CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10400|Reply: 49

kerajaan melayu melaka diasaskan tahun 1278!!

[Copy link]
Post time 17-4-2010 12:18 PM | Show all posts |Read mode
17 April, 2010

Kumpulan Penyelidik Dakwa Kerajaan Melayu Melaka Diasaskan Pada Tahun 1278

MELAKA, 17 April (Bernama) -- Sepasukan penyelidik yang dilantik kerajaan Melaka mendapati kerajaan Melayu Melaka diasaskan pada tahun 1278 dan bukannya pada 1400 sebagaimana diketahui umum selama ini.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata tahun 1278 itu dipilih berdasarkan kepada Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin versi Raja Bongsu, salah seorang kerabat diraja Johor ketika itu yang ditugaskan menyalin naskah itu, yang menjadi asas rujukan dan sumber oleh kumpulan penyelidik berkenaan.

"Jawatankuasa Penyelidik bersetuju Melaka bermula sebagai satu entiti politik yang dikenali sebagai Kesultanan Melayu Melaka di alam Melayu pada tahun 1278," katanya.

Bercakap kepada pemberita di sini, Mohd Ali berkata hasil penyelidikan itu dibentangkan kepada Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob di pejabatnya di Ayer Keroh di sini, semalam.

Jawatankuasa penyelidik dengan 15 anggota itu dipengerusikan Naib Canselor Kolej Universiti Islam Melaka Prof Emeritus Datuk Wira Dr Mohd Yusoff Hashim manakala ketua penyelidik Prof Dr Abdullah Zakaria Ghazali dari Jabatan Sejarah Universiti Malaya.

Jawatankuasa itu diberi tugas membuat kajian dan penyelidikan bagi mengenalpasti tahun penubuhan kerajaan Melayu Melaka sebagai satu entiti politik di alam Melayu dan memulakan penyelidikan pada Jun tahun lepas.

Mohd Ali berkata kumpulan penyelidik berkenaan menolak tahun 1400 sebagai tahun kerajaan Melayu Melaka diasaskan kerana ia hanya berdasarkan kepada kesepakatan sarjana barat, bukan berdasarkan kepada fakta sejarah.

"Suma Oriental (dunia Timur) yang ditulis oleh Tome Pires pada 1512-1515 hanya berdasarkan pengumpulan maklumat menggunakan kaedah dengar cakap, bukan dokumen bertulis, dan menyatakan bahawa Melaka bermula sebagai satu entiti politik pada 1400," katanya.

Diketahui umum, Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara antara tahun 1400 dan 1403.

Berikutan penemuan baru itu, Mohd Ali berkata satu seminar akan diadakan pada tahun ini bagi membincangkan lebih lanjut perkara berkenaan.

Sementara itu, Dr Abdullah Zakaria berkata mereka menjalankan penyelidikan dan kerja lapangan di negara ini dan Indonesia.

Beliau berkata tahun penubuhan kerajaan Melayu Melaka adalah berasaskan tempoh pemerintahan Raja-raja Melaka seperti yang dikisahkan dalam Sulalatus Salatin versi Raja Bongsu.

Katanya mereka juga mempunyai bukti lain yang dapat mengesahkan kerajaan Melayu Melaka diasaskan pada 1278.

-- BERNAMA


lorrrrr ye ker... ingatkan jaman parameswara kurun ke 15 tuh!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2010 05:00 PM | Show all posts
la... ingatkn haper...
sejarah tu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2010 01:29 AM | Show all posts
biar betul?

cepat2 la diorg tulis buku psl hal ni..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2010 08:04 AM | Show all posts
Bila dah kena ejas camtu...maka lagi ramai la ek Sultan?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2010 10:49 AM | Show all posts
mase tuh parameswara dah datang belum?ke melaka masa tuh ada raja lain?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2010 10:55 PM | Show all posts
Melaka memang dah exist before Parameswara datang kesana, tapi sebagai perkampungan nelayan. Ntah cemana dia jadi sultan tu saya tak tahu ler
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2010 12:15 AM | Show all posts
kalau betul , jenuh la nak betulkan balik buku2 sejarah yang ada
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 01:07 AM | Show all posts
Kesultanan Kedah lagi lama , sejak tahun 1136 lagi, sampai harini masih wujud. sebelum tu dah ada 8 raja hindu

The Sultanate of Kedah was the earliest sultanate in the Malay Peninsula and arguably the oldest Sultanate in the world founded in year 1136.

