CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2732|Reply: 1

Dua maut bangunan runtuh

[Copy link]
Post time 24-12-2009 06:18 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA penyelamat mencari mangsa yang tertimbus dalam runtuhan bangunan tambahan di pusat beli-belah Tanah Abang, Jakarta, semalam.

Lapan lagi dikhuatiri tertimbus di pusat beli-belah Tanah Abang

JAKARTA: Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan lapan lagi dikhuatiri masih terperangkap apabila sebuah bangunan tambahan yang sedang dalam pembinaan, runtuh berhampiran sebuah gedung pakaian yang sibuk di Tanah Abang di sini, semalam.

Ketua Polis Jakarta Pusat, Hamidin, berkata dalam kejadian kira-kira jam 10.20 pagi waktu tempatan itu, 13 mangsa berjaya dikeluarkan dari runtuhan bangunan, manakala sekurang-kurangnya lapan lagi dipercayai masih terperangkap.


"Mangsa yang cedera dikejarkan ke empat hospital berhampiran. Keseluruhan bangunan itu dijangka runtuh pada bila-bila masa," katanya.

Beliau berkata mangsa yang terkorban dikenali sebagai Hamid dan Iwan. Mayat mereka sudah dibawa ke Hospital Mangunkusumo untuk dibedah siasat, manakala seorang lagi mangsa yang dihantar ke hospital sama dibenarkan pulang.

Hamidin berkata pihak berkuasa bandar raya mengarahkan kerja meruntuhkan sisa bangunan itu berikutan bimbang runtuhan boleh berlaku lagi.
MANGSA runtuhan yang cedera dikejarkan ke hospital.

"Bahagian atas struktur bangunan sudah menunjukkan tanda akan runtuh dan kami tidak mahu mengambil risiko," katanya.

"Bangunan itu dibina bagi menempatkan tandas tambahan tanpa mendapat kebenaran kerajaan dan ia sudah dimulakan sejak empat bulan lalu," katanya.

Seorang anggota keluarga dua mangsa yang menerima rawatan di Hospital Jakarta, Robert Cahyadi, berkata beliau mengetahui bangunan itu dibina secara haram, manakala sebilangan penduduk berhampiran mengemukakan bantahan dan meminta ia diruntuhkan. – Agensi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2009 06:40 PM | Show all posts
Kesiannya.........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.078305 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list