CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8507|Reply: 23

Tujuh Keajaiban Dunia Purba

[Copy link]
Post time 21-6-2010 11:15 PM | Show all posts |Read mode

Keajaiban dunia adalah suatu karya yang sangat dashyat yang telah diciptakn oleh suku-suku terdahulu yang mampu membuat suatu peradaban dan mampu menciptkan bermacam-macam bangunan yang hampir sebagai bangunan itu memiliki arsitektur yang baik dan juga kehebatan mereka membangun suatu bangunan yang dikemudian hari telah menjadi keajaiban dunia.
tujuh keajaiban yang telah diakui dunia .akan tergeser oleh beberpa nominasi dari negara-negara lain yang mengajukan masing-masing daerah (negara) mereka untuk menjadi nominasi atau bahkan menjadi anggota sebagai predikat 7 keajaiban dunia.
nah sebelum itu juga kita perlu memperhatikan bagaiman keajaiabn dunia yang dulu yang kesemuanya telah hancur terkecuali pyramid khufu,yang masih bertahan.



Tujuh Keajaiban Dunia Purba:


1.Piramid Agung Giza,
2.Taman Tergantung Babylon,
3.Kuil Artemis,
4.Berhala Zeus di Olympia,
5. Makam Maussollos,
6.Patung Raksasa Rhodes
7.Rumah Api Iskandariah

Piramid Agung Giza:


Piramid Agung Kufu merupakan satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia yang tertua dan
yang terakhir masih tinggal. Piramid ini dipercayai dibina sebagai makam untuk Firaun Kufu (nama Greek: Cheops; tempoh pemerintahan: 2606-2583 SM) daripada Wangsa Mesir Keempat. Arkiteknya ialah Hemon, saudara Kufu. Piramid ini siap dibina pada sekitar tahun 2580 SM, setelah menelan masa 20 tahun.

Taman Tergantung Babylon:

Taman Tergantung Babylon (juga dikenali sebagai Taman Tergantung Semiramis) dan tembok-tembok Babylon (kini Iraq) telah dipertimbangkan untuk menjadi salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia. Kedua-duanya telah dibina oleh Raja Nebuchadnezzar II (604-562 BC), cucu kepada Raja Hammurabi yang terkenal, sekitar tahun 600 SM . Taman tergantung Babylon terletak sekitar 50 kilometer selatan Baghdad, Iraq di sebelah tebing timur Sungai Euphrates.
Taman Tergantung sebenarnya tidaklah betul-betul "tergantung" seperti terikat dengan tali. Namanya datang dari terjemahan yang kata Yunani kremastos atau kata Latin pensilis, yang bermaksud bukan hanya "tergantung” tetapi "anjung," seperti terletak di atas berandah atau suatu teres.

Kuil Artemis:


Kuil Artemis (B. Greek: Ἀρτεμίσιον Artemision, B. Latin: Artemisium) merupakan kuil tamadun Yunani Purba yang dibina untuk menyembah tuhan Artemis. Kuil ini dibina pada 550 S.M. di Ephesus yang terletak di negara Turki hari ini. Kuil ini tergolong dalam senarai Tujuh Keajaiban Dunia Purba tetapi telahpun dimusnahkan oleh Herostratus.

Berhala Zeus di Olympia:


Berhala Zeus di Olympia diukir oleh pengukir klasik terkenal iaitu Phidias (Kurun ke-5 Sebelum Masihi) kira-kira 435 SM, di Yunani
"Di tangan kanannya, sebuah bentuk 'Kemenangan' yang dibuat daripada gading dan emas. Di tangan kirinya, cogan alamnya yang digenggam dengan keseluruhannya logam, dan seekor helang bertenggek di atasnya. Sandal dewa dibuat daripada emas, begitu jugalah dengan jubahnya." — Pausianas si orang Yunani (abad ke-2 Selepas Masihi).

Makam Maussollos:

Makam Maussollos di Halicarnassus (kini Bodrum, Turki) merupakan sebuah makam besar yang dibina untuk Satrap (Gabernur) wilayah Parsi Curia Maussollos oleh isteri dan adiknya Artemisia II dari Caria. Bangunan makam direka oleh arkitek Yunani purba Satyrus dan Pythius. Tinggi makam ini 45 meter. Di dinding luarnya terdapat ukiran dan seni pahat. Antipater dari Sidon telah memasukkannya dalam senarai Tujuh Keajaiban Dunia.
Makam ini dibina antara tahun 353 dan 350 SM dan berdiri selama 1,700 tahun. Bangunan ini akhirnya musnah akibat beberapa gempa bumi pada abad ke-14 dan ke-15.


