CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4581|Reply: 20

Nak halalkn anak haram

[Copy link]
Post time 15-4-2010 10:02 AM | Show all posts |Read mode
Salam sume...

Nk tny pd yg arif dlm agame o sape2 yg ade info psl isu ni..plzz ana musykil.... :re:

Camni, adk ipa sy ade lahirkan sepasang ank kembar yg tak sah taraf. Sekarang bebi tu dh 6 bulan n makan nestum n biskut. Yang mak mertua sy ni lak (x la brp pandai dlm agama sgt) sibuk2 tanye sy susu badan byk lagi ke tak (sbb sy br je ade bebi dlm sbln). Mak mertua suruh sy susukan kembar ni.. kononnye nak halalkan kembar ni dengan pak sedare (asben sy) die bl dorg besar nti. "Senang, xyah bertutup2 aurat" katenye...

Soalannye:

1. Boleh ke dgn cara sy menyusukan dorg, automatik dorg ngan asben sy tu jd muhrim? Setahu sy tak kan?

2. Kalau la boleh sy susukan dorg, probnye kembar ni da mkn nestum n biskut. Bkn ke syarat nk susukan, bebi mestilah tak mkn makanan pejal lg?

Tolong la jwb o bg pndpt  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2010 10:40 AM | Show all posts
Pertanyaan.
Syaikh Abdul Aziz bin Baz ditanya : "Ada dua orang wanita, yang pertama
mempunyai seorang anak laki-laki, yang kedua mempuanyi anak perempuan,
mereka saling menyusukan anak yang lain. Siapa di antara saudara-saudara
mereka yang boleh dinikahi oleh yang lain ?".

Jawaban.
Apabila seorang perempuan menyusukan seorang anak kecil di bawah umur dua
tahun lima kali susuan atau lebih, maka anak tersebut menjadi anaknya dan
anak suaminya yang memiliki susu itu
. Dan seluruh anak dari wanita tersebut
dengan suaminya itu atau dengan suami terdahulunya menjadi saudara bagi anak
susuan itu. Seluruh anak suami wanita yang menyusui baik dari wanita itu
ataupun dari istri yang lain adalah saudara bagi anak susuannya. Seluruh
saudara wanita yang menyusui dan saudara suaminya adalah paman bagi anak
susuannya. Demikian pula Bapak wanita yang menyusui dan Bapak suaminya
adalah kakek dia dan Ibu wanita yang menyusui serta ibu suaminya adalah
nenek.

Hal ini berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala.

"Artinya : Dan ibu-ibu kalian yang menyusukan kalian dan saudara kalian yang
sesusu" [An-Nisa' : 23]

Serta sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam.

"Artinya : Sesuatu diharamkan dengan sebab penyusuan sebagaimana apa-apa
yang diharamkan oleh sebab nasab"

"Artinya : Tidak berlaku hukum penyusuan kecuali dalam masa dua tahun".

Dan berdasarkan hadits dalam Shahih Muslim yang diriwayatkan oleh Aisyah
Radhiyallahu 'anha, ia berkata : "Adalah yang disyariatkan dalam Al-Qur'an
dahulu sepuluh kali susuan yang jelas, menyebabkan ikatan kekerabatan.
Kemudian dihapus dengan lima kali susuan yang jelas hingga Nabi Shallallahu
'alaihi wa sallam wafat sedangkan masalah tersebut tetap dengan keputusannya
(lima kali susuan)". [Hadits ini diriwayatkan pula oleh At-Tirmidzi dengan
lafazh sedemikian, sedangkan asalnya terdapat dalam Shahih Musim] [Fatawa
Da'wah Syaikh Bin Baz Juz I hal,206]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2010 01:03 PM | Show all posts
2# Hang

Hmm...masih kabur lg..leh tak Hang xplain ngan bahasa yg lbh mudah difahami? Takot salah tafsir pulak..eheh jgn mara...ank cucu tompang blajarr...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 01:06 PM | Show all posts
one sec. i could be wrong, tapi aku rasa bayi tu tak haram, and so tak perlu dihalalkan. luar nikah, yes. haram, I doubt it.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2010 01:28 PM | Show all posts
Lagi 1,

Katekanlah hubby aku ni ade adik bradik laki yg lain, katelah 3 org.. n dorang tak kawen lg...n bbrp thn pastu sorang ni kawen. Dan surenye kembar tu dh besar panjang kan? Mcm mane lak nak menghalalkan kembar ni ngan adik bradik laki hubby aku nih? Tak boleh dah kan???

