|
Assalamualaikum wbt kepada semua poremer... ![](static/image/smiley/default/biggrin.gif)
Saya ada satu soalan yang relevan untuk ditanyakan kepada rakan-rakan sekalian yang arif dalam bab-bab agama...
1) Adakah kewujudan sihir memang ada dinukilkan dalam nas yang sahih seperti hadis dan ayat al-Qur'an?
2) Adakah wujud sihir yang mampu untuk buatkan seseorang membenci manusia yang lain?
3) Apakah ada kaedah rawatan yang tak bertentangan dengan syarak bagi membantu mengatasi masalah sihir pembenci ini?
Terima kasih atas semua jawapan anda... ![](static/image/smiley/default/biggrin.gif)
Saya menghargainya. Wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
wa'alaikumussalam..
Jawapannya ada antaranya yang biasa dalam lingkungan orang kita seperti 'pelalau' dan juga sihir 'pemisah'... mgkn ada beberapa lagi dan mgkn orang lain boleh tambah kot.. Kedua2 ini menjurus kepada kebencian orang kepada kita atau sebaliknya..
Kewujudannya adalah benar tapi kena tanam dalam diri kita semua tu adalah dengan keizinan Allah jua, kes2 sihir boleh dirujuk cerita2 Nabi Allah Musa dan juga sewaktu Rasulallah di sihir satu ketika dulu..
Maksudnya itu adalah ujian Allah kepada kita. So kita tangani ujian Allah selayaknya dan bukan dengan menyumpah seranah orang yg dengki kita tu atau sebagainya.. Orang yang dengki tu cuma asbab perkara je..
Dari segi rawatan tu rasanya banyak dan rasanya boleh dirujuk di thread Misteri, Paranormal & Sakti coz byk dibincangkan di sana.. kalau nak google pun boleh antaranya yang terkenal seperti Darussyifa', Darussalam, Akrine dsb.. atau taip je rawatan islam. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by pandaniw at 31-12-2009 01:25
Assalamualaikum wbt kepada semua poremer... ![](static/image/smiley/default/biggrin.gif)
1) Adakah kewujudan sihir memang ada dinukilkan dalam nas yang sahih seperti hadis dan ayat al-Qur'an?
2) Adakah wujud sihir yang mampu untuk buatkan seseorang membenci manusia yang lain?
3) Apakah ada kaedah rawatan yang tak bertentangan dengan syarak bagi membantu mengatasi masalah sihir pembenci ini?
Terima kasih atas semua jawapan anda... ![](static/image/smiley/default/biggrin.gif)
juwaini Post at 30-12-2009 15:43 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Waalaikumussalam.
1) Ada.
Dalil AlQuran:-
Al-Quran: Al-Baqarah: 102
"Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan(untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)".
Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui."
Nota: Ayat 102 Surah Al-Baqarah ini memang selalu diamalkan oleh para perawat Islam utuk merawat mereka yang diganggu jin atau terkena Sihir. Apa-apa pun yang menyembuhnya adalah ALLAH SWT. Semua atas keizinan-Nya.
Ibnu Kathir melalui kitab tafsirnya juga memberitahu, nabi Muhammad SAW pernah terkena sihir dalam tafsirannya menerusi surah Al-Falaq.
Baginda telah diracun oleh lelaki Yahudi Labeeb ibn al-A'sam yang datang kepadabaginda dan melakukan sihir keatasnya, menggunakan sikat, rambut yangtersangkut padanya dan kulit kepada pokok kurma jantan, Malaikat Jibril telah memberitahu Rasulullah SAW apa yang berlaku kepada baginda. Jibril telah menyampaikan dua surah (al-Falaq dan al-Nas) agar baginda baca untuk perlindungan dari sihir,yang dinama surah al-Mi'wadhatain.
Hadis yang mengatakan Rasulullah SAW terkena sihir adalah hadis Soheh.
