Keris turut boleh 慴ergaya?atau 慴ermain?seperti senjata-senjata Melayu yang lain. Bagi orang-orang lama (pesilat-pesilat tua), tunjang seseorang pendekar dapat menguasai kemahiran permainan senjata-senjata Melayu yang lain ialah setelah berjaya menguasai ilmu keris. Disebabkan itulah, seseorang pesilat dapat membayangkan dirinya memegang senjata-senjata lain seperti parang, lembing, pisau, belati, seligi dan mudah menguasai permainan senjata-senjata ini.
Permainan 慼ak?atau 憄ersalinan?bermula 憇embah guru?(menghormati orang di hadapan, membawa mesej agar berwaspada) mesti mempunyai kesepaduan ibarat tali yang utuh iaitu tapak (tapak sedia, tapak Melayu, tapak panglima), jula beli (buka ruang, umpan sasaran), pencak (gerakan tangkisan, pukulan), seni (kuncian, membinasa, hukuman), langkah kaki, dan gerak mata perlu bersatu. Kaedah gerak perlu dirasa dan dihayati sedalamnya agar rentak dan tari keris 慴ernyawa? 慛yawa?keris terletak pada kesepaduan tadi yang menjadikan seni sebagai 憆oh?atau 慴atinnya? Namun, seni permainan keris bukan mudah untuk dihuraikan. Perkara itu bertumpu kepada 憆asa?si pemakai dan抪akaian silatnya? .?
Kaedah-kaedah biasa dalam 慴ertari keris?ialah cara kedudukan berdiri. Jika seseorang pesilat tidak berpusat dengan betul pada tapak sedianya, boleh membuatkan pemegang keris jatuh tergolek apabila melangkah sedikit laju. Pergerakan 慳mbil angin?ialah langkah awal seseorang pesilat menggerakkan pencak permainannya. Keris yang ada dalam genggaman akan bergerak atau 慸ihidupkan?untuk menanti musuh. Setelah sasaran diketahui dan didapati, serangan secara menghunus atau menikam menjadi penggerak 憂iat?pemegang keris itu. Hirisan dan putaran keris melengkapkan 憂iat?tadi. Lok keris membantu mengoyakkan kulit. Bilah pula merobek isi badan. Mata keris dapat membuatkan mangsa putus urat hingga terhiris tulang. Manakala menarik keris keluar membawa mesej 慿epuasan?si pemegangnya dengan isi daging musuh turut dibawa keluar. Begitulah 慴isa keris? Makan apabila lapar. Berhenti setelah kenyang. Gerakan-gerakan ini bukan sahaja dapat dirasai dan dihayati oleh pengamalnya, malahan dalam kisah Wali Songo yang ditulis oleh Kiai Sidek Maulashah Marikan (Mahaguru Silat Cindai Putih) mengenai As-Syeh Sunan Kudus (Majalah Seni Bela Diri 2001: 37) turut menggambarkan situasi berikut berdasarkan ayat ?擬aka ditusukkan siku Ki Ageng dengan hujung keris tersebut. Ki Ageng langsung mati厰.
Jika diamati dengan lebih teliti gerakan serangan dan tikaman keris umpama pergerakan-pergerakan unsur alam. Hirisan dan putaran mata keris diibaratkan kocakan dan pusaran air. Hentakan hulu keris atau sarungnya umpama pergerakan pohon yang tumbang. Tikaman keris (hukuman) seolah-olah gerakan halilintar di langit. Malahan, badan-badan keris juga diibaratkan anggota-anggota badan manusia. Mata keris yang berfungsi untuk menikam, menghiris, merobek, merodok, mencucuk, melibas, dan menusuk sama fungsinya dengan tangan yang boleh mencengkam, merobek, menetak, menusuk, melibas. Hulu keris pula berfungsi menghentak, menuku, mengaut, mengait. Peranan hulu keris pula seperti siku yang mampu menghentak, menuku, menyigung, dan mengepit. Manakala sarung keris yang berperanan mengalih, menekan, menghentak, menolak, dan menangkis sama seperti peranan lengan manusia untuk mengalih, menekan, menangkis dan menolak.