Patung Raksasa Rhodes:

Patung Raksasa Rhodes merupakan sebuah patung besar yang melambangkan tuhan Yunani purba Helios yang terletak di Rhodes, iaitu sebuah pulau Yunani. Patung ini didirikan oleh Chares dari Lindos antara 292 dan 280 SM dan merupakan salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia zaman purba. Patung Raksasa Rhodes berdiri setinggi 30 meter dan diperbuat daripada gangsa. Namun, selepas 56 tahun dibina, patung ini musnah akibat gempa bumi pada 226 SM.


Rumah Api Iskandariah:

Rumah Api Iskandariah ataupun (Pharos Iskandariah) merupakan sebuah rumah api yang dibina pada abad ke-3 SM di pulau Pharos berhampiran dengan kota Iskandariah purba, Mesir purba. Ketinggiannya dianggar melebihi 115 meter dan merupakan antara struktur tertinggi ciptaan manusia selama beratus-ratus tahun. Antipater dari Sidon telah menyenaraikannya dalam senarai Tujuh Keajaiban Dunianya.

sumber: kaskus.us


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2010 02:02 PM | Show all posts
Telaga Zam Zam pun patut disenaraikan .
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2010 03:28 PM | Show all posts
Aku memang suke ngan topik nie....
Memang best...

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2010 03:44 PM | Show all posts
keajaiban Islam..mana?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2010 04:36 PM | Show all posts
tgk gambar2 tuh, teringat game Civilizations aku dulu.. huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2010 06:05 PM | Show all posts
most of menda2 nih kat sumeria atau lebih dikenali sekarang sebagai egypt....
kalo korang nak tau, ada ahli sains free thinker yang cakap bahawa jews, christian, dan muslim sebenarnya adalah agama yang terpengaruh dengan peradaban dan kisah sejarah tamadun sumeria nih...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2010 07:20 PM | Show all posts
pembetulan
sumeria dan mesir dua tamadun berbeza
sumeria kawasan lembah antara sungai furat dan sungai tigris, sekarang dikenali sebagai iraq, kalau mesir tu, negara mesir sekarang la

7 keajaiban dunia purba ni macam mana kita nak tahu betul2 wujud?zaman sebelum masihi kita selalu dgr kisah2 legenda yg dibesar2kan je.entah betul entah legenda semata
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2010 07:53 PM | Show all posts
keajaiban Islam..mana?
lonso Post at 22-6-2010 15:44



    banned...jews tak suka...agaknyelah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2010 08:50 PM | Show all posts
Reply 7# manap77

yes tq....sumer and egypt adalah 2 tamadun yang berlainan tetapi berkait rapat...
tamadun paling tertua sekali adalah sumeria.....
egypt plak accidently ter influence dengan sumeria....

kalau rujuk balik macam cerita banjir besar noah, adam and eve, dan beberapa lagi cerita 'the books', kenkononnya 'the book(s)' banyak terpengaruh dengan 2 tamadun ini....
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2010 12:26 PM | Show all posts
kagum aku...camner diorg bina sedangkan pd masa tu segala kelengkapan canggih xde time tu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2010 12:33 PM | Show all posts
tq TT, best tengok, cantik2 gambar tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2010 12:35 PM | Show all posts
Telaga Zam Zam pun patut disenaraikan .
cm_matjawasp Post at 22-6-2010 14:02


yup ! stuju !
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2010 01:09 AM | Show all posts
telaga zam2 ciptaan tuhan
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2010 02:15 PM | Show all posts
kaabah tak disenaraikan ke
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2010 02:22 AM | Show all posts
suka baca trid camni..gmbr pun cantik jer..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2010 12:21 PM | Show all posts
Reply 15# liyanur


    setuju...tgk gambar cantik jer.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2010 12:49 PM | Show all posts
kagum aku...camner diorg bina sedangkan pd masa tu segala kelengkapan canggih xde time tu..
cilok Post at 23-6-2010 12:26



Sebenarnya kan, kita tak tau pun sama ada betul ke masa tu benar2 takde kelengkapan canggih... bukan ke bebaru ni pakar arkeologi ada jumpa mcm2 benda yg membuktikan bahwa zaman lampau yg kita sangka takde kelengkapan canggih tu, hanya retorik semata2... diorg dah jumpa kulit kasut berusia beribu2 thn, calculator, etc... cuba selak balik kat thread2 lepas...  lagi pun, mcm tak logik plak, kemajuan manusia hanya baru dicapai bemula 100 thn yg lalu... sdgkan manusia dah hidup di bumi ini beribu2 thn...  wallahua'lam...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2010 10:00 PM | Show all posts
dekat mexico org mayan dah buat sistem perpaipan bawah bandar lama dah
rujuk sini
http://content.usatoday.com/comm ... by-archaeologists/1
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2010 07:16 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2010 04:42 PM | Show all posts
Piramid selamat sebab tertimbus... sebelum nie pon dieorang kate piramid gaza x wujud... huhu... Telaga zamzam tu memang keajaiban dunia tapi bukan bangunan atau binaan yg ajaib.. kalau kata Kaabah tu mungkin bole ar kot huhuhuhu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.151733 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list