View: 3565|Reply: 20
|
Kesempurnaan Faizal, Metro 16 Mei
[Copy link]
|
|
Kesempurnaan Faizal
Oleh RUDY IMRAN SHAMSUDIN
[email protected]
2010/05/16
WALAUPUN tewas kepada Suki dalam One In A Million (OIAM) musim pertama, ia tidak pernah menghalang Faizal Tahir, 35, untuk memahatkan namanya sebagai penyanyi disegani dalam industri muzik tempatan.
Selepas dua tahun, Faizal menerusi album terbaru Adrenalin sekali lagi mengulangi sejarah sama apabila memenangi dua anugerah utama itu di AIM Ke-17.
Seperti kejayaan lalu, Faizal gah melangkah ke atas pentas menerima anugerah terbabit bersama dua orang yang banyak menyokong kerjaya seninya iaitu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Monkey Bone Records, Mohd Izham Omar dan penerbit album, Audi Mok.
Tidak keterlaluan dikatakan, kedua-dua nama besar inilah yang sebenarnya berjaya membentuk Faizal Tahir hari ini sehingga digelar ‘rockstar’.
Begitupun, jelas Izham, sebenarnya yang membuatkan Faizal mampu berdiri kukuh dalam industri muzik tempatan bukan kerana dirinya atau Audi semata-mata, sebaliknya kerana hasil usahanya sendiri.
“Inilah rahmatnya apabila Faizal tidak muncul juara OIAM, kerana itu dia bekerja keras untuk memburu kejayaan dan pengiktirafan,” katanya yang ditemui sejam sebelum mini konsert Faizal di Hard Rock Cafe, Pulau Pinang dimulakan.
Jelas Izham lagi, Faizal diibaratkan sebagai pemuzik sejati kerana dia tahu apa yang dimahukan, sama ada daripada sudut muzik mahupun perkembangan kerjaya seninya.
“Saya hanya memberikan asasnya (landasan) sementara Audi pula sebagai penyokong. Dan apabila datang Faizal, dia ibarat bata yang tersusun cantik dan menjadikan binaan itu kukuh dan kuat,” katanya menerangkan mengenai artis bernaung di bawah 8 Unit itu dengan penuh simbolik.
Bagaimanapun, kejayaan demi kejayaan diraih Faizal juga dilihat mengancam kerjaya seninya.
Penyanyi ini dilihat benar-benar menjalani hidup atas ‘permaidani merah’ dengan gaya ‘rockstar’ sejati. Keterlaluan andai mahu mengaitkan Faizal dengan isu dadah, seks dan wanita dalam kehidupan penyanyi rock di Barat, kerana hidup dijalani jauh bertentangan, apatah lagi dia juga suami dan bapa.
Namun penyanyi yang terkenal dengan lagu Cuba itu dilihat seakan-akan terbias dengan kehidupan sedemikian apabila sering dilanda kontroversi dan kecederaan.
Terbaru apabila ramai pihak memperkatakan lagak ‘rockstar’ dipamerkan Faizal. Jangan ada berlaku kesilapan di atas pentas, pasti ia akan mengundang berang.
Pernah sewaktu konsert Hot FM Big Jam di Pulau Pinang, Faizal menghempaskan gitarnya berharga puluhan ribu ke atas pentas selepas tali penyandang di bahu terputus.
Segala kontroversi yang menimpa Faizal dan sikap ‘rockstar’nya itu dibimbangi akan memakan dirinya sedikit demi sedikit. Apatah lagi Faizal didakwa mudah berasa hampa atau tidak dapat menyembunyikan rasa kecewanya jika ada perkara yang diharapkan tidak menjadi.
Sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap kerjaya muzik Faizal, tidakkah perkara ini menimbulkan kebimbangan kepada Izham dan Audi? “Sepanjang pembabitan saya dalam bidang muzik, ada tiga orang yang saya kenal mempunyai sikap begini iaitu Raymee bekas anggota Innuendo, Maliq (Too Phat) dan sekarang Faizal Tahir.
“Kita kena lihat mengapa mereka memiliki sifat sedemikian, ini kerana mereka mementingkan kesempurnaan. Kesempurnaan itu juga menyebabkan mereka dapat menghasilkan karya sangat bagus dan ada antara lagu dihasilkan bertahan dan digemari hingga kini,” katanya.
Begitupun jauh di sudut hati Izham, dia akui bimbang dengan masalah yang sering dihadapi Faizal.
“Jika benar apa yang dikatakan itu akan memakan diri Faizal, pasti ia merisaukan saya. Sebagai kawan, saya bimbang. Faizal sensitif daripada sudut fizikalnya dan sering jatuh sakit. Namun ia tidak boleh dielakkan kerana pemuzik sejati rata-rata begitu. Mereka mementingkan kesempurnaan,” katanya.
Sementara itu, jelas Audi, sebenarnya ia berbalik kepada pihak luar kerana kontroversi yang ditimbulkan bukan datang daripada Faizal tetapi beberapa pihak yang kurang berpuas hati.