Kesimpulannye, anak tak sah taraf ni memang xd kesudahannye nk mhalalkan dorg ni kan??  Betul tak???

Sbbnye MIL mmg berusahe giler nk mhalalkn kembar ni. Tensen sbb MIL x plak berusaha pikio nk mhalalkan kembar ni ngan bpknye (bpk btl).

p/s: 4 ur info, adik ipa ngan asbennye ni terlanjur n lahirkan kembar ni. Lps kembar ni lahir br dorg ni nikah. Sengal :@
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 04:46 PM | Show all posts
............
Sbbnye MIL mmg berusahe giler nk mhalalkn kembar ni. Tensen sbb MIL x plak berusaha pikio nk mhalalkan kembar ni ngan bpknye (bpk btl).

p/s: 4 ur info, adik ipa ngan asbennye ni terlanjur n lahirkan kembar ni. Lps kembar ni lahir br dorg ni nikah. Sengal mama_yayah Post at 15-4-2010 13:28


nak menghalalkan camane??
kalau x silap bapak n anak tu bleh kawen... ( kalau x silap la.. )
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2010 04:55 PM | Show all posts
2# Hang  

Hmm...masih kabur lg..leh tak Hang xplain ngan bahasa yg lbh mudah difahami? Takot salah tafsir pulak..eheh jgn mara...ank cucu tompang blajarr...
mama_yayah Post at 15-4-2010 01:03 PM


syarat untuk menjadikan anak itu 'anak susuan' ada dua..

1. Kanak-kanak itu mesti di bawah umur 2 tahun ( ikut kalender islam)
2. Anak itu mesti disusukan oleh ibu susuan sebanyak 5 kali atau lebih sehingga kenyang...

bila 2 syarat ini dipenuhi, anak ini menjadi anak susuan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2010 08:19 PM | Show all posts
6# ikangpiana

Haah mmg leh pn..sbb tu bl kemba ni da besar, kene pisahkan..dorang tak leh dok serumah ngan bapak tu..tanggung la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2010 11:14 PM | Show all posts
Lagi 1,


Katekanlah hubby aku ni ade adik bradik laki yg lain, katelah 3 org.. n dorang tak kawen lg...n bbrp thn pastu sorang ni kawen. Dan surenye kembar tu dh besar panjang kan? Mcm mane lak nak menghalalkan kembar ni ngan adik bradik laki hubby aku nih? Tak boleh dah kan???
mama_yayah Post at 15-4-2010 13:28

Kembar ni perempuan ke?


Rasanya hubungan kembar ni dgn keluarga ibu kandung yg melahirkan mereka tiada masaalah, tetap darah daging. mereka tetap anak saudara pada adik beradik ibu yg melahirkan mereka, dan ibu kepada ibu yg melahirkan itu tetap nenek kandung mereka. (ni yg saya jawab ni, mengikut fahaman saya kalau ikut soalan yg u tanya lah.)

yg masaalah hanya belah pihak lelaki yg berkahwin dgn ibu mereka tadi - walaupun dari hubungan haram mereka lah lahirnya anak2 ini, lelaki ini tetap bukan bapa sah taraf anak2 ini, malah anak ini boleh dikahwinkan (jika anak ini perempuan) dgn lelaki ini bila mereka dewasa kelak - jika lelaki ini tidak menikahi ibu mereka. tapi kalau lelaki ni dah nikah dgn ibunya, kira dah jadi bapa tiri, maka tak boleh lah kawin dgn anak itu selama2nyai.

tetapi, ada cara utk menghalalkan, iaitu sekiranya si lelaki yg telah membuntingkan ibu mereka ini bernikah dgn ibu ini sebelum kandungan berusia tidak lebih 6 bulan, maka selepas itu jika anak itu lahir, maka boleh lah di binkan dgn nama lelaki tersebut.

