View: 3409|Reply: 24
|
Daripada Bisnes Down + Hampir Give Up, Aku berjaya pulihkan semula bisnes
[Copy link]
|
|
Ambik sempena tahun baru, aku create 1 topik ala kisah benar. Tahun baru, azam baru. Aku nak jemput lah seasapa untuk share .....
CERITA 1
1) Kisah Restoran Yang Hampir Gulung Tikar Kini Maju Semula
Al kisah ada lah sebuah restoran ini yang memang tak laku dan nak tutup dahh. Restoran pon nampak gelap takda orang. Niaga pon hidup segan mati tak mahu. Menu nasi dia hambar aja. Mamak kat tepi dia memang laris lah penuh sampai atas jalan.
Apa dia buat?
Dia memberanikan diri buat CHINESE FOOD goreng2 seperti yee mee, kuew teow goreng, mee kung fu mangkuk besar yg semua ini 24 jam boleh order. Kau datang jam 7pagi pon dah boleh order yee mee. Dia letak udang besar sebagai trade mark dia dan juga isi ayam. Memang pelik kedai melayu masak chinese style 24 jam, tapi dia terpaksa cuba sebab kedai dan nak bankrupt.
Kat situ memang semua mamak. Kalau nak makan mee goreng yg orang Thai buat, kena tunggu jam 6.30pm.
Tak diduga, dia berjaya. Restoran yang hampir tutup, tetiba jadi famous. Pelik juga Cina yang datang makan kat tempat dia, dan melayu pon datang. Secara tidak langsung, dia dapat both MALAY + CHINESE customer. Memang ajaib. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
wahhh....inisiatif yg bagus.... |
|
|
|
|
|
|
|
suka yee mee kat kota permai..
bagi laa address.. bleh ramai2 kitorang serang restoran nie pulak.... |
|
|
|
|
|
|
|
Si Penjual Kain
Ada sorang kakak yang selalu ke Indon, jual kain. Contact dia bagus. Kat Dubai pon ada ambik kain sebab adik dia kerja dengan Petronas di sana. Dia punya taste memang high class. Dia cuba jual kat blog dan forum, tetapi sambutan dingin. Takda sorang pon beli melalui kiriman pos. Walaupon kain dia elok2, tetapi bila jual secara online, orang tak sedar yang kain dia cantik. Maklumlah tak boleh pegang, tak boleh test. Jual kat saudara mara pula semua mahu HUTANG dan diskaun. Hutang liat bayar. Dia give up. Kain semua simpan dalam stor.
Dia memang give up dan sedar bahawa perniagaan online ini tidak semudah disangka.
Namun nasibnya berubah apabila dia pergi ke open house hari raya di rumah VVIP, ada ramai orang puji kain yang dia pakai itu cantik. Kebetulan one of the mak datin tu kawan Ahkak Pink (Kak Rosmah), ehh, esok we all ada karaoke kat rumah Datin Sri, u bawak lah kain u tu. Bawak semua sebab i nak tengok, Puan Sri pon nak tengok jugak. Nasib badan ..... Puan Sri ni sekali borong memang sedozen. banyak function. Price is not a problem. Janji, "I like this, i dont care the price. I everyweek ada function, i need beautiful kain mcm ni. Malu i kalau nak recycle yang sama'.
Memang naik meletop bisnes kain dia. Tapi dia focus pada high end market mak datin sahaja. Mak datin nih sekali borong memang banyak, bayar cash or credit card, dah selalu beli yang baru. |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha ..... wonbin hanya wujud dalam alam maya sahaja ... tempat dan lokasi pon sudah ditukar ... keep as a secret |
|
|
|
|
|
|
|
huhu.. Kesimpulan yang meha bu=oleh buat ialah
usaha tangga kejayaan,
Ketahui kehendak pelanggan untuk memulakan perniagaan,
|
|
|
|
|
|
|
|
erm kena bersemangat nk wat bisness nie and jgn putus asa kn |
|
|
|
|
|
|
|
Ada seorang budak Melayu berumur baru 23 tahun. Dia amat degil keras kepala, ego, dan percaya dia lebih bijak daripada orang lain, lebih bijak daripada orang Cina. Amat ego.
Dia nak bawak masuk satu teknologi baru ke Malaysia from USA. Malangnya sudah berdozen proposal dia buat, semua tak berjaya.
Masyarakat sekeliling sudah gelak kat dia, kutuk dia. " Inilah orang Melayu, cakap aja besar. Tamak terus nak bolot berjuta-juta. Apa salahnya buat dahulu job kecik2 yang ribu-ribu ringgit ini. Sampai ke tua lah kau mcm ni".
Kata-kata sindiran itu cukup pedas. Dia makin hari makin tiada wang. Takda income. Dia pon hampir give up. Duit semua pinjam mak bapak. Nak beli rokok pon dah takda duit. Kena beli rokok sebatang-sebatang. Muka pon dah mcm orang gila. mata bengkak sebab tak tidur malam, tapi semua gagal.
Nak jadi cerita, dia jumpa kawan lama di universiti kat dalam FACEBOOK. Sejak dulu lagi kawan dia yang berasal daripada Pekan, Pahang itu merupakan orang kuat Najib.
Mereka pon jumpa kat mamak for gadhering.
"Eh, proposal kau ni bagus. Teknologi hijau ni memang banyak nak pakai kat ECER."
" Aku dah hantar kat JKR, mereka kata produk aku ni mahal sangat, dalam RM30 juta. Mereka gelak aja kat aku. "
" RM30 juta? No problem laaa. Kat ECER semua ada budget USD90 billion (90 ribu juta US dollar x RM3.50).