“Ini perkara biasa kerana setiap artis popular kita lihat ada orang suka dan ada yang tidak. Begitu juga dengan kelemahan yang dikatakan orang tetapi untuk Faizal, ia sebenarnya adalah kekuatan dirinya. Cuma dia tidak pandai sorokkan daripada orang.
“Apabila dia tak sorok, orang mula mengatakan dia mula berlagak seperti ‘rockstar’. Sedangkan sebagai penyanyi dan pemuzik, apa dilakukan Faizal adalah untuk kebaikan peminatnya juga yang sebenarnya akan menikmati hasil karyanya di kemudian hari,” katanya.
Tambah Audi, mungkin ada pihak yang tidak kenal Faizal akan mengatakan dia cuba bersikap seperti ‘rockstar’ tetapi tidak bagi peminatnya kerana mereka kenal penyanyi itu.
Mengimbas kemenangan di malam AIM ke-17, kata Audi, walaupun dia dan Izham turut terbabit dalam pembikinan album Faizal, kredit memang berhak diterima sepenuhnya Faizal kerana selaku penerbit, dia sebenarnya lebih banyak bertindak sebagai penasihat berbanding melaksanakan kerja-kerja penerbitan dan komposisi dalam Adrenalin.
“Faizal penyanyi yang tahu apa dia mahukan. Saya setuju dengan kata-kata Izham, dia bukan sekadar penyanyi tetapi pemuzik sejati. Senang bekerja dengannya untuk Adrenalin. Kami tidak pernah bekerja dalam tekanan. Kami ibarat berada dalam kedai gula-gula.
“Begitupun, Faizal artis yang serius dengan kerjanya. Berbeza dengan penghasilan album pertama, dia selalu tidak yakin dengan dirinya. Malah selalu tidak berpuas hati dengan apa yang diberi. Namun kali ini keyakinan itu semakin tinggi dan hasilnya sangat baik.
“Kita dapat lihat itu menerusi Bencinta dan Selamat Malam, ia bukan saja cepat diterima peminat tetapi daripada sudut melodinya ia benar-benar memberi kesan.
“Percaya atau tidak, tugas saya kali ini lebih kepada menjaga hal berkaitan teknikal. Selebihnya dilakukan Faizal sendiri,” katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sejak bila umur FT 35 pulak ni , macam2 la Rudy Imran ni...:re: |
|
|
|
|
|
|
|
Metro semalam Rudy Sharimie pulak .........yg tulis lagu FT tajuk 'Berlari ' ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Kami ibarat berada dalam kedai gula-gula.
comel nyer statement audi ni.. ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
sejak bila umur FT 35 pulak ni , macam2 la Rudy Imran ni...
washere2 Post at 16-5-2010 14:14 ![](http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif)
bukan 35 ke? habis? :o |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sicomel at 16-5-2010 16:20
Reply 5# cik.panda
ntahapa2 la wartwan ni...x double check dulu ke? birthdate pejal 26 Oktober 1978. so, kira sndri la ye brp dh umo nyer .... |
|
|
|
|
|
|
|
3 org ni memg 1 team yg best. AIO FT n AUDI.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by santubung at 16-5-2010 18:26
kat Berita Minggu pun ada artikel FT (bahagian Variasi) = online tak jumpa lak
Tajuk "Faizal Lega Adrenalin Dapat Perhatian"
wartawan: rudy gak ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
tapi rudy lain ![](static/image/smiley/default/3laugh.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 8# santubung
tapi isi lebih kurang sama dengan artikel Rudy Metro semalam ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
yang ni pun kat Bipop jugak :re:
Shahir nafi tiru Faizal Tahir
UMPAMA mati hidup semula apabila dirinya dipilih menerusi AFMasuk,minggu lalu. Mendapat undian sebanyak 68 peratus dan berada dikedudukan undian nombor satu AFMasuk membuatkan Ahmad Shahir Zawawiatau Shahir, 22, tidak senang duduk. Malah, mengikut sejarah terlakar,pelajar yang diundi masuk pasti memperoleh kejayaan besar seperti LindaNanuwil, Lotter dan Aril yang mendapat tempat kedua dalam AF.
Bekas graduan Diploma Kejuruteraan, Universiti Islam Antarabangsa akui:"Saya tidak menyangka perjalanan masih dapat diteruskan apabila dipilihdalam AFMasuk. Saya langsung tidak meletakkan harapan, saya fikirmungkin Anum atau Aliff jadi pilihan. Bagaimanapun, inilah rezekinamanya dan saya tidak mahu mengecewakan harapan pengundi saya.
"Saya sedar tanggungjawab saya besar malah sejarah dulu membuktikanLinda, Lotter dan Aril yang pernah terkeluar berjaya meraih tempatkedua. Jadi saya juga perlu membuktikan saya boleh, tetapi saya percayasemuanya terletak pada rezeki dan ketentuan. Saya hanya mampu berusaha,tetapi takdir dan rezeki, Tuhan yang menentukan.