Setiap gerak keris 慴ertutur? keris pula 慴ercerita? Apabila langkah dipasang, gerak 慴ertutur kata?; 揌ak ini hak Allah, gerakku, kudratku dari kuasa-Nya.?Cara gaya pendekar berkeris ada madahnya; 揗usuh menanti bakal disambut, datang berpusu bakal ditusuk. Namun yang menikam bukan tanganku, tapi gerak takdir sebagai penentu.?Segala pergerakan permainan keris yang disamakan dengan unsur-unsur alam serta 慶erita dan madah?berkeris memperlihatkan kreativiti, daya imaginasi, manifestasi serta kejiwaan bangsa Melayu yang begitu tinggi. Hal ini jua membuktikan bangsa Melayu dapat berinteraksi dan mengharmonikan unsur-unsur alam di sekelilingnya dengan cara perlakuan yang penuh berdisiplin hasil ketajaman minda, kefahaman dan pengolahan yang baik .
Jika disingkap lipatan tawarikh silam dalam kerajaan Melayu khususnya di negara kita, keris telah diletakkan pada kedudukan yang istimewa. Dalam lingkungan istana, keris dijadikan tanda kebesaran, tanda pangkat, dan alat kelengkapan pakaian seragam terutama dalam majlis upacara rasmi. Antaranya Keris Panjang Di Raja (keris kerajaan) sebagai tanda kebesaran dan kekuasaan yang dipakai oleh ketua pemerintah negara. Tanpa keris, pakaian itu tidak dianggap lengkap. Begitu juga dengan pembesar-pembesar, pegawai-pegawai kerajaan, rakyat mesti memakai keris apabila menghadiri upacara tertentu di istana. Kebenaran ini dibuktikan oleh Dr. Hamka dalam buku Sejarah Melayu: Sejarah Umat Islam melalui ayat 揓ika masuk ke dalam istana tiada berkain pancung dan tiada berkeris di sebelah muka, tidaklah boleh masuk ke dalam walaupun sesiapa.?Namun, cara dan peraturan memakai keris kini tidak lagi dititkberatkan. Berbanding masa dahulu, masyarakat mengetahui jenis keris dan aturan memakainya.
Bersesuaian dengan penghargaan dan kekeramatan yang ada, keris turut dijadikan sebagai senjata diraja untuk upacara pertabalan raja contohnya Keris Pestaka yang wajib dipakai oleh Sultan Perak semasa majlis upacara pertabalan baginda. Berpandukan kepada sejarah Kerajaan Melayu Melaka pula, keris menjadi salah satu lambang penyerahan tugas diraja oleh sultan ketika pelantikan seseorang panglima atau laksamana untuk melaksanakan kewajipan yang diamanahkan.
Sesetengah pemilik keris sanggup menyimpan senjata ini yang menjadi warisan keturunan sebagai artifak yang cukup berharga dan mesti dihormati. Selalunya penjagaan dan pewarisan keris berhubung kait dengan sejarah keturunan yang boleh dibanggakan. Bagi golongan pesilat atau pengamal seni permainan senjata ini, keris yang diwarisi turun-temurun dijadikan pusaka yang berharga. Cerita yang ada pada keris dapat menemukan sejarah dan salasilah keturunan mereka. Keyakinan terhadap fungsi dan jasa yang besar dalam sejarah sesuatu perjuangan oleh keturunan dan jasa keris itu sendiri kepada pemilik sebelumnya menjadi landasan khusus seseorang pewaris tidak begitu mudah untuk menjual atau memberikan kepada orang lain yang tiada perkaitan darah atau sejarah keturunan. Selain itu, keris tersebut boleh menjadi peniup semangat, pendorong terhadap keutuhan dan kegemilangan keluarga serta keturunannya.
Kesimpulannya, keris merupakan simbol pusat budaya dan pemahaman terhadap sejarah sesuatu bangsa. Reka bentuk keris menjadi cerminan bangsa Melayu yang menggambarkan kreativiti, manifestasi yang tinggi, seni ukir dan tukangan yang begitu halus hasil ketajaman fikiran penukangnya. Hasilan ini diindahkan dengan seni penggunaan dan seni permainan dalam silat Melayu yang diharmonikan dengan pergerakan-pergerakan yang penuh 慴erisi?dan 慴erahsia?hasil pengungkapan dan pengolahan minda yang begitu mendalam. Keris turut menjadi lambang, darjat dan kudrat kekuasaan bangsa Melayu yang mencerminkan ketinggian budaya dan ketamadunannya.
