CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12350|Reply: 28

Permainan Tradisional Org2 Melayu

[Copy link]
Post time 30-1-2010 05:42 PM | Show all posts |Read mode
meh kita bincangkan permainan tradisional org melayu......


aku start dgn congkak dulu....!!!




p/s - nie favorit main masa ujan kat kampung dulu...........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-1-2010 05:43 PM | Show all posts
Congkak sejenis permainan tradisional Melayu yang menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya daripada biji congkak, biji getah, biji guli dan lain-lain. Di utara semenanjung ianya dipanggil juga Jongkok.
         
Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, tetapi tidak pasti asalnya, samada pengaruh luar telah datang bersama pedagang atau sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2010 05:45 PM | Show all posts
Papan Congkak




Peralatan yang digunakan untuk bermain congkak biasanya diperbuat daripada batang pokok kayu besar yang diukir seperti perahu. Disebelah hujungnya diukir bentuk kepala pelbagai haiwan seperti burung manakala dibahagian badan papan diukir dengan pelbagai ukiran Melayu. Lubang sebesar 9sm. garis pusat dan 7sm. dalam ditebuk atas permukaan papan tersebut. Sekiranya permainan congkak di tanah, lubang digali dan kemudian diletak tempurung kelapa supaya tangan tidak kotor terkena tanah.

Lubang-lubang congkak dibuat dalam dua barisan selari antara satu sama lain yang disebut kampung. Pada penghujung kampung terdapat sebuah lubang besar dan dalam dinamakan rumah. Jumlah kampung yang biasa terdapat pada papan congkak ialah lima, tujuh atau sembilan sebaris. Kampung-kampung ini diisikan dengan buah congkak sama banyak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2010 05:46 PM | Show all posts
Cara Bermain


Anak-anak gadis sedang bermain congkak

Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.

Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut.

Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.

Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

http://malaysiana.pnm.my/03/0305congkak.htm
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2010 06:06 PM | Show all posts
Wah...:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2010 06:17 PM | Show all posts
pergh,,
ini subjek aku nak ajo PLKN mgu depan ni.

slalu aku bg depa main galah pjg,congkak, baling selipar, tali getah, jan jan jala..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2010 08:08 PM | Show all posts
congkak permainan melayu ker? permainan yang sama ada di afrika...diorang panggil mancala..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2010 08:10 PM | Show all posts
Post Last Edit by tomatogirl at 30-1-2010 20:11

antara permainan aku zaman kecik2 dulu
tengteng....
http://1.bp.blogspot.com/_D2OFlZelRXY/SaU3i1ue8ZI/AAAAAAAABgM/nxOzejhOltg/s400/PollPubPolls633438237324531250+_+tengtengJPG.jpg

konda-kondi


pukul berapa datuk harimau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-1-2010 10:57 PM | Show all posts
congkak permainan melayu ker? permainan yang sama ada di afrika...diorang panggil mancala..
abgboroi Post at 30-1-2010 20:08
melayu dedulu kan suka merantau, tak hairan laa jika mereka bawa permainan nie sampai ke sana.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2010 10:59 PM | Show all posts
Post Last Edit by tomatogirl at 30-1-2010 20:11

antara permainan aku zaman kecik2 dulu
tengteng....
http://1.bp.blogspot.com/_D2OFlZelRXY/SaU3i1ue8ZI/AAAAAAAABgM/nxOzejhOltg/s400/PollPubPolls6334 ...
tomatogirl Post at 30-1-2010 20:10
best laa main konda-kondi nie.........


skali tu pecah tingkap umah jiran aku........ abis yg bertempiaran lari yg main masa tu..........
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2010 01:33 AM | Show all posts
GALAH PANJANG




tp tempat aku kami panggil toi.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Galah_panjang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2010 01:54 AM | Show all posts
toi? bukan TOL kaa?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2010 10:25 AM | Show all posts
Satu lagi permainan tradisional melayu ialah main Dengki-dengki.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2010 12:58 PM | Show all posts
toi? bukan TOL kaa?
Acong Post at 31-1-2010 01:54



toi la. belah Kedah kami panggil toi
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2010 01:07 PM | Show all posts
Satu lagi permainan tradisional melayu ialah main Dengki-dengki.
Prof.Jinggo Post at 31-1-2010 10:25


Yang tu permainan Cah Keting.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2010 01:08 PM | Show all posts
toi la. belah Kedah kami panggil toi
ChildrenOfBodom Post at 31-1-2010 12:58


Dalam asas Gayung Fatani pun guna teknik Toi atau galah panjang ni.Bagus juga untuk latihan Rugbi dan untuk pertahanan dalam bolasepak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2010 01:55 PM | Show all posts
org kelantan panggil galah panjang ni, Choh
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2010 03:06 PM | Show all posts
org kelantan panggil galah panjang ni, Choh
sekngucing Post at 31-1-2010 13:55


owh, info baru.... aku bru dnegaq hok ni...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2010 03:34 PM | Show all posts
dulu kt taman aku ada permainan kami panggey tuju lemak, ala2 dodgeball, tp takdak la gelanggang  dgn team cm dodgeball, main pakai baling bola bg kena org jah. sapa kena kira terkeluar la, bola buat guna kertas sokabaq, kdng2 amik bola tenis balut dgn sokabaq, ataupon guna ola getah kecik sama saiz cm bola tennis...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2010 04:28 PM | Show all posts
jan jala
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.427069 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list