View: 18751|Reply: 92
|
kaitan Freemason dengan seluar dalam
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by white_snake at 21-4-2010 18:34
FREEMASON ada dimana-mana.
Bukan sahaja pada cetakan matawang dollar US,
tapi turut terlihat pada logo kereta, kulit album artis terkenal, siri kartun pokemon dan juga pada bungkusan chikadees.
Walaupun begitu, kewujudan logo itu tak sebanyak bilangan logo yang wujud dalam kepala otak orang-orang paranoid yang sangat taksub dengan kisah-kisah freemason.
Adalah membuang masa kalau diceritakan asal-usul Freemason..
maka ada baiknya klik sendiri link di bawah ni dan baca sendiri :
http://www.amazon.com/Complete-I ... sonry/dp/1592574904
Secara ringkasnya, freemason adalah pertubuhan sulit yang bercita-cita untuk menukar bentuk planet bumi ini daripada berbentuk bulat kepada bentuk tiga segi.
Keadaan ini telah menimbulkan rasa curiga dan tak puas hati di kalangan umat manusia
Kerana usaha menyongsang akal seperti itu, maka mereka mula dikaitkan dengan gerakkan kiamat yang bersongkol dengan Dajjal.
Sudah sekian lama mereka meletakkan logo-logo berbentuk segi tiga ke merata-rata tempat.
Perbuatan merepek itu sudah lama dikesan dan dibongkar.
Hairan juga ramai penulis-penulis yang lebih mengetahui tentang persatuan itu walaupun mereka bukanlah ahli berdaftar Freemason. Dari mana mereka dapat maklumat ??
tapi itu tak penting,
asalkan kita sentiasa mengingati sesama sendiri
sebab sesetengah daripada kita tak menyedari yang gerakkan Freemason sudah menular begitu dekat dengan diri kita.
malah ianya sudahpun masuk kedalam rumah kita..
Mari kita lihat contoh-contohnya :
Cuba lihat betul-betul pada spender tersebut.
Ia berbentuk segitiga yang diterbalikkan.
Mungkin Freemason cuba mengelirukan orang ramai.
dan terdapat juga perkataan DIESEL yang diambil dari perkataan DIE (mati) dan SEL (sebuah negeri di Norway) ..
mungkin maksudnya, sebelum mati baik pergi melancong ke norway..
ini lagi satu contoh.. cuba lihat dengan teliti pada gambar coli.
ini adalah konspirasi tahap tinggi
iaitu dengan meletakkan dua bentuk segitiga sekaligus
yang mana kalau dicampurkan akan menjadi logo star of david.
Setiap kali anda sedang makan nasik lemak, mungkin anda tak perasan akan bentuk bungkusannya.
nasik lemak juga adalah konspirasi jahat freemason dan zionis.. sebab itu ia berbentuk piramid..
dikatakan ahli-ahli freemason akan makan nasi lemak sementara menunggu kedatangan Dajjal dan hari kiamat
lihat dengan teliti persamaan dalam gambar.
adakah mangkuk jamban ini yang dimaksudkan oleh freemason sebagai ‘the all seeing eye’
adakah mangkuk tandas ini membawa mesej sulit untuk anggota freemason ?
atau adakah mangkuk tandas itu sendiri yang dimaksudkan sebagai “supreme being’ yg selalu menjadi tanda tanya selama ini
Otak adalah satu-satunya organ manusia yang berfungsi seperti tampon.
Ia berkeupayaan menyerap.
Tapi, adakah kita tahu apa yang diserap oleh otak kita
dari apa yang kiita lihat, kita dengar dan kita baca.
Aku tak tau apa yang korang lihat atau apa yang korang dengar..
maka aku cuba terangkan pasal bacaan …
Terdapat dua jenis bacaan yang perlu kita tahu bezakan.
1) bacaan yang mengajak kita berfikir.
2) bacaan yang memutarbelit fakta dan memaksa kita berfikir seperti penulisnya.
yang pertama akan membentuk kita menjadi diri kita sendiri
dan yang kedua adalah propaganda yang mahu kita menjadi zombie.
Semoga bijak mencerna.
aku dapat ni dari http://adiospunk.wordpress.com/2 ... engan-seluar-dalam/
lawak betul lah orang ni, seluar dalam & mangkuk tandas pun juga dikaitkan dengan freemason |
|
|
|
|
|
|
|
aku xtahan nak tergelak
xpasal-pasal bra ngn mangkuk tandas tu diheret skali!!! |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha...gila punya sarkastik..lawak2. |
|
|
|
|
|
|
|
memang dasat kajian diaorang tentang freemason ni..ala ala tesis phd |
|
|
|
|
|
|
|
weh..lawak sangat ni..hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
lol...ayat penuh yakin tu...haha..mesti mate nampak sume bende segi tiga je ye |
|
|
|
|
|
|
|
pubic hair betina pon ada unsur freemason kekdahnya, bentuk triangle |
|
|
|
|
|
|
|
wow, aku terkesima, hebat kajian dia... x sangka slama ni kita tgh dok membuang mata Freemasong dok memerhatikan taik kita sedang kluaq dr bowel... |
|
|
|
|
|
|
|
Kakaka sarkastik betul....
Aku pun skeptikal kat orang2 yang mengaitkan semua benda dalam dunia ni dengan yahudi, freemason, illuminati blablabla....tapi tak terpikir pulak nak keluar sarcasm macam mamat tu...heheheh |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh transfer ke board lawak jenaka tak...
|
|
|
|
|
|
|
|
ya Allah.rasanya kita dah tak selamat lagi dah.rupa rupanya selama ni hidup kita begelumang dengan agenda jahat freemason.nasihat kat adik kakak semua, jangan pakai lagidah seluar dalam, coli, jangan buang air menerusi mangkuk tandas dan jangan makan nasi lemak.nanti terpengaruh dengan unsur yahudi dan nasrani |
|
|
|
|
|
|
|
kah kah kah kah! ya, aku sokong thread ni....ppl are tooooooooooooooooo paranoid!
like i said b4....payah sgt nak hidup pasal kiri kanan penuh dgn bayangan freemason, maka jom dok dlm hutan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by chimaira at 22-4-2010 13:00
asal benda segitiga jer freemason.. pastu konspirasi..
ini mau pokok tumbang pun konspirasi.. aper punya sengal la blogger camni..
pakai spender ngan bra pun dah nampak imej piramid
baik balik zaman primitif jer.. pakai cawat.. x pun cawat besi gitu..
nasik lemak tu rezeki.. pun terkait samer.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|