CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 441|Reply: 0

[Kedah] Kerja pulih sungai di Yan dijangka siap November

[Copy link]
Post time 22-10-2021 08:13 PM | Show all posts |Read mode
Kerja pulih sungai di Yan dijangka siap November[size=0.8]Oleh Noorazura Abdul Rahman - Oktober 22, 2021 @ 3:33pm[email protected]


Kerja pemulihan sungai jangka pendek akibat fenomena kepala air pada 18 Ogos lalu di Yan dan Kuala Muda akan siap pada awal November ini. - Foto NSTP



ALOR SETAR: Kerja pemulihan sungai jangka pendek akibat fenomena kepala air pada 18 Ogos lalu, di Yan dan Kuala Muda akan siap pada awal November ini.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kedah, Ir Md Khuzai Hussain, berkata kerja terbabit sudah bermula pada pertengahan September lalu dan sudah mencapai 65 peratus kemajuan pelaksanaannya.

Katanya, terdapat 11 kerja pemulihan jangka pendek bagi aktiviti pembersihan dan program pemuliharaan sungai sedang dilaksanakan di daerah Yan.

"Sungai terbabit ialah Sungai Batu Hampar, Sungai Bakong , Sungai Raga, Sungai Ruat Air, Sungai Titi Hayun, Sungai Dara Mandi, Sungai Yan Besar, Sungai Singkir, Sungai Teroi, Sungai Setar dan Sungai Seri Perigi

"Kerja berkenaan berjalan serentak dengan penggunaan jentera dengan purata satu kerja satu jentera di tapak," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam kejadian 18 Ogos lalu, fenomena kepala air berlaku di kawasