View: 36378|Reply: 88
|
Soalan-soalan tentang solat Jamak
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum semua,
Sham sekarang sedang belajar solat Jamak dan Qasar..Ada beberapa kekeliruan dan diharapkan dapat membantu Sham yer?
Boleh tak confirmkan kandungan tentang solat Jamak dan Qasar seperti yang Sham copy and paste kat bawah ini? Adakah kandungannya benar belaka?
Soalan Sham ialah :
1. Wajibkah niat masa kita nak keluar rumah 'Sahaja aku musafir kerana Allah Taala? Bagaimana kalau terlupa? Niat dalam hati sahaja kan?
2. Jamak Takdim dan jamak Takhir adalah merupakan jamak pilihan kan? Kalau kita berada di waktu zohor maka kita bolehlah melakukan Jamak Takdim dan kalau kita berada diwaktu Asar maka Jamak Takhir adalah pilihan kita...betulkan?
3. Solat Jamak adalah 4 rakaat iaitu 2 rakaat untuk Zohor dan 2 rakaat Asar (contoh). Dikatakan kita melakukan sembahyang zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang asar 2 rakaat. Bagaimana prosesnya? Adakah sehingga selesai 2 rakaat sehingga takbiratulakhir..kemudian bangun balik..dan kita niat untuk sembahyang asar pula "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Tallah"? Maknanya dua kali solat lah?
4. Sham baca tentang solat Zuhur dalam waktu Asar tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu:- "Aku nak jamakkan sembahyang zuhur dalam waktu asar"..bagaimana kalau waktu Zohor dah habis?
Cara-cara melakukan sembahyang Jamak dan Qasar
Makna Jamak ialah dihimpunkan
Makna Qasar ialah dipendekkan
www.familiazam.com
Perkara yang penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah iaitu:- "Sahaja aku musafir kerana Allah Tallah".
Kita boleh melakukan selama tiga hari tinggal bermukim.
www.familiazam.com
Jamak Takdim dan diQasarkan (di pendekkan)
1.Melakukan sembahyang asar dalam waktu zuhur itu di namakan jamak takdim.
Lakukan sembahyang zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang asar 2 rakaat.
Niat untuk sembahyang zuhur ialah "Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Taala".
Niat untuk sembahyang asar pula ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".
Jamak Takhir dan diQasarkan (di pendekkan)
www.familiazam.com
2.Melakukan sembahyang zuhur dalam waktu asar itu di namakan Jamak Takhir.
Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu:- "Aku nak jamakkan sembahyang zuhur dalam waktu asar"
Lakukan sembahyang asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang zuhur 2 rakaat.
Niat untuk sembahyang asar ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Taala".
Niat untuk sembahyang zuhur ialah "sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Talla".
www.familiazam.com
Kita boleh juga jamakkan magrib dengan isyak atau sebaliknya tapi waktu magrib tidak boleh diqasarkan ia tetap 3 rakaat caranya ialah:-
Jamak takdim dan diqasarkan (di pendekkan)
www.familiazam.com
1.Melakukan sembahyang isyak dalam waktu magrib itu dinamakan jamak takdim.
Niat untuk sembahyang magrib ialah "Sahaja aku sembahyang fardu maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takdim kerana Allah Talla".
Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".
www.familiazam.com
Jamak takhir dan diqasarkan (di pendekkan)
2.Melakukan sembahyang magrib dalam waktu isyak itu dinamakan jamak takhir.
Tapi jangan lupa niatkan sebelum waktu magrib berakhir "Aku nak jamakkan sembahyang magrib dalam waktu isyak"
Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takhir kerana Allah Talla".
Niat untuk sembahyang magrib ialah "sahaja aku sembahyang fardu magrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takhir kerana Allah Tallah".
www.familiazam.com
|
|
|
|
|
|
|
|
1# sham159
2. Jamak Takdim dan jamak Takhir adalah merupakan jamak pilihan kan? Kalau kita berada di waktu zohor maka kita bolehlah melakukan Jamak Takdim dan kalau kita berada diwaktu Asar maka Jamak Takhir adalah pilihan kita...betulkan?
_____________
aku try jawab yang ni :
Ye beyul, takdim or takhir memang pilihan kita sendiri , ikut kesesuaian waktu perjalanan musafir kita - tp selalu kena rancang dulu sebelum ko musafir tu cth. nk berenti solat kt mana, jam berapa etc. (kecuali ko dh selalu or biasa bermusafir).