- ini yg saya pernah dengar ustaz ckp, tapi haraplah sesiapa betulkan mana tau saya ada tersilap mana2.

kalau tgk situasi, dah too late. baby pun dah besar, rasanya baby2 tu pun tak kan mau nak minum susu asli tu sure tak sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 11:33 PM | Show all posts
Post Last Edit by wasntme at 15-4-2010 23:35

kalau dah jadi anak tiri, kira takde masaalah lah.

definasi mahram:
credit : http://www.darulnuman.com/cgi-bi ... ion=display&num=755

Maksud muhrim adalah orang yang haram dinikahi. Tidak semua wanita halal dikahwini, tetapi hanya sebahagian sahaja yang halal dikahwini manakala sebahagian yang lain adalah haram dikahwini untuk selama-lamanya ataupun untuk sementara waktu sahaja.

Wanita yang haram dikahwini secara garis besar dapat di bahagi dua: Pertama, yang haram dikahwini secara abadi. Kedua, wanita-wanita yang haram dikahwini kerana halangan sementara.

   Haram dikahwini secara abadi ini ada tiga bahagian. (1) Kerana keturunan atau nasab. Perkara ini jelas seperti yang tercantum dalam surah An Nisaa ayat 23. Seperti; ibu (ke atas), anak perempuan (ke bawah), saudara perempuan (ke bawah), saudara perempuan ayah, saudara perempuan ibu, anak perempuan dari saudara lelaki dan perempuan dari saudara perempuan. (2) Kerana Mushaharah atau hubungan kekerabatan yang terjadi kerana perkahwinan, seperti; Emak mertua dan seterusnya, anak tiri yang telah dicampuri ibunya, menantu perempuan (ke bawah), ibu-ibu tiri. (3) Kerana penyusuan.

   Wanita yang haram dikahwini kerana halangan sementara iaitu, wanita kafir, bekas isteri yang dicerai dengan talaq tiga, wanita yang sedang beriddah, isteri orang, wanita yang kelima dari isteri, wanita penzina, mengumpulkan antara wanita dengan mahramnya, wanita yang sedang ihram, hamba dan lain-lain. Mengenai hubungan dengan ipar, maka Rasulullah menyuruh kita berhati-hati, sebab hubungan mereka boleh menimbulkan fitnah dalam keluarga. Bahkan Rasulullah SAW  sendiri menganggap ipar itu sebagai maut. Rasulullah SAW bersabda: Dari Uqbah Bin Amir, katanya; Rasulullah SAW sesungguhnya telah bersabda:

"Jauhilah olehmu sekalian masuk ke tempat para wanita:. Lalu seorang sahabat Ansar bertanya: "Bagaimana pendapat baginda tentang ipar?".Sabda baginda: "Ipar itu maut". (Riwayat Nasa'i)

ni batas aurat antara anak tiri dan bapa tiri:
credit : http://norasmahan.net/1008/index.asp?type=blogcomment&id=6897

Bapa tiri juga berhak mendapat pengiktirafan sebagai bapa melalui ibu kepada anak-anak. Mereka bertanggungjawab mengikut keperluan dan kepentingan anak-anak di bawah jagaan mereka sekiranya anak-anak tersebut kematian bapa kandung yang sepatutnya memberi perlindungan, kasih sayang dan nafkah kepada mereka.

