View: 2816|Reply: 10
|
Mimpi Buat Lirik - KOSMO [20.6.2010]
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by santubung at 20-6-2010 14:24
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/0620/Kosmo/Hiburan/hi_03.1.jpg)
LELAKI 'Adrenalin' ini sedang enak mempromosikan album keduanya yang diangkat sebagai Anugerah Album Terbaik dan Album Rock terbaik pada malam Anugerah Industri Muzik Ke-17 (AIM17) baru-baru ini. Dalam satu wawancara bersama Faizal Tahir, ayah kepada tiga orang cahaya mata ini pernah menyatakan bahawa kehadiran Audi Mok selaku orang kuat di belakangnya adalah untuk menuetralkan keghairahan dalam dirinya.
"Audi sentiasa bertindak meneutralkan saya. Kalau lagu-lagu saya kedengaran terpesong kepada idola saya atau kedengaran sama dengan lagu-lagu yang sedia ada, Audi merupakan individu yang bertindak melaras semula muzik saya daripada tersasar," jelasnya.
Freddie Mercury merupakan individu yang paling berpengaruh dalam dirinya. Berikutan pengaruh dan populariti yang ada dalam diri seorang Faizal Tahir, dia kini diangkat sebagai duta kempen Bebaskan Bumi Palestin.
RUTIN BUAT LAGU
Selalunya ilham mencipta lagu waktu muncul lewat malam iaitu 12 tengah malam ke atas. Itu adalah rutin saya membuat lagu. Saya mendapat ilham melalui pelbagai cara antaranya sewaktu mendengar orang latah. Malah saya pernah mendapat idea di belakang pentas ketika persembahan dan tiba-tiba terdengar lagu Tamil. Itu juga mendatangkan ilham buat saya untuk mencipta lagu.
MIMPI LIRIK
Lagu Sampai Syurga adalah sebuah karya yang muncul daripada mimpi. Pada malam itu saya tersentak daripada bermimpi dan kemudian terus bangun sebelum menulis lagu tersebut agar tidak lupa. Saya ingat lagi waktu itu pukul 4 pagi.
FESYEN MILITARI
Pernah membawakan fesyen sebegini kerana minat yang sudah lama terhadap fesyen tersebut. Ini adalah pengaruh besar daripada kumpulan Queen dan The Beatles yang sudah sebati dalam diri saya. Saya juga gemarkan fesyen tersebut kerana pengaruh Michael Jackson yang pernah memakai pakaian serupa.
KAGUMI AIZAT
Saya melihat Aizat sebagai bakat muda yang sangat berbakat besar. Dia kadang kala nampak degil tetapi kedegilannya bertempat. Paling saya suka adalah lagu karyanya yang bertajuk Hanya Kau yang Mampu. |
|
|
|
|
|
|
|
FT ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
love it![](static/image/smiley/default/pompom.gif) ![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
good job ft![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
FT sendiri pun degil jugak :re: |
|
|
|
|
|
|
|
nak ft mimpi lg biar dapat buat lagu seindah sampai syurga...![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) ![](static/image/smiley/default/tongue.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
FT buat satu lagu mmg lama..
ptot la berkualiti..rock on FT![](static/image/smiley/default/1.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
tertnay-tanya gak la lagu tamil ape yg ft dengar pastu cipta lagu ye...![](static/image/smiley/default/tongue.gif) ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
owh sampai syurga rupanya "keramat" dr mimpi upenyer hahaa {:2_70:} |
|
|
|
|
|
|
| |
|