Kalau nk buat j. takdim Zohor dgn Asar, pastikan belum masuk waktu solat zohor semasa memulakan musafir tu. kalau dh masuk zohor, ko kena buat zohor secara penuh duhulu & ada kemudahan utk qasar Asar je bila masuk Asar pulak nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
hmmmm....jie baru terfikir2 sal nie....
1. kalo macam kita da smpai kat destinasi yg kita tuju 2 kan....
mcm smpai dlm mgrib.....tp sbb ahli family ramai...so kita niat la sembahyang jamak takhir..kira smbahyang maghrib dlm wktu isyak....?? boleh ke??
2. kalo mcm kita ddk umah 2 jgk...den esk nya kita keluar jejalan..melawat sedara mara ke dlm ngeri yg kita bermusafir 2...boleh ke kita solat jamak??time 2 xlbh dari 3 hari lagik... |
|
|
|
|
|
|
|
untuk musafir dikhaskan solat QASAR.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by rdzaccess at 9-2-2010 02:34
Ada satu cerita....
Rasulullah saw dan sahabat sahabat selalu pergi ke tanah perkuburan di waktu malam.
Ini adalah kerana dengan melawat perkuburan maka akan mengingatkan akan mati dan dengan itu akan beratlah( rajin ) dalam mengerjakan ibadat.
Maka pada satu ketika ada seorang ni pergi ke perkuburan kerana terdapat seseorang perempuan yang telah meninggal.Maka urusan pengkebumian pun dijalankan.
Setelah sudah maka orang ini pun menuju jalan pulang.
Semasa dia melintasi sebuah kedai maka dia teringin membeli sesuatu untuk di bawa pulang.Setelah barang yang dipesan diunjukkan oleh penjual maka dia pun menyeluk sakunya untuk membayar tetapi malangnya dia tidak dapat menemukan uncang wangnya.
Puas sudah dia mencari di serata badannya namun tidak ketemu.
Kemudian teringatlah dia bahawa dia baru saja selesai mengebumikan jenazah dan pada pendapatnya uncang wangnya mungkin tertimbus ke dalam tanah sekali.
Maka dia pun kembali ke tanah perkuburan tersebut dan mula menggali semula dengan harapan dapat menemukan uncang wangnya.
Pada setengah penggalian, tetiba ada api yang besar menyambar keluar dari lubang perkuburan yang digalinya.
Apa lagi takajut lah dia lantas naik semula ke tanah datar.
Beristighafar dia.
Api menyambar nyambar keluar dari liang lahad dengan garangnya.
Dia lalu mengkambus kembali liang lahad dan niatnya untuk mencari uncang wang dipatahkan saja.
Dia lalu berjalan dan terus menuju ke rumah keluarga perempuan yang telah meninggal itu untuk bertanyakan apakah yang menyebabkan kejadian yang sedemikian rupa.
Setelah sampai makabertemulah dia dengan ibu perempuan tersebut lantas bertanya...
"Ya...Ummi..apakah kesalahan yang di buat olehnya sehingga begitu azab yang diterima?"
Ibu perempuan itu merenung jauh lantas berkata:
"Tiada perkara apa yang syirik dilakukan malah beliau adalah seorang yang berbudi bahasa dan warak"
Ibu itu menyambung kembali setelah menarik nafas.
"Dia hanya amat gemar menjamakkan solatnya walaupun dia tidak ke mana mana"
So berhati hatilah apabila ingin menjamakkan solat. |
|
|
|
|
|
|
|
3. Solat Jamak adalah 4 rakaat iaitu 2 rakaat untuk Zohor dan 2 rakaat Asar (contoh). Dikatakan kita melakukan sembahyang zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang asar 2 rakaat. Bagaimana prosesnya? Adakah sehingga selesai 2 rakaat sehingga takbiratulakhir..kemudian bangun balik..dan kita niat untuk sembahyang asar pula "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Tallah"? Maknanya dua kali solat lah?
2 rakaat pertama, niat sembahyang tersebut dan jamak (takdim atau takhir) dua rakaat selepas itu. Setelah selasai dua rakaat, bangun, sembahyang dan niat dua rakaat selepas itu pula.
Jamak (dihimpunkan) tak semesti qasar (dipendekkan menjadi 2 rakaat), dan qasar tak semestinya jamak. Kita boleh jamak tanpa qasar dan qasar tanpa jamak. Dengar Kuliyah baru ni, afdal qasar tapi tidak afdal jamak. Tapi kalau nak buat dua2, tak jadi masalah.
kalau semasa kita ingin melakukan jamak atau qasar, tapi ragu2 akan cara2nya, maka haram kita jamak atau qasar. Kembali kepada sembahyang seperti biasa. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by rdzaccess at 9-2-2010 02:34
Ada satu cerita....