Hukum syarak juga menetapkan bapa tiri mempunyai hubungan erat dengan anak-anak apabila mereka tidak batal wuduk dengan anak-anak dan dibenarkan batas auratnya sama dengan bapa kandung. Walaupun mereka tidak mempunyai hak mewalikan atau pusaka memusakai, mereka adalah tempat untuk anak-anak bermanja dan berlindung.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 11:39 PM | Show all posts
Lagi 1,


Katekanlah hubby aku ni ade adik bradik laki yg lain, katelah 3 org.. n dorang tak kawen lg...n bbrp thn pastu sorang ni kawen. Dan surenye kembar tu dh besar panjang kan? Mcm mane lak nak menghalalkan kembar ni ngan adik bradik laki hubby aku nih? Tak boleh dah kan???

Kesimpulannye, anak tak sah taraf ni memang xd kesudahannye nk mhalalkan dorg ni kan??  Betul tak???
mama_yayah Post at 15-4-2010 13:28

saya harap apa yg saya paste tu boleh membawa khabar gembira buat MIL u.

HALAL.. sebab adik beradik suami u, yg mana adalah adik beradik ibu kandung mereka juga, adalah bapa2 saudara kandung mereka. Harap jelas ya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 11:58 PM | Show all posts
credit: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ma&pg=ba_02.htm

Anak tak sah taraf mesti dibin/binti Abdullah

Bersama MOHD. FARID RAVI ABDULLAH

1. SAYA telah melahirkan ‘anak tak sah taraf’ sejak lima tahun lalu dan sekarang berada di bawah jagaan ibu mertua. Saya juga telah bernikah dengan lelaki yang menghamilkan saya selepas melahirkan anak ini. Bolehkah meletakkan nama suami saya (lelaki yang menghamilkan saya dahulu) di hujung nama anak tanpa perkataan binti?

Apabila anak ini berusia 12 tahun, saya perlu membuat kad pengenalan. Adakah ia dibintikan dengan Abdullah? Sekiranya anak saya dewasa kelak, adakah auratnya masih batal dengan suami saya (ayah kandungnya).

JAWAPAN: Pertamanya saya bersimpati dengan masalah yang melanda puan dan anak puan. Semoga puan bertaubat dengan kesilapan silam dan mendidik anak puan dengan didikan Islam yang sebenar.

Tafsiran 'anak tak sah taraf’ di dalam kebanyakan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri ialah seseorang anak yang dilahirkan di luar nikah iaitu sama ada akibat daripada zina atau dirogol atau anak yang dilahirkan kurang enam bulan dari tarikh akad nikah dan dia anak yang bukan daripada persetubuhan syubhah. Dalam pandangan Islam, anak yang lahir setelah 180 hari iaitu enam bulan qamariyah atau lebih dari tarikh pernikahan maka dikira anak yang sah.

Sebagai contoh, Siti berzina dengan Mamat lalu hamil. Ketika usia kandungan zinanya tiga bulan Hijrah, Minah pun dinikahkan dengan Mamat (atau dengan lelaki lain). Enam bulan sepuluh hari selepas akad nikah itu, Minah pun melahirkan bayi hasil perzinaan dengan Mamat lebih kurang sembilan bulan yang lalu. Walaupun anak itu sebenarnya adalah hasil perzinaan, tetapi atas dasar Husnuz Zan (berbaik sangka), maka syariah membenarkan anak itu dibinkan kepada Mamat (atau lelaki lain) yang telah berkahwin dengan Minah secara sah. Ini berdasarkan 'isyarat al-nas' daripada ayat 15 Surah al-Ahqaf, ayat 14 Surah Luqman dan ayat 232 Surah al-Baqarah.

Dari sudut hubungan nasab keturunan, anak tak sah taraf haram dibinti atau dibinkan kepada lelaki yang menyetubuhi ibunya. Dia hendaklah dibinkan kepada salah satu nama Asma al-Husna atau sifat Allah.

Menasabkan anak dengan betul adalah perkara wajib kerana ia melibatkan perwalian nikah, pusaka, batasan aurat dan sebagainya. Meletakkan nama suami dihujung nama anak perempuan seperti ‘Rafeah Ujang’ tanpa perkataan binti adalah sesuatu yang agak janggal. Bahkan jika nama itu dilihat dari sudut budaya masyarakat Arab, ia juga bermaksud Rafeah binti Ujang. Melainkan jika nama ayah kandung kanak-kanak itu diabadikan sebagai namanya seperti Rafeah Ujang binti Abdullah.

