CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9233|Reply: 10

Pengalaman di INDIA oh INDIA ; cerita di sebalik gambar-gambar.

[Copy link]
Post time 1-8-2010 09:55 PM | Show all posts |Read mode

salam semua,


beberapa minggu lepas, ada seorang wartawan bernama

kak Naimah dari majalah FOKUS SPM ada email aku.



dia minta aku tulis pasal kolej aku untuk ruangan

DARI KAMPUS KE KAMPUS.


aku pun setuju je lah..


iyelah kiranya ini adalah sekelumit pertolongan

buat adik-adik yang nak mengetahui latar belakang dan

kehidupan pelajar di luar negara..


kak Naimah emelkan aku beberapa soalan.

err banyak jugalah.. so aku kena jawab semua soalan beliau.


dan beliau juga suruh aku hantar gambar-gambar aku

di kolej, india, tempat-tempat menarik.


nah, so aku nak jamu korang dengan gambar-gambar

aku di sini yang aku pilih secara rawak.huhu.


kalau banyak..diam2.layankan je.





first and foremost.gambar aku lah..

wahahahaha.. saja aku nak capup.

ok time ni aku buat root canal treatment.

penat buat treatment ni.. aku buat 2 appoinment.

dah lah setiap prosedur kene amik radiograph.

penat aku ulang alik kat tingkat bawah.

dah la department endodontics ni kat tingkat 2.

RCT ni preserve gigi.

so mane-mane gigi yang dah involve pulp,dah sakit

(pulp bahagian paling dalam sekali kat gigi)

pulp tak boleh diselamatkan.. buang pulp dan

gantikan dengan gutta percha (macam stick)

so sekarang gigi tu dah boleh digunakan.





ini gambar kolej aku yang tercinta.

daa... buruk ke? err.. takpelah

janji aku boleh menimba ilmu... =D








ok yang atas tu gambar hospital untuk student-student

medic.. maksudnya practical kat sini lah.. masa aku 3rd year,

aku practical general medicine dengan general surgery di sini lah..

ceracak-ceracak kat atas hospital atas tu abaikan.

nak tahu kenapa? klik sini.



ok yang bawah tu pula medical college aku...

dah ubah kaler oren dah..tak macam dulu.

huhu. nak tengok gambar dulu?











ini pula gambar hostel aku.. macam banglo tak?

hoho.ade 2 tingkat ni. satu blok ade 12 bilik, 1 pantri dan 1 ruang tv.


mahal woo satu bilik ni.

hm satu bilik ni berharga RM 700.

kenit je pun bilik ni.. memang cekik darah.tapi nak buat cam mane.

nak habis dah pun.. lagipun tak bape selamat nak duduk luar sana.

duk dalam sini senang. ada pak guard,mak guard, warden.

papehal senang..jerit je panggil ada orang tolong.hehe.







ni masa sports day. yang atas tu..


errr jangan gelak.. aku main bola pakai labcoat. takpe.comel kan.huhu.

terpaksalah weh.. hmm aku nak main netball takde.

aku nak main volleyball pon takde. yang ade hanyalah

THROW BALL untuk perempuan.dang!

aku pon layankan je lah.. india oh india..

main baling tangkap bola.banyak pula syarat-syaratnya,

siap ada skill cara nak baling.

mungkin nanti aku boleh anak cucu cicit keturunan aku belajar

main throw ball ni.



yang bawah masa sports day.aku hanya menyokong dari jauh.

sebab aku bukan atlit.nak suruh lari. aku boleh dapat 1st.

nanti orang jeles pula kan.tapi dari belakang lah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-8-2010 09:56 PM | Show all posts


yang ini? hmm di dalam lecture hall lah kunun.

tak layak pun panggil lecture hall.hehe.tak besar mana.

tapi tengok2.semua tetap tersenyum happy.

yang tidur tu? baru lepas makan ubat tidur.

malu nak masuk gambar lah tu.








hohohoho.aku si merah yang suka visible.

aku suka merah.ini masa 1st year..


arwah fatimatussolihah di situ. *big smile*

rindu tim.














ini dental work aku masa 2nd year.

yang atas tu, kene buat artificial teeth arrangement


dan di bawah.kena carving gigi.

amacam habat tak aku.aku dah kata.dentist ni kene

ada seni art. kau nak souvenir ni? nanti aku

buatkan..







ini masa inauguration college day. 1st year ni.

aku di mana? jangan di cari.aku tak ada,

aku punye badan besi. keras kalau menari..


robot pun kalah.jadi aku saja menyembunyikan bakat yang ada.

tarian yang hebat.terpukau orang india.hehe.







hah yang ini aku ada.ni masa 2nd year.


kalau setakat tepuk sana sini.bongkok sikit.

tegak balik.. senget sana senget sini.yang ni aku boleh.

dikir barat tetap berkumandang walaupun di tengah tamilnadu.







ini pula masa posting pedodontics. kene duduk diam2

si sini kalau tak ada pesakit.

ouh yang di belakang tu hero-hero bollywood.

korang pilih lah nanti aku usahakan bawa balik malaysia.

no big deal..korang punya pasal kan.

tongkang pun aku boleh sewakan..









madu 5!


ouh bukan. nak mati kene hambat dengan mak aku?

yang lelaki tu buah hati kami. err takpe sugar daddy jangan jeles.

aku pasang lebih satu je..


