View: 2259|Reply: 0
|
Perompak Larikan wang 18.11juta!
[Copy link]
|
|
SEORANG askar mengawal Bank Rafidian di bandar al-Mushkab semalam.
BAGHDAD Sekumpulan perompak di Iraq melarikan 6.5 bilion dinar (RM18.11 juta) dari sebuah bank pemerintah 160 kilometer ke selatan Baghdad semalam dengan bantuan seorang pengawal keselamatan, kata beberapa pegawai polis.
Menurut maklumat, salah seorang pengawal keselamatan memberikan dadah kepada rakan-rakannya dengan meletakkan dadah dalam minuman teh mereka, kata Ketua Jawatankuasa Najaf, Louai al-Yasiri.
Menurutnya, selepas pengawal-pengawal keselamatan itu meminum teh bercampur dadah itu, sekumpulan lelaki bersenjata memasuki Bank Rafidian di bandar al-Mishkab, wilayah Najaf selepas tengah malam.
Dia berkata, polis mempunyai bukti mengenai siapa yang menjadi dalang rompakan itu.
Kejadian itu berlaku selepas satu rompakan emas pada Selasa lalu di Baghdad dengan melibatkan kematian 14 orang.
Pemerintah Iraq menyalahkan kumpulan Al-Qaeda melakukan rompakan emas itu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|