"Sayabersyukur menjadi pilihan pengundi. Saya sendiri tidak pasti apahebatnya diri saya. Mungkin juga sikap saya yang suka berjenaka dankelihatan lurus membuatkan ramai menyenangi saya. Ia bukan lakonan,tetapi itulah keperibadian saya sejak dulu. Bagaimanapun, saya agakterkejut apabila ada yang menyamakan saya dengan Faizal Tahir. Awalnya,memperjuangkan irama nasyid, tetapi berubah arah selepas masuk AF8.Dulu, saya bukanlah anggota asal kumpulan nasyid Saujana, saya hanyamenggantikan dua anggotanya yang bekerja sebagai doktor jika merekatidak dapat memenuhi undangan nyanyian. Sebenarnya saya sendiri tidaktahu keupayaan saya mampu menyanyikan lagu bergenre rock, saya hanyasedar selepas menyertai AF8. Jadi, saya bukanlah meniru Faizal atau nakjadi seperti Faizal, memang nak dibandingkan saya dengan Faizal, jauhbumi dengan langit tetapi secara kebetulan kami pernah memperjuangkanirama nasyid dan beralih arah ke genre rock."
kat Mentor tadi tertengok protege Ziana Zain nyanyi Sampai Syurga...aduyai ![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 8# santubung
metro hari ni - Rudy Imran Shamsudin
metro semlm n bi-pop hari ni - Rudy Shareme Sheriffudin
sbb tu ada sebahagian drp article metro semlm ada dlm bi-pop hari ni |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 9# washere2
xde sape pun yg boleh nyanyi lagu sampai syurga atau lagu2 FT sebaik dan setanding penyanyi asalnya...
1st protege nyanyi lagu FT
2nd protege, 1st song pakai baju superman ala2 FT, 2nd song plak performance dgn rambut disapa angin bak kata ally ala2 FT
kuat betul pengaruh FT..
adoyaii.. apsal la smilies icon aku x function langsung ni huhuhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply washere2
xde sape pun yg boleh nyanyi lagu sampai syurga atau lagu2 FT sebaik dan setandi ...
sicomel Post at 16-5-2010 22:07 ![](http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif)
smilies aku pun tak berfungsi gak. adeihh |
|
|
|
|
|
|
|
ft jadi idola sume peserta2 realiti tv..
tak kira la program ape..
sume nak jadi macam dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
ft jadi idola sume peserta2 realiti tv..
tak kira la program ape..
sume nak jadi macam dia..
masterdyanna91 Post at 16-5-2010 23:10 ![](http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
performance FT dlm oiam dlu adlah 1 benchmark yg prlu diorg kalahkan .![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
bile bace artikel2 dorg ni aku kagum lak
sbb aku ade kat dlm pc
pandai dorg wat ayat ye
padahal ayat2 ft,audi x macam pun yg dorg ckp
hehehehe
dorg karang2 bg jadi sedap
FT ckp fully english ye kat pc |
|
|
|
|
|
|
|
mentor tahun ni .... mentor ZZ, mentor Dayang, mentor Mas Idayu masa uji bakat dorang nyanyi lagu FT.
tu yg dapat kot ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 15# ahhcomey
apa ayat2 FT, audi n AIO tu? harapnya apa yg wartawan laporkan tu tak le jauh menyimpang drp asalnya atau byk sgt tokok tambah wpun positive feedback nya.
but satu je la, aku heran la... nape paper utusan, kosmo takde langsung article psl launching n showcase tu ah? tertunggu2 gak aku. mulanya pikir maybe paper hari ahad semlm kot kluar but langsung takde walau sebaris ayat pun. dorg nyer wartawan mmg x pegi penang ye itu hari? mstar, budiey, murai pun x dak. lain2 krg pasti la plak. pdhal BH, metro n gua.com masing2 dh dua kali kuar dorg nyer article. tggu je la esok lusa kot2 ada...![](static/image/smiley/default/sleepy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply ahhcomey
apa ayat2 FT, audi n AIO tu? harapnya apa yg wartawan laporkan tu tak le jauh me ...
sicomel Post at 17-5-2010 21:41 ![](http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif)
xde la sampai fakta2 yg x betul kuar
just aku kagum je cara dorg susun ayat 2
sbb mcm audi mase pc die ckp slow sgt
smpi ade wartawan ngomel marah2 audi
something about audi slalu x hormat majlis cmtu la
sbb mule2 audi cam malas je nak join pc 2
die terpaksa jwb pun sbb FT dah hulur mic
n 1 lg mase sesi soal jawab xde 1 pun soalan pasal Adrenalin ye
merepek2 je dorg tanye
pasal layanan rockstar la
tp FT n AIO pandai kalih jwpn n selit2 pasal adrenalin |
|
|
|
|
|
|
|
pasal wartawan2 paper lain 2 aku xtau la
aku x kenal sgt sume
aku cam muke rudy n joe klubbkidd je
hahahaha
murai mmg xde coverage kot sbb gua official web kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 18# ahhcomey
dorg ingat soklan2 psl layanan rockstar dll tu semmgnya berkait rapat sgt2 la dgn adrenalin kononnya... adoyaiii...
audi tu pemalu sgt kot...
finally ada gak article drp utusan hari ni... kosmo je takdak lagi... |
|
|
|
|
|
|
| |
|