http://en.wikipedia.org/wiki/Sultanate_of_Kedah

Kadaram or Kedah Kingdom (630-1136) was founded by Maharaja Derbar Raja of Gemeron, Persia, around 630 CE. The Persian-Hinduism  dynasty ended with Phra Ong Mahawangsa converted to Islam and the Sultanate of Kedah continue to rule until today.
http://en.wikipedia.org/wiki/Kedah_Kingdom
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2010 05:09 AM | Show all posts
bodohnya orang melayu ni. sejarah sendiri pun tak boleh tulis betul2. kira baik la tu Tom Pires masih rajin nak tuliskan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 09:38 AM | Show all posts
Reply 9# adi_iskandar

pasti ada..tapi dh di bakar
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 10:00 AM | Show all posts
Sentiasa berperang banyak  bahan bukti musnah....
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 10:07 AM | Show all posts
sebelum parameswara dtg ke muor...
muor dah ade penduduk n pemerintah sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 12:28 PM | Show all posts
sebelum christ columbus dtg ke amerika, org amerika dah ada rakyat dan pemerintahan sendiri
-tp dlm sejarah dunia, yg menemui amerika ialah christ columbus
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 01:46 PM | Show all posts
gud info
bru ku tahu
thanx TT
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 02:03 PM | Show all posts
Sepasukan penyelidik yang dilantik kerajaan Melaka mendapati kerajaan Melayu Melaka diasaskan pada tahun 1278 dan bukannya pada 1400 sebagaimana diketahui umum selama ini

aku rasalah, sejarah melayu ni banyak dah diputar belitkan, dari zaman portugis sampai le zaman jepun... tp aku x de fakta
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 03:53 PM | Show all posts
sebelum christ columbus dtg ke amerika, org amerika dah ada rakyat dan pemerintahan sendiri
-tp dlm ...
sekngucing Post at 19-4-2010 12:28


Yang sebetulnya orang yg menjajah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2010 04:14 PM | Show all posts
aku rasalah, sejarah melayu ni banyak dah diputar belitkan, dari zaman portugis sampai le zaman je ...
carly_lah Post at 19-4-2010 14:03

Nak kata diputar belit tu, saya rasa taklah sampai ketahap itu, tapi kebanyakkan kajian sejarah kita dilakukan oleh pengkaji barat, so mungkin banyak fakta tak di masukkan, atau source mereka tidak reliable sangat. Lagipun kajian sejarah oleh penduduk tempatan bermula agak lewat, mungkin awal kurun ke 20 baru ada kajian dari pihak tempatan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 07:09 PM | Show all posts
Melaka Darul Islam....itulah yang pernah diperkatakan sesetengah orang. Tidak kah kita terfikir bagaimana satu ketika dahulu Melaka dapat menarik masyarakat antarabangsa datang ke Melaka dan berurusniaga di sana...Pelabuhan yang sangat terkenal didunia satu ketika dahulu.

.....sudah pastinya kerajaan melayu melaka dahulu mempunyai sistem pepemerintahan dan pegurusan pelabuhan yang cekap...sistem kutipan cukai ( tax ), pengurusan kewangan kerajaan ( accounting ) ...bekalan barang2 mentah ( Kem Perdaganganan ) air dll, sistem pertahanan - pencegahan lanun ....perdagang rasa selamat berurusan di Melaka kerana sistem keselamatan yang cekap ( Kem. Pertahanan )....dan serangan pihak luar....Melaka dikatakan telah diserang beratus-ratus kali dp pihak luar semenjak tahun 1400 lagi...termasuk daripada Barat....tetapi hanya digembar- gemburkan pada tahun 1511..Melaka jatuh ke tangan...Portugis...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 07:57 PM | Show all posts
Melaka Darul Islam....itulah yang pernah diperkatakan sesetengah orang. Tidak kah kita terfikir baga ...
Afrin Post at 19-4-2010 19:09

Sapa yang serang Melaka sebelum tu Beb? Kalau ada serangan pun dari Siam, tu pun setelah Parameswara menghantar ufti ke China, Siam dah stop menyerang Melaka. Kebetulan zaman tu, zaman kejatuhan Majapahit, so takdak challenge ler dari luar.

Sebelum kedatangan Portugis, mana ada kuasa barat yang ada direct contact with Melaka, in fact, dengan Goa India pun, rasanya Portugis yang pertama sampai kesana, so I tak terfikir mana mana tentangan hebat terhadap Melaka sebelum kedatangan Portugis....
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 08:00 PM | Show all posts
Kalau nak kata masyarakat Antarabangsa pun tak logik sangat pun, maybe kalau nak kata pedagang Arab, India dan China tu mungkin boleh diterima...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.177318 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list