CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4133|Reply: 13

Mawi rancang zaman kejatuhan??

[Copy link]
Post time 17-11-2009 12:38 PM | Show all posts |Read mode
Mawi Plan Zaman Kejatuhan?




Oleh: ROSLI MANAH Foto: NOOR AZLINA JAAFAR


Ibarat air laut lah ada pasang surutnya. Nama seseorang selebriti juga ada masa di atas dan pada masa lain pula turun ke bawah. Semasa masih senang... inilah masa yang sesuai untuk mempersiapkan diri menghadapi masa sukar nanti.
Mawi kini masih diterima oleh peminat sebaiknya walaupun impaknya tidak lagi sebesar sebagaimana selepas dia menjuarai Akademi Fantasia 3, empat tahun lalu. Sebab itulah Mawi mula berkira-kira meluaskan empayar perniagaan, tidak hanya tertumpu kepada pendapatan sebagai penyanyi semata-mata.








"Saya sedar sekarang ini pasaran album merosot... saya kena rancang masa depan. Sebab itu saya bergerak aktif bersama syarikat saya MW Entertainment.

"Dulu saya sendirian, sekarang saya sudah ada tanggungjawab terhadap isteri," kata Mawi pada majlis perasmian syarikat MW Entertainment baru-baru ini.

Majlis dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim.
Mawi tidak mahu bergantung kepada punca pendapatannya sebagai penyanyi sebaliknya mahu meneroka perniagaan dalam bidang seni melalui syarikat tersebut.
Baguslah... Mawi nampaknya sudah bersedia menghadapi zaman kejatuhan. Apabila waktu itu tiba, Mawi masih lagi boleh aktif melalui syarikat yang ditubuhnya.

Malah sejak awal lagi Mawi pernah mengatakan dia sentiasa bersedia untuk tidak berada di puncak kerana sedar suatu hari nanti ada orang lain yang mengambil tempat tersebut. Sebab itu dia sentiasa bersedia dan merancang masa depan daripada sekarang.




RAZALI IBRAHIM MERASMIKAN MAJLIS



Terbit program TV



Razali Ibrahim merasmikan majlis.

Syarikatnya semakin giat menerbitkan program TV bermula Rumah Baru Bini Baru Baru Raya yang disiarkan di Asto sempena musim perayaan  Aidilfitri baru-baru ini.

MWE juga mengambil alih tugas menerbitkan program pengembaraan Langkah Mawi musim kedua.
"Langkah Mawi musim pertama diterbitkan oleh pihak Astro. Alhamdulillah  MWE diberi kepercayaan menerbitkan Langkah Mawi 2 yang akan disiarkan bermula 25 November ini," kata Mawi.



Kalau dalam program Langkah Mawi musim pertama dia mengembara sendirian, kali ini Mawi membawa bersama isterinya dalam pengembaraan tersebut.Kali ini Mawi dan Ekin melangkah ke Melbourne, Australia, Hong Kong dan Bangladesh.
Mereka memasuki masyarakat di sana dan menyampaikan maklumat dalam konsep bersantai.



MAWI BERSAMA VIP DAN SEBAHAGIAN PENAJA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-11-2009 12:38 PM | Show all posts
tengok gambo penaja tu
cina jer

<artikel dari manggaonline>
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 12:41 PM | Show all posts
x pa mawi duit banyak..hahha
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 12:44 PM | Show all posts
ekin nih mmg minat betul ngn Gucci, cayalahh..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 12:45 PM | Show all posts
elok lah rancang zmn kejatuhan nak buat apa.. demi keluarga dan hang punya bini yg high maintenance tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 12:57 PM | Show all posts
Ekin ni kalau pakai baju yg labuh kan sopan.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2009 01:02 PM | Show all posts
tengok gambo penaja tu
cina jer


niy Post at 17-11-2009 12:38


...penaja ni mesti dari company yg Mawi jd duta...Silky 4 men (minyak wangi)...Marry brown...
( niy gi jenguk blog jasemario ada entri terbaru Mawi n gang jamu selara kat Marry brown...)
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 01:05 PM | Show all posts
mcm tu la mawi... peduli ape org nak kata... hikhik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-11-2009 01:10 PM | Show all posts
ekin nih mmg minat betul ngn Gucci, cayalahh..
ayiepk Post at 17-11-2009 12:44


00oooo gucci ker
aku mmg tak kenal

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2009 01:11 PM | Show all posts
3# richard303

mana tau neh???

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2009 01:19 PM | Show all posts
...penaja ni mesti dari company yg Mawi jd duta...Silky 4 men (minyak wangi)...Marry brown...
( niy gi jenguk blog jasemario ada entri terbaru Mawi n gang jamu selara kat Marry brown...)
wangi08 Post at 17-11-2009 13:02


a'ah kan.. mungkin jugak kan

tapi klakar jugak.. mawi jadi duta dorang.. dorang jadik penaja MWE
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 01:44 PM | Show all posts
bagus lah
beringat utk hari akan datang
jangan dok perabis jer apa yg ada...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2009 10:44 PM | Show all posts
elok le sama-sama berusaha.....doa yg baik2 je
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 09:18 AM | Show all posts

Dah jatuh baru nak beringat bagai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.385498 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list