Hafezi Bin Abdul Hamid
Exco Pendidikan & Penyelidikan PKPIM
Siapakah sebenarnya yang dimaksud sebagai "Orang Melayu" dan "Bangsa Melayu" di dalam tulisan tersebut ?
jf_pratama Post at 18-2-2010 21:56
Mudah sahaja jawapannya Wak.Yang dimaksudkan orang Melayu dan Bangsa Melayu dalam tulisan tersebut ialah orang dan bangsa yg mahu mengaku sebagai Melayu.Mustahil sekali yg dimaksudkan itu ialah mereka yg tidak mengaku sebagai bangsa melayu.Takkan nak kata bangsa yg dimaksudkan tu bangsa Jepang ataupun China pula.Keris banyak sekali dibuat di Indonesia tetapi permainan keris yg asli sukar ditemukan disana berbanding dengan di Semenanjung Melayu.Permainan silat pulut adalah gaya gerak keris yg asli dan masih dikekalkan di Semenanjung terutama di bahagian utara dan pantai timur.Semua bahagian keris termasuk sarungnya digunakan sebagai senjata didalam silat-silat aliran semenanjung.Keris semenanjung juga dibuat(terutama bahagian hulu) supaya sesuai untuk pelbagai gerakan silat aliran semenanjung.Seorang pesilat melayu pernah mencuba keris jawa dalam permainan silatnya dan mendapati pergerakan agak kurang gesit.Mungkin keris Jawa lebih sesuai untuk permainan Penchak gaya Jawa.
Yang aku penah dengar la, keris2 ni selalu org2 jenis bangsawan tradisional ajah yg simpan. Femli kosmet aku sorang keturunan kerabat diraja Rawo yg jd pelarian ke semenanjung zaman belando dolu, walopon rupa dia x macam kerabat diraja.
Dia cakap bapak dia ada simpan keris pesaka femli dorang letak bawah katil dia yg kena perasap limau bagai tiap2 malam jemaat. hahahaha, aku x nampak dia bangga pon dgn tradisi femli dia. Lagi dia syoq kalo org kata dia non-malay ka serani ka sobab dia nak masuk kristian, bru leh jd civilized,
Yang aku penah dengar la, keris2 ni selalu org2 jenis bangsawan tradisional ajah yg simpan. Femli kosmet aku sorang keturunan kerabat diraja Rawo yg jd pelarian ke semenanjung zaman belando dolu, walo ...
genot Post at 21-2-2010 12:31
Keris Tok nek aku dulu ,tentera Jepun ambil dan kerat katam.Takut sungguh jepun-jepun tu bila jumpa keris seolah-olah keris tu senjata pemusnah besar-besaran.Mengenai adat perasap dan melangir keris pula,sebenarnya itu adalah bagi membaharui kembali zat-zat yg ada dalam besi.Besi kan dibentuk dengan menggunakan haba jadi dengan memperasapkannya, zat atau cas yg ada menjadi kuat semula.Perbuatan melangir pula berkaitan dengan menyepuh keris apabila siap dibentuk. Jadi upacara itu sebenarnya untuk menjaga keris dari rosak.Cuma sesetengah orang mula mencamperaduk dengan mentera-mentera tertentu menjadikan perbuatan yg sebenarnya untuk menjaga ketahanan keris bertukar menjadi perbuatan khurafat dan Syirik.
Pesilat yg tidak mempunyai ilmu berkeris selalunya akan mengelak dari bermain keris atau menggunakan senjata tersebut dalam pertarungan.Ini kerana keris boleh menjadi senjata makan tuan yg amat berbahaya.Namun permainan silat Pulut sesuai dengan penggunaan keris kerana cara pergerakkan silat tersebut yg mengadaptasi pergerakkan berkeris.
owh kalu korang baca tentang orang2 satria kemboja (maksudnya etnik bukan negara kat SEA ni), dorang ada adat memuja senjata tajam... x pasti jika membaca mantera2 syirik itu ada kaitan dgn adat brahman tersebut.
seni silat pulut ni mcm pada hari perkahwinan org Melayu ka? aku biasa tengok juga di kenduri perkahwinan dorang bersilat olok2. ada gambar x mengenai seni silat pulot? silat ni pon ada byk jenis jugak...
owh kalu korang baca tentang orang2 satria kemboja (maksudnya etnik bukan negara kat SEA ni), dorang ada adat memuja senjata tajam... x pasti jika membaca mantera2 syirik itu ada kaitan dgn adat brahm ...
