CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 54714|Reply: 527

pelajar form 4 RMC mati kena buli dgn senior; update 1 expelled, 4 digantung!!

  [Copy link]
Post time 24-6-2010 09:38 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by amazed at 29-6-2010 00:36

Pelajar Tingkatan 4 MTD mati dipercayai akibat dibuli senior


2010/06/24


KUALA LUMPUR: Seorang pelajar tingkatan empat Maktab Tentera Diraja (MTD) Sungai Besi di sini meninggal dunia awal pagi ini dipercayai dibuli dan didera oleh pelajar senior maktab itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Supt Abdul Rahim Hamzah, ketika mengesahkan kejadian itu berkata siasatan awal mendapati wujud unsur jenayah dalam kes kematian Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16.

"Kita akan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan masih menunggu laporan bedah siasat untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, polis belum mengambil sebarang keterangan dan sedang mengesan individu yang terlibat dalam kejadian itu.

Kenyataan Kementerian Pertahanan (MINDEF) menyebut suatu kejadian yang membabitkan kematian pelajar itu berlaku antara 11.30 pagi semalam sehingga 1.20 pagi ini.

MINDEF telah menubuhkan satu lembaga siasatan untuk mengenalpasti punca insiden itu.

Mohammad Naim Mustaqim didapati tidak sedarkan diri dan dibawa ke Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) Kem Sungai Besi untuk rawatan tetapi disahkan meninggal dunia sejurus tiba di situ.

Mayatnya kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat dan laporan polis dibuat di Balai Polis Sungai Besi 2 pagi tadi.

"Keluarga Allahyarham telah dimaklumkan akan keadaan itu dan satu lembaga siasatan telah ditubuhkan sebaik kejadian itu berlaku bagi mengenalpasti punca kejadian," menurut kenyataan itu.

Beberapa pelajar yang dikenalpasti bersama-sama mangsa semasa kejadian telah dipanggil bagi membantu siasatan.

"Siasatan awal polis sedang dijalankan untuk keperluan dalaman Angkatan Tentera, bahagian penyiasatan khas dari Cawangan Provos Marsyal untuk menjalankan siasatan susulan," menurut kenyataan itu.

Allahyarham akan dikebumikan di Baling, Kedah, hari ini. - BERNAMA




ganazzz betul dak2 RMC nih... member aku ada sorang ex RMC...tapi tak ler ganazz cam tu... cuma strict ajer!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2010 09:41 PM | Show all posts
tembak je pembuli ni sampai mati....geram betul asyik nak membunuh je orang  zaman sekarang ni....
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 09:45 PM | Show all posts
asrama mane2 pun ade buli senior vs junior!
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 09:45 PM | Show all posts
Pelajar Tingkatan 4 MTD mati dipercayai akibat dibuli senior


2010/06/24


KUALA LUMPUR: Seor ...
amazed Post at 24-6-2010 21:38


Dulu aku sembang dengan sorang boss aku ni. Dia ex student RMC. Dia kata sistem ketenteraan kat malaysia ni bodoh. Kita 'rosakkan' manusia dengan harapan supaya depa durable kat medan perang.

Depa belasah orang dengan harapan agar orang tu jadi kuat dan gagah perkasa kononnya. Tapi end up kita hilang aset.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 09:45 PM | Show all posts
apa la nak jadi, celaka punya senior,
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 09:47 PM | Show all posts
Dulu aku sembang dengan sorang boss aku ni. Dia ex student RMC. Dia kata sistem ketenteraan kat  ...
juwaini Post at 24-6-2010 21:45



   yang budak2 join palapes pun sama je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-6-2010 09:47 PM | Show all posts
yang budak2 join palapes pun sama je.
cik.panda Post at 24-6-2010 21:47


Dalam PALAPES ko tak sentuh budak la noks...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 09:49 PM | Show all posts
Dulu aku sembang dengan sorang boss aku ni. Dia ex student RMC. Dia kata sistem ketenteraan kat  ...
juwaini Post at 24-6-2010 21:45


patutla askar2 banyak yang ada masalah mental....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2010 09:49 PM | Show all posts
Dalam PALAPES ko tak sentuh budak la noks...
juwaini Post at 24-6-2010 21:47



   member ai cakap ada? dia tipu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 09:49 PM | Show all posts
buli itu adalah rutin biasa utk ketahanan mental & fizikal bakal askar.   
Hujah: nanti klu betul2 kena tangkap dgn musuh pun kena seksa sampai mati.  so perlu selalu kena seksa supaya tahan lasak.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 09:49 PM | Show all posts
patutla askar2 banyak yang ada masalah mental....
noor2 Post at 24-6-2010 21:49

Askar wataniah ke askar?
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 09:49 PM | Show all posts
Reply 7# juwaini

k.nor dulu masuk kesatria......
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 09:50 PM | Show all posts
member ai cakap ada? dia tipu ke?
cik.panda Post at 24-6-2010 21:49



Aku join PALAPES laut dulu takde pong...

Setakat kena suruh pumping ke, lari pusing padang 100 kali ke, biasa la tu. Tapi pukul tu, a big NO...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 09:50 PM | Show all posts
Askar wataniah ke askar?
juwaini Post at 24-6-2010 21:49



semua kategori la....
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 09:51 PM | Show all posts
Aku join PALAPES laut dulu takde pong...

Setakat kena suruh pumping ke, lari pusing p ...
juwaini Post at 24-6-2010 21:50



   itu palapes tahun bila
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 09:52 PM | Show all posts
itu palapes tahun bila
cik.panda Post at 24-6-2010 21:51

Ko umur 24 kan?

Aku masuk PALAPES laut tawon 2003.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2010 09:53 PM | Show all posts
semua kategori la....
noor2 Post at 24-6-2010 21:50


Ngamuk kerosfayer nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 09:53 PM | Show all posts
Ko umur 24 kan?

Aku masuk PALAPES laut tawon 2003.
juwaini Post at 24-6-2010 21:52



   percaya sangat auta amazed tuh
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 09:54 PM | Show all posts
Ngamuk kerosfayer nanti...
juwaini Post at 24-6-2010 21:53


ishhhh

ha......mengamuk tu salah satu masalah mental gak...........
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 09:54 PM | Show all posts
percaya sangat auta amazed tuh
cik.panda Post at 24-6-2010 21:53



Ko musti mude setawon dari aku mateee!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 02:28 PM GMT+8 , Processed in 0.056804 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list