View: 7977|Reply: 6
|
perkembangan dan kemerosotan sesuatu tamadun??
[Copy link]
|
|
salam semua.
tujuan benang ini diposkan adalah untuk meminta pandangan dan pendapat rakan2 semua yang saya pasti arif dan bijak mengenai tamadun peradaban dunia.
saya mempunyai tugasan untuk melakukan kajian mengenai perkembangan dan kemerosotan sesuatu tamadun.
oleh yg demikian saya amat berbesar hati sekiranya rakan2 dapat membantu dalam menyumbangkan idea kepada saya bagi menyiapkantugasan ini.
saya bercadang untuk menspesifikkan kajian saya mengenai perkembangan dan kemerosotan tamadun islam. tetapi saya merasakan skopnya terlalu luas setelah saya membuat bacaan dan melayari internet.terlalu banyak yang saya baca sehingga keliru tidak tahu hendak di mulakan dari mana.
oleh itu,saya amat hargai andai ada rakan2 di sini yang dapat berkngsi idea dan boleh juga mencadangkan sumber2 rujukan yg boleh saya jadikan rujukan.
sekian terima kasih.(^_^) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# poiuytrewq
Kemerosotan tamadun dunia ada pelbagai faktor: -
1) Faktor Peperangan
- Contoh Tamadun Aztec, Maya dan Inca.
2) Faktor Semula Jadi (Perubahan iklim dunia)
- Contoh Tamadun Mesir Lama. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tamadun Islam, seeloknya mulakan dari zaman Rasulullah SAW contohnya pengembangan Islam di yathrib hingga perkembangannya sebagai Negara Islam pertama di dunia.
akhirnya seeloknya adalah kejatuhan empayar Uthmaniyah sbg penerus ketamadunan Islam yg terakhir pada tahun 1924. Berakhirnya khilafah Uthmaniyah brmakna berakhirnya ketamadunan Islam.
In between that, pandai2 la TT selitkan, tapi sila highlight sumbangan ilmuwan Islam sebagai pencetus era modenisasi dan pelopor kepada kajian2 saintifik. |
|
|
|
|
|
|
|
pada aku,kemerosotan tamadun berpunca dari benda2 ni:
1. masyarakat kurang minat dalam ilmu pengetahuan(terutamanya sains)-negara ketinggalan dan pihak2 luar mudah nak serang...
2. moral dan integriti masyarakat menurun- budaya2 hedonisma,suka berhibur, x suka dgr pendapat alim ulama menyebabkan kemurkaan tuhan.
3. pentadbiran tamadun tu sendiri- tengok pemerintah dan golongan bangsawan itu sendiri.mereka adalah golongan kecil tapi elit dalam sesuatu tamadun itu sendiri.mereka wat keputusan dan halatuju.kelompok paling besar dalam hieraki tamadun itu adalah rakyat kebanyakan. jadi sampai satu ketika kalo pemerintah tamadun tu x disenangi oleh rakyat kebanyakan,tamadun tu hancur,kes spt di China zaman dulu2 dan di Iran. |
|
|
|
|
|
|
|
ouho...
tq2~
info yg berguna gak ni... |
|
|
|
|
|
|
|
tamadun cina runtuh sebab maharaja banyak buat jahat, tandanya ada baanjir,kemarau,bencana alam untuk jatuhkan dinasti maharaja tu. |
|
|
|
|
|
|
|
ada gak pemberontakan rakyat menjatuhkan maharaja x silap aku. dinasti apa aku x pasti lar..sebab cina ni banyak sgt dinasti start zaman2 purba smpai dinasti manchu/Qing |
|
|
|
|
|
|
| |
|