CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3348|Reply: 20

[email protected], Renaissance KB 29 April

[Copy link]
Post time 28-3-2010 09:06 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by washere2 at 28-3-2010 23:49

  
credit : Nurul Imani Fauzi, FT fanpage

salute la, Kelantan beb , ye la takkan kat KL je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2010 09:41 PM | Show all posts
kat KB?
aku tak balik la kat kelantan masa tu
kalau tak.... sure aku pergi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2010 09:44 PM | Show all posts
2# santubung

mu ore kelate ka?
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2010 09:48 PM | Show all posts
2# santubung

mu ore kelate ka?
washere2 Post at 28-3-2010 21:44


hoh la
guano demo tak tahu
kawe ore kelate
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2010 11:57 PM | Show all posts
dari respon2 mulut tu yang ni cerah harapan sikit, sbb harga tu agak dalam kemampuan
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2010 10:25 PM | Show all posts
hmmmm sdg berbincang2 utk pergi
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-4-2010 06:30 PM | Show all posts
info from fanpage FT, ada fan call pagi tadi tinggal 3 tempat je lagi for this show
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2010 07:52 PM | Show all posts
ktorg pun dah cancel nak g
xde rezeki
korg sume g ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2010 11:19 PM | Show all posts
ktorg pun dah cancel nak g
xde rezeki
korg sume g ke?
ahhcomey Post at 14-4-2010 19:52


saya tak balik kelate
but ... adik2, my cousin, & his husband pergi!!!!
dorang excited nak jumpa FT
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2010 11:39 PM | Show all posts
katne yg info kat fanpage tinggal 3 je lagi 2 eh?
cr x jumpe la
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 12:14 AM | Show all posts
Post Last Edit by santubung at 15-4-2010 00:15
katne yg info kat fanpage tinggal 3 je lagi 2 eh?
cr x jumpe la
ahhcomey Post at 14-4-2010 23:39


ni hah (leh ker ekk aku tepek )



Imran Taib sifz mark : harga tiket dlm rm150 dan rm180..pg td sy call ada 3 tmpt je lagi untuk di kota bharu..

9 hours ago.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2010 09:06 PM | Show all posts
Renaissance tawar pakej khusus kepada anak Kelantan

KOTA BHARU 16 April - Hotel Renaissance Kota Bharu (Renaissance) memperkenalkan pakej istimewa kepada penduduk tempatan dikenali sebagai Pakej Riadah Hujung Minggu dengan kadar bayaran yang berpatutan.

Pengurus Jualan dan Perhubungan rangkaian hotel antarabangsa itu, Nik Adura Zuliana Nik Rashid berkata, pakej itu khas kepada anak negeri ini yang ingin meluangkan masa bersama keluarga pada setiap hujung minggu.

Jelasnya, ia melibatkan tawaran bilik pada harga RM199 serta kredit percuma sebanyak RM100 kepada pengunjung untuk menikmati beberapa kemudahan seperti rawatan spa dan sauna.

"Tawaran kredit ini membolehkan lebih ramai pengunjung menikmati rawatan spa seperti urutan refleksologi dan mandian sauna secara percuma.

"Pengunjung boleh mendaftar masuk bermula pukul 12 tengah hari dan keluar pada pukul 8 malam berbanding pukul 2 petang hingga 6 petang dengan harga sama pada hari-hari biasa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, pakej berkenaan ditawarkan setiap hari Jumaat dan Sabtu bermula 1 April lalu sehingga 31 Mei ini.

Jelasnya, bagi pengunjung yang datang bersama keluarga, mereka turut berpeluang menikmati kemudahan lain seperti kolam renang dan gimnasium secara percuma.

"Kebiasaannya bagi pengunjung yang menggunakan perkhidmatan kolam renang dan gimnasium tanpa mendaftar bilik, mereka perlu menjadi ahli terlebih dahulu dengan yuran tahunan sebanyak RM1,760.

"Dengan tawaran ini, ibu bapa boleh mendapatkan rawatan spa dan sauna manakala anak mereka mandi di kolam renang atau bersenam di gimnasium tanpa perlu mengeluarkan wang," ujarnya.