Justeru nama anak perempuan puan di dalam kad pengenalan nanti mesti dibintikan dengan Abdullah atau nama-nama Allah yang lain. Saya sangat khuatir, berhelah di dalam aspek keturunan ini akan mengundang implikasi yang sangat buruk di kemudian hari, walaupun puan melihat adanya maslahat atau kebaikan di situ. Kaedah fikah menyatakan ‘mencegah kerosakan hendaklah didahulukan berbanding melihat kepentingan’.

Dari sudut pergaulan, anak tak sah taraf tidak boleh dihalang daripada menjalin apa-apa hubungan atau aktiviti seperti seorang kanak-kanak Islam yang sah tarafnya. Pergaulan anak tidak sah taraf dengan lelaki yang melakukan persetubuhan tanpa akad nikah dengan ibunya, walaupun lelaki itu adalah bapanya sebenar, hendaklah berasaskan pergaulan antara anak tiri dan bapa tirinya.

Contohnya, jika anak tak sah taraf itu ialah seorang anak perempuan maka wuduknya dan wuduk suami ibunya, sama ada si suami itu adalah bapanya yang tidak sah ataupun lelaki lain, tidak akan terbatal kerana pada pandangan syarak suami ibunya itu sebagai bapa tirinya.

Perhubungan antara anak tidak sah taraf dan anak-anak sebelah ibunya yang sah taraf dan ahli keluarga sebelah ibunya yang lain adalah hubungan kekeluargaan yang sah, tetapi perhubungan ini tidak boleh diperluaskan kepada keluarga sebelah bapanya yang tidak sah. Untuk keterangan lanjut, rujuk Garis Panduan Anak Tak Sah Taraf; Penamaan, Pergaulan dan Hak-haknya (terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).



harap dpt membantu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2010 12:32 PM | Show all posts
Istilah topik tu mengelirukan.

Topik sebenarnya ialah kedudukan anak susuan dengan suami ibu susuan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2010 02:09 PM | Show all posts
Post Last Edit by wasntme at 16-4-2010 14:10
Mak mertua suruh sy susukan kembar ni.. kononnye nak halalkan kembar ni dengan pak sedare (asben sy) die bl dorg besar nti. "Senang, xyah bertutup2 aurat" katenye...

Soalannye:

1. Boleh ke dgn cara sy menyusukan dorg, automatik dorg ngan asben sy tu jd muhrim? Setahu sy tak kan?
mama_yayah Post at 15-4-2010 10:02



dlm keterangan yg saya paste tu dah sebut hubungan si kembar dgn keluarga sebelah ibu yg melahirkan si kembar ni adalah sah, so yr husband dgn sendirinya adalah bapa saudara kandung pada si kembar. tak perlu lah nak halalkan ke bagi susu ke. soheh2 pak sedara sedarah sedaging dalam islam.

Istilah topik tu mengelirukan.

Topik sebenarnya ialah kedudukan anak susuan dengan suami ibu sus ...
ibnur Post at 16-4-2010 12:32


yelah, keliru sungguh.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2010 02:14 PM | Show all posts
lagi jawapan: http://www.islamgrid.gov.my/qna/index.php?page=68

676. Assalamualaikum. Apakah batas aurat perempuan dan boleh atau tidak bersentuh kulit dengan: i-bapa mertua? ii-adik beradik lelaki suami yang belum dan sudah baligh? iii-adik beradik lelaki (pakcik) sebelah emak?

Jawapan
Wa'alaikumussalam wrt. i- Aurat wanita dengan bapa mertua tidak membatalkan wudhu' ii- Aurat wanita dengan kanak-kanak lelaki yang belum baligh tidak membatalkan wudhu' tetapi batal wudhu' dengannya apabila kanak-kanak tersebut baligh iii - Adik beradik lelaki sebelah mak tidak membatalkan wudhu'. "

harap dapat membantu.