Rasulullah saw dan sahabat sahabat selalu pergi ke tanah perkuburan di waktu malam.
Ini adalah kerana dengan melawat perkuburan m ...
rdzaccess Post at 9-2-2010 02:31 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Hadith riwayat siapa tu? |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]http://www.kuliyah.net/V1/stream ... amak-dan-qasar.html[quote]
This site is temporarily unavailable.
Please notify the System Administrator baru nak baca... |
|
|
|
|
|
|
|
jama' tu maksud menghimpunkan. Zuhur ngan Asar, Maghrib dgn Isya' dan subuh tak boleh dijama'. Untuk musafir pula dibenarkan Qasar, iaitu memendekkan raka'at dlm solat. Musafir pulak definisi untuk qasar tu mestilah lebih 2 marhalah. Tu sebab untuk musafir kena niat dulu. Sahaja aku bermusafir kerana Allah Taala sebab kita tahu perjalanan tu panjang, melangkau beberapa waktu solat. Tapi apa salahnya berniat sebelum keluar rumah kan? Boleh jadikan satu praktis. Tawakkal pada Allah.
Tapi zaman moden ni, dah banyak kemudahan untuk bersolat. Masjid, musollah merata-rata. Kalau nak ikut yang sebenar2nya, tak perlu ke tempat khusus untuk bersolat. Asal pakaian dan tempat tu bersih, ada wudhu', menghadap kiblat, dah boleh lakukan solat kan? Dapat solat kat padang lagi syiok, terbuka dan dekat dengan alam. Kalau naik kenderaan sendiri lagi senang. Tapi macamana kalau naik kapalterbang atau keretapi yg tak ada tempat khas untuk bersolat. Boleh aje solat menghormati waktu. Tak boleh berdiri, duduk.
Untuk negara 4 musim ni pun dibenarkan menjama' solat kalau keadaan memaksa. Biasanya students jama' solat zohor ngan asar sebab masa yg pendek dan berkejar2 nak ke kelas. Atau maghrib dengan Isya' bila masuk musim panas sebab malam yg sangat pendek. Tapi jama' jer la tak boleh qasar.
Harap dapat membantu.
Wallahuaklam. |
|
|
|
|
|
|
|
http://www.kuliyah.net/V1/stream ... amak-dan-qasar.html
This site is temporarily unavailable.
Please notify the System Administrator baru nak baca...
shahrul_20202 Post at 11-2-2010 00:48 ![](http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
aku bukak ok je. Siap boleh downthemall lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
tak boleh bukak jugak lah... kena sign up dulu ekk??? |
|
|
|
|
|
|
|
Syukur...banyak info yg dapat. |
|
|
|
|
|
|
|
nak tanya...kalau musafir ke satu tempat..jarak sebenar tempat ni kurang dari dua marhalah..tapi sebab naik keretapi...die gune jalan jauh sket...jadi lebih dari 2 marhalah..so macam mane ek..bleh buat jamak qasar tak??
lepas tu ada dengar citer kalo kite stay kat satu tempat tu dalam 3-5 hari(tak sure sgt)..still bleh wat jamak qasar ek?? |
|
|
|
|
|
|
|
nak tanya...kalau musafir ke satu tempat..jarak sebenar tempat ni kurang dari dua marhalah..tapi sebab naik keretapi...die gune jalan jauh sket...jadi lebih dari 2 marhalah..so macam mane ek..bleh bua ...
carsein Post at 21-2-2010 17:44 ![](http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
Syarat jamak qasar bagi perjalanan adalah musafir. Musafir bermakna berada pada satu tempat itu selama 3 hari. Lebih dari tiga hari dikira bermukim. |
|
|
|
|
|
|
|
another question............
kalau mcm aku....blik kg suami.....
mmg jauh la kan........
cth aku blik hr jumaat samp hr selasa....
ms otw balik hr jumaat tuh mmg dah tentu la blh buat jamak kan....
sepengetahuan aku......
aku blh juga jamak kan solat selama aku berada di kampung...asalkan x lbh dr 5 hr termsk perjlnan pergi n pulang,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
anyone can confirm??? |
|
|
|
|
|
|
|
musafir bermaksud berada 3 hari pada tempat yang dituju. masa perjalanan tak kira. |
|
|
|
|
|
|
|
17# anj2208
perghhh, jauh benor kg nye...awat lagu tue. mungkin air asia kena fikirkan perkara nie...hehe |
|
|
|
|
|
|
|
sah korang x phm soalan aku........... |
|
|
|
|
|
|
| |
|