" macam ni lah, kau bagi aku share 50% dalam company kau, kemudian aku arrange supaya Dato Najib keluarkan surat sokongan untuk kita. Next week kita jumpa S/U sulit Dato Najib kat Putrajaya. Next, kita ke Wilayah Iskandar pulak."
... Sekarang ini teknologi hijau di Projek Tanjung Agas, Pekan yang bernilai RM8 billion , Pahang akan menggunakan produk budak ini. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
hahaha ..... wonbin hanya wujud dalam alam maya sahaja ... tempat dan lokasi pon sudah ditukar ... keep as a secret
cmf_WonBin Post at 10-12-2009 11:57
saya dah dapat tangkat awak, takyah menyamar hehe.. si dia yg bgtau haha |
|
|
|
|
|
|
|
Si Penjual Kain
Ada sorang kakak yang selalu ke Indon, jual kain. Contact dia bagus. Kat Dubai pon ada ambik kain sebab adik dia kerja dengan Petronas di sana. Dia punya taste memang high class. Di ...
cmf_WonBin Post at 10-12-2009 11:53
tak semua dapat peluang mcm akak ni, jd tak berapa relevan nk jadikan cth kpd peniaga kain lain |
|
|
|
|
|
|
|
semua bisness kena kenal org UMNO camana nak jadi contoh |
|
|
|
|
|
|
|
semua bisness kena kenal org UMNO camana nak jadi contoh
mas999 Post at 10-12-2009 12:57
smua kecuali cite 1 tu...ehehehe! |
|
|
|
|
|
|
|
"
RM30 juta? No problem laaa. Kat ECER semua ada budget USD90 billion (90 ribu juta US dollar x RM3.50).
cmf_WonBin Post at 10-12-2009 12:21
masa launch SEZ dulu kata nak try generate investment of RM90 billion into ECER by 2020..
tapi kalau bajet nak develop jer sampai USD90 billion...
mcm ada yg tak kena laa...
TASBMS budget for infra kat Tanjung Agas pun RM2 billion jer...
tu pun tengah tunggu financing..
ada kawan sorang nie dah nak start projek dia kat sana..
kata tengah buat land clearing skrg...
insyallah mungkin involved jugak sket2 kalau masa mengizinkan... |
|
|
|
|
|
|
|
saya dah dapat tangkat awak, takyah menyamar hehe.. si dia yg bgtau haha
ctredzuan Post at 10-12-2009 12:45 PM
Si DIA ...... hihihi..... siapakah gerangannya si dia? |
|
|
|
|
|
|
|
ECER akan dapat budget 90 billion menerusi Bank Industrial and ... Of China.
Gambang Technology Park dalam RM1.8 billion
Tanjung Agas dalam 8 billion
Aku pon tak reti sangat pasal ECER nih...... kita tak terlibat dgn bisnes mcm ni..... just tau citer aja setakat apa yg tau. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pon tak reti sangat pasal ECER nih...... kita tak terlibat dgn bisnes mcm ni..... just tau citer aja setakat apa yg tau.
cmf_WonBin Post at 10-12-2009 14:32
walaupun tak terlibat, bagus kalau kita amik tahu pasal development around us...
politik, economy, technology... etc.. sumer kena tahu..
sekurang2nya susah sket org nak con.... hehe..
dalam knowledge based economy sekarang
knowledge tu asset penting untuk maju...
hopefully ramai lagi usahawan kita kat sini yg prihatin.... |
|
|
|
|
|
|
|
16# aarie
ye betul..kita kena prihatin...
byk benda yg bleh berlaku.. samada sengaja atau tak sengaja.. |
|
|
|
|
|
|
|
hah?nih kisah benar yang dibenarkan?atau kisah fantasi yang disahihkan?
anyway highway......ramai usahawan bolh maju n berjaya...... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cmf_WonBin at 13-12-2009 11:11
Kisah budak yg teknologi hijau tu memang kisah benar. Building management system. Smart building. Tetapi dia low profile sebab masa dia susah dulu, ramai orang kutuk dia. Macam2 perkataan boleh dengar seperti 'badan besar tapi otak tak matang masih budak2 mentah tak matang', 'dia ingat dia sapa', 'mat jenin' dan mcm2 lagi lah. Aku tau sebab dia kawan baik aku. Bahkan time dia langsung tak berduit, aku yang belanja dia makan dan jadi driver dia sebab dia takda duit nak isi petrol. Kalau dia benarkan, aku masukkan lah lebih banyak cerita dia kelak. Bagi aku, dia bernasib baik. Amat bernasib baik.
Walaupon dia lagi muda drpd aku, aku hormat dia sebab aku nampak dia one day pasti akan berjaya. Kita kena bagi galakan kpd budak2 mcm ni. Itu rezeki dia dan aku rasa dia layak sebab dah lama dah dia menderita. Kalau orang lain dah gila dah setelah melalui apa yag dia lalui. Penghinaan masyarakt tu amat teruk. Orang gelak kat dia, kutuk dia.
Pasal restoran itu, rupa-rupanya skarang ni bukak 24 jam tetapi 2 owner. Share 12jam-12jam. Memang bijak kepala hotak sebab sewa pon share 2.
Makcik kain tu, sekali dia berkumpul, mudah aja jual RM1000. Itu pon rezeki dia jugak. Dia pon kalau nak dikira, penjaja, tetapi penjaja high class. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|