genot Post at 22-2-2010 14:59
Nama Silat pulut sekarang telah dicemari.Sebenarnya silat pulut adalah silat sebenar.Bukan silat pakai ikut suka dok buka tari mcm yg banyak dok main depan pengantin sekarang ni.Pergerakan pulut adalah pergerakan silat sebenar.Cuma bila bertempur pergerakan akan menjadi cepat dan keras.Sebab itu ada konsep rahsia dalam tari.Kalau dalam pertunjukkan dan dalam pertarungan pun sama saja geraknya,gerak itu akan mudah dibaca.Sebab tu ada pesilat moden kalau berlawan kita tengok tak ada seni dan robos dan silatnya tak ada ruh.Silat pulut tiada bersilibus.Permainannya hidup.Pergerakannya dari gerak rasa dan bukannya dari pemikiran.Gerakan membela diri mengikut serangan yg datang.Ilmunya tidak dihafal tetapi dihayati.Kalau ada guru pulut mengajar buah selalunya buah terhasil mengikut cara serangan lawan.Kalau suruh dia ulang dia pun geleng kepala tak tau nak buat.Kita serang kali kedua dengan kaedah yg sama dia sambut dengan kaedah lain pula.Main pulut ni kadangkala kita sendiri hairan dengan pergerakan yg kita buat sebelum tu.Kalau cuba ulang semula dah jadi tak cantik.Tapi kalau kita faham konsep pergerakan kita boleh terima hakikat itu sebab setiap pergerakan itu dengan izin Allah.Allah tak izin tiadalah gerak.Kaku habis sekalian anggota.
Kebanyakkan permainan silat pulut yg ditunjukkan kat Youtube tu diselitkan adegan melawak.Maklumlah dimainkan untuk menghibur tetamu kenduri.Nak tengok dengan jelas kena cari gelanggang dioranglah.Yang aku suka dengan guru-guru silat pulut ni ialah cara mereka yg merendah diri dan selalu mengaku tak pandai tapi bila diselidik anak murid diorang beribu-ribu.Kalau kat Kedah ni ramai budak-budak askar yg belajar.Kalau silat pulut tak power tentu askar-askar yg lasak tak teringin nak belajar.
Tengok jenis taraf korang lah kalau korang rakyat marhaein ada jenis kerisnya , cara sarungkan... macam ic zaman sekarang lah....
HangPC2 Post at 21-2-2010 21:37
betul tu.Cara memakai keris pun ada maksudnya.Kalau maksud nak bergaduh ada cara pakainya.Kalau sekadar membawanya sahaja ada cara pakainya.Tapi sekarang ni adat tu dah tak dihiraukan sangat sampai ada pengantin yg sisip keris macam nak pergi bersilat.Sepatutnya pengantin kena sisip mcm raja sisip keris sebab pengantin tu raja sehari.
Silat n tomoi pon ada bunyian2an kan mengiringi rentak pergerakan, aku biasa dnegar jugak di majlis2 di kawasan utara... kalu kat sbelah Thailand untuk upacara wai khuru (sembah guru) dorang ada bunyian pi nai n p chawa... orang kami pon ada srunai gak... tgk ada persamaan ka dak dgn serunai korang...
Ha ha gelek sakan lah dengar lagu ni.Orang-orang Arab Yaman adalah contoh bangsa yg cukup kuat berpegang kepada tradisi.Mereka masih berbangga dengan Jambiah mereka.Yang aku risau ialah masyarakat melayu.Ada yg menghina tradisi bangsa sendiri.Ada anak melayu yg menghina silat dan warisan kebudayaan yg lain.Lagi risau ada melayu yg bangga nak jadi bangsa lain.
Kalau dengar lagu genderang perang negeri Kedah versi lama memang tercacak bulu roma.Jari tergedik-gedik dan kalau ada yg buat lawak acah nak serang memang secara automatik keluar buah pukul.Lagu versi baru agak kurang bersemangat.Kalau lagu Pattani pula sesuai untuk iring tari silat.Lagu Kedah untuk main tempur.Yang menghairankan ialah walaupun pesilat yg dengar lagu serunai ni bukan orang sebelah utara dan baru pertama kali mendengarnya mereka mengakui boleh menghayati dan sesuai dengan gerak tari mereka tanpa perlu dilatih.Bulu roma mereka turut tegak dan mereka mula bersemangat untuk bersilat.