Sila rujuk hadisnya di sini:
http://www.usc.edu/schools/college/crcc/engagement/resources/texts/muslim/hadith/bukhari/073.sbt.html#008.073.089
Menurut Syeikh Ibn Jibrin :
a. Nabi SAW tidak terkesan sihir itu secara fizikal, spiritual mahupun mental.
b. Tidak ada sesiapapun yang meriwayatkan bahawa terdapatnya perubahan didalam penghidupan baginda SAW.
c. Kesannya hanyalah beliau merasakan sudah melakukan hubungan intim dengan isterinya, akan tetapi sebenarnya beliau tidak melakukannya, sebagaimana hadith yang diiwayatkan oleh A'isyah RH.
d. Peristiwa ini merupakan Qada' dan Qadar Allah, dimana Allah menguji hamba-Nya yang amat disayangi.
[Al-Lu'lu al-Makin min Fataawaal-Syeikh ibn Jibrin, ms 65].
2) Ya, wujud sihir yang mampu untuk buatkan seseorang membenci manusia yang lain.
Dalil Quran, seperti surah al-Baqarah ayat 102 di atas. Dan lebih kurang ada 14 lagi ayat yang digunakan oleh
perawat utk tujuan rawatan...Ia berbeza-beza mengikut tempat merawat.
Tetapi asasnya, semua diambil dari al-Quran.
3) Ada.
Rawatan itu dinamakan kaedah rawatan Islam yang menggunakan ayat-ayat suci al-Quran dan amalan zikir mathur..
Di samping itu, para perawat juga ada menggunakan bahan-bahan seperti garam bukit, air zam-zam, air kolah masjid, minyak attar kasturi, kayu nona, kayu kokka dan lain2 bahan makanan sunnah spt Habbatus Sawda', madu, kurma dll. Bahan-bahan ini diguna hanya sebagai 'alat' untuk merawat (sama seperti para doktor menggunakan stetoskop, picagari dan mesin) dan dimasukkan zikir quran serta diruqyah terlebih dahulu.
Apa-apa pun, itu semua adalah dengan keizinan dari Allah SAW jua. Sembuh atau tidak adalah HAQ-Nya.
Antara tempat rawatan yang menggunakan al-Quran sebagai method nya di Malaysia ialah seperti yg ditulis oleh limaukasturi di atas. Dan ditambah lagi seperti yg diketahui umum :
http://www.zamdurrani.dumei.com/v2/index.php
http://tarmizy-rwgch.blogspot.com/
http://darulmanzil.blogspot.com/
http://www.darulruqiyyah.blogspot.com/
http://www.urutbatinrawatsihir.com/
http://www.akrine.blogspot.com/
Moga bermanfaat..dan Wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
1) Adakah kewujudan sihir memang ada dinukilkan dalam nas yang sahih seperti hadis dan ayat al-Qur'an?
banyak dalam quran...surah al-baqarah ada...surah al-falaq ada...surah al-jinn ada..
2) Adakah wujud sihir yang mampu untuk buatkan seseorang membenci manusia yang lain?
ye....sebab menggunakan syaitan iblis sebagai perantara... |
|
|
|
|
|
|
|
Rawatan itu dinamakan kaedah rawatan Islam yang menggunakan ayat-ayat suci al-Quran dan amalan zikir mathur..
api lawannya air....betul tu |
|
|
|
|
|
|
|
1# juwaini
![](http://yasminflorist.com/images/alquran/s113/a004.png)
"dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir
yang menghembus pada buhul-buhul"
(Surah Al-Falaq:4)
![](http://yasminflorist.com/images/alquran/s113/a005.png)
"....dan dari kejahatan pendengki bila ia dengki".
(Surah Al-Falaq:5) |
|
|
|
|
|
|
|
1# juwaini
sapa nak sihir kan ko,lobai juw? jesica kaaaa?![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
tumpang baca... sihir ni termasuk tak dalam ayat 3 surah baqarah? menda ghaib. |
|
|
|
|
|
|
| |
|