MR.PRINCIPAL yang banyak berjasa sejak dari 1st year sampai sekarang.

masa ni pergi CLASS TRIP ke KODAIKANAL.

memang sejuk nak mati dan cantik..

hill station yang sesuai dijadikan tempat lawatan.

tapi tak boleh lawan cameron.

err aku pun tak ingat cameron rupe macam mane.








bersama-sama pelakon hindustan.

hee.

tak kawan satu batch dengan kau yang ikut pi kodaikanal.









perkahwinan cikgu aku (yang perempuan tu)

1st time datang tengok orang india kahwin.huhu.

kami pun nak melaram dah macam bollywood.kilat sana sini.

aku masih dengan merah..wahahaha.


ni datang waktu reception.

memang agak pelik lah. semua orang datang lepas tu amik gambar dengan pengantin.. pengantin tak berganjak langsung dari atas pentas ni.. jurukamera siap sedia je.. bertukar-tukar kumpulan mahupun keluarga. lepas habis bergambar terus pergi makan. dan balik. macam tu je ke?







di Malaysia sibuk 1 malaysia, kami pun tak terkecuali.

siap masuk paper THE STAR lagi.

capup lagi aku ni.haha..


haa nak tengok gambar aku masuk paper?













ini masa sambutan hari keputeraan Yang DiPertuan Agong

di Chennai bersama Consulate General.

hm masa 2nd year ni..

kalau tak silap di Hotel Concord,Chennai.







pertama kali menyambut kedatangan junior-junior tersayang.

so excited lebih sikit. ini masa Majlis Berbuka Puasa bersama

junior sekaligus sambut kedatangan diorang.

di Hotel Chenney's Gateway.


gambar berbuka puasa.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2010 09:57 PM | Show all posts





Sambutan Raya. First time sambut raya di perantauan.

dahlah agak baru sampai india.

semua pun bangkak-bengkak mata di pagi raya..

ini makan-makan di Hotel Metro manor, Chennai.

sarapan pagi selepas solat raya.sendiri-sendiri je pun.huhu.

pastu malamnya kami buat makan-makan lagi di

RESTORAN PELITA NASI KANDAR, CHENNAI.


semua excited jumpa satay..muahahaha.jakun.


esoknya kami dijemput ke majlis rumah terbuka

di rumah Consulate General Chennai, Encik Rosli.


rasa terharu dan gembira melihat ramai orang Malaysia.

terubat sedikit kerinduan.










raya sendirian di SALEM.

hehe.masak-masak dan buat hiasan sendiri.

seronok juga tapi penat sangat!




gambar raya tahun lepas lagi

















aku memang kaki jalan..yela jalan guna kaki.

awal 3rd year. korbankan masa cuti balik malaysia pergi north of india.


yeah akhirnya tercapai juga impian nak jejakkkan kaki ke TAJ MAHAL, AGRA


subhanallah.memang cantik.jejak je kaki kat sana.

aku memang ada sedikit err banyak sebenarnya perasaan kagum


indah sungguh taj mahal.sejuk je.

sebab fully made of  marble..


harga nak masuk TAJ MAHAL : RM 70.

yess untuk foreigner.

untuk local? RM 2.

perbezaan yang sangat ketara.

next time kena menyamar jadi artis bollywood.







GATE OF INDIA, DELHI.

di tembok-tembok india gate ni,

dicetakkan nama-nama para pejuang yang telah

mati waktu perjunangan mereka.








Encik Rosman dan keluarga.

menjemput datang rumah beliau waktu kami datang melawat DELHI.

memang best lah yang aunty ni masak.

err  terubat rasa nak makan makanan malaysia.huhu

paling best ada kuih buah melaka.hehe.







ini pulak di PINK PALACE di JAIPUR.

hmm Jaipur terletak di Rajasthan.

terdapat banyak palace dan bangunan yang menarik-menarik di sini.







yang ini dekat FATEHPUR-SIKRI








yang ini dekat KULLU MANALI,

HIMACHAL PRADESH...


memang jauh gila nak pergi..

sejuk nya masyaALLAH.cukuplah sekali aku jejak.

huhu memanglah best.tapi tak tahan sangat sejuk..


ada sekali tu malam.aku bijak sangat keluar pergi jalan-jalan

pakai sandal je.. orang semua pakai kasut.memang bijak.

rasa sakit gila.huhu.bajet hebatlah tahan sejuk.








di MANALI
juga.. bukan Shimla ni..silap.selepas bermain salji.

kami pergi main air pula.

haha sejuk nak mati air..

water rafting.huhu suka!







yang comel loteh ni semua masa

di SHIMLA..

huhu itu pakaian tradisional orang Shimla.

aku yang mana.cepat teka..haha..





nak baca pengalaman di india yang aku pernah tulis?

tapi tak habis aku publish kat sini.huhu



klik bawah ini.


Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 08:12 PM | Show all posts
wow...seem this gul having fun studying in India...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2010 02:38 PM | Show all posts
seronok tgk gambar & baca..1st time baca pengalaman student kt sana...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2010 09:33 PM | Show all posts
seronok tgk gambar & baca..1st time baca pengalaman student kt sana...
liyanur Post at 4-8-2010 14:38


Setuju...

Satu hari nanti, saya nak pergi melancong ke India...nak tengok Taj Mahal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2010 01:05 AM | Show all posts
sesekali ku rasa teringin
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2010 06:20 AM | Show all posts
santex juga gambo2 nyer tuh...............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2010 11:28 PM | Show all posts
seronoknyer tgk gambar student kita belajar kat negara org
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2010 08:07 PM | Show all posts
Reply 1# abgsedapmalam

abgsedapmalam=female???

knp nick-abgsedapmalam???
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2010 04:10 PM | Show all posts
nice pic
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.372602 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list