(perempuan di sini kita namakan si kembar tadi lah ya.)
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2010 04:18 PM | Show all posts
tuan rumah, anak kembar tu memang dah jadi anak betul keluarga mak mertua awak.tak perlu nak buat ibu susu.diorg tetap cucu mak mertua awak dan anak sedara awak ngn suami awak.sebab adik ipar awak anak perempuan kpd mak mertua awak kan? lainlah kalau si lelaki yang jadi ahli keluarga mak mertua awak tu.barulah anak2 tu tak ada kaitan dengan keluarga  mak mertua awak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2010 05:44 PM | Show all posts
ya betul tu, waduh, berbelit2 kita berpusing2 keliling kebun nak sampaikan maksud.

harap tuan rumah boleh le kabarkan berita gumbira ni pada mertua, agar lena tidur makcik tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2010 10:05 PM | Show all posts
Post Last Edit by ibnur at 16-4-2010 22:08
tuan rumah, anak kembar tu memang dah jadi anak betul keluarga mak mertua awak.tak perlu nak buat ib ...
w4n_satoshi Post at 16-4-2010 16:18


Mungkin ada satu lagi kekeliruan situ....

Saya rasa, bukan adik ipar pembuka thread.  Tetapi biras dia.  Atau lebih tepat sekali, suami mereka adik beradik.  Maknanya, biras dia tu lahirkan anak kembar sebelum mereka disatukan sebagai keluarga.

Ini faktanya:
Katekanlah hubby aku ni ade adik bradik laki yg lain, katelah 3 org.. n dorang tak kawen lg...n bbrp thn pastu sorang ni kawen.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2010 09:17 AM | Show all posts
Baby tadi pada sebelah keluarga MIL x de masaalah la.......... selain dari itu bukan mahram, kalau TT bagi susu, maka jadilah TT ibu susuan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2010 10:10 AM | Show all posts
Salam. 1st of all, istilah yg digunakan kurang tepat. Mengelirukan. 2ndly, kalau mil berusahe giler nk mhalalkn kembar ni, it seems that u pulak
berusaha giler utk tidak menyusukan kembar nih. Sorry, this what i can say by reading ur post.
3rdly, citer lintang pukang, kurang jelas. Adik ipar ke biras? Kalau yg pompuan tu adik suami, kita panggil dia ipar. Kalau yg lelaki tu adik suami,
isteri dia kita panggil biras.

Wokeh, penyelesaian.
Andaian pompuan tu ipar.... settled dah masalah. Kedua2nya dah berkahwin. "Halal" dah. (sekadar mengikut term yg u guna). Ibu dan anak.... sure halal. Bapa n anak.... halal atas sebab ayah tiri. Sebenarnya term yg lebih baik, mahram. Bayi2 tu dah jadik mahram. Settle masalah aurat yg
sgt2 dikonsenkan tu. Bayi n adik-beradik ibu.... "halal" jugak sebab pak sedara (dgn andaian semua bayi pompuan)

Masalahnya kalau biras:
Kalau u susukan, "halal" dgn u n juga your spouse atas dasar anak susuan. Juga halal dgn ur own kids... adik beradik susuan.
Dgn other siblings, kalau bayi pompuan, masalah lah dgn pakcik2 tu nanti. Kalau lelaki, masalah dgn makcik2nya. Yg ni, x dapek la nak nolong.   

Cadangan/nasihat:
Bagi jeklah mereka menyusu. 5x jek. kali 2 pasai kembaq.   Jadiknya 10 x susuan jek. Dpt pahala apa? Anak2 tu x berdosa. Mereka ni suci. Jgnlah ada perasaan jijik sebab taraf mereka tu. Manalah tahu as sebab hasil susuan u, menjadi darah daging dan mengalir sifat2 suci murni yg ada dlm diri u ke dlm tubuh anak2 ni. InsyaAllah anak2 ni membesar dan menjadi muslimah yg sejati. Amin!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 11:46 PM GMT+8 , Processed in 0.964932 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list