semua nak free..rugila syarikat dia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2009 01:49 PM | Show all posts
ala....dengki...

pelik la plak...nak suruh konon takyah penari....ala ala duduk tegak fokus pada vokal gitew....
macamla diorang nak pergi....
kang kuar plak thread boring la..takde budget la....akai boleh dibaca...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2009 02:06 PM | Show all posts
konsert satu hari tu pun ala ala takde penari
walaupun ada
penari dok menari dalam gelap
lampu dok suluh ct jek
tetap meletop gak
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2009 02:16 PM | Show all posts
tah ape diorg ni

bende kecik camni pn nk pertikai kt bod gosip...nmpknye bkn baju jd isu
sbb ct selalu wat konsert je
adeh maslh
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2009 02:27 PM | Show all posts
biasela tu lain orang lain pendapat. Hanya peminat mek iti je yang memahami mek iti
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.047873 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list