Bagaimanapun katanya, bagi rawatan spa dan sauna, sekiranya pengunjung memilih untuk menggunakan perkhidmatan yang harganya melebih RM100, mereka perlu membayarnya sendiri.

Dalam pada itu Nik Adura berkata, Renaissance akan mengadakan Minggu Setiausaha pada 29 April ini dengan penampilan istimewa artis popular, Faizal Tahir.

Katanya, program tersebut akan berlangsung bermula 12.30 tengah hari sehingga 2.30 petang dengan tawaran harga RM150 seorang.

"Selain itu, kita juga menyediakan cabutan bertuah iaitu pakej percutian selama tiga hari dua malam ke Jakarta yang bernilai kira-kira RM3,500," katanya.


Sumber : Utusan Malaysia - Timur 17/4
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2010 09:50 PM | Show all posts
tadi aku call Renaissance
dorang cakap yang RM180 semua dah habis
tinggal RM150 dalam 4 meja lagi (dalam 40 orang lagi kosong)
banyak jugak!!!!
so aku tanya naper tak der promosi kat paper
dia cakap ader ... tapi paper pantai timur mcm sinar harian
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2010 06:11 PM | Show all posts
tibe2 ase cam nak wat giler g
hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 10:59 PM | Show all posts
so....saper yg pegi tu, any pic?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2010 10:19 PM | Show all posts

credit & pic milik Nadia @ FT fanpage
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-5-2010 05:41 PM | Show all posts
Post Last Edit by washere2 at 1-5-2010 17:43

1,000 peminat meriahkan Minggu Setiausaha



KOTA BHARU – Hampir 1,000 orang peminat memeriahkan Minggu Setiausaha bersama Faizal Tahir di Hotel Renaissance, dekat sini semalam.

Majlis yang bermula seawal jam 12.30 tengah hari itu diisi dengan pelbagai acara. Antaranya ialah persembahan tarian, peragaan pakaian oleh Jefferson, persembahan nyanyian oleh Faizal Tahir dan cabutan nombor bertuah.

Faizal Tahir ketika ditemui Sinar Harian berkata, ini merupakan kali kedua beliau berkunjung ke negeri Cik Siti Wan Kembang selepas kunjungan pertamanya kira-kira dua tahun lalu.

“Syukur, saya lihat sambutan penonton di sini begitu menggalakkan dan menerima kehadiran saya ke sini.

“Walaupun tidak mempunyai banyak masa untuk memberikan yang lebih terbaik, namun saya gembira kerana berpeluang menghiburkan peminat dengan beberapa buah lagu,” katanya.

Menurutnya, jadual masanya begitu terhad dan padat sejak kebelakangan ini kerana ia selaras dengan kelahiran album barunya.

“Tahun ini sudah masuk tahun keempat saya bergiat aktif dalam dunia hiburan dan saya merasakan ia adalah tahun paling sibuk bagi saya.

“Walau sesibuk mana pun, saya tetap memberi fokus pada kesihatan kerana saya terlalu mudah diserang sakit,” katanya.

Faizal berkata, walaupun keadaan kakinya masih lagi belum pulih sepenuhnya, namun dia tetap berusaha untuk memberi persembahan terbaik kepada peminat.

Sinar Harian 1 Mei



1000 tu ramaiii...........
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2010 05:54 PM | Show all posts
Minggu Setiausaha Kota Bharu
1 000 orang harga RM150 - RM180

Minggu Setiausaha Johor Bahru
600 orang harga RM350, RM500, RM700, & RM1000

lebih daripada menggalakkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2010 10:15 PM | Show all posts
rasa2 yang pegi tu ramai perempuan ke lelaki?

nyway congrats FT, shows secretary week success
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2010 10:59 PM | Show all posts
rasa2 yang pegi tu ramai perempuan ke lelaki?

washere2 Post at 1-5-2010 22:15


nk tau jawapan atas kena jwab soklan ni dulu..
rasa2 yg selalu masuk bod faizal tahir ni ramai pompuan ke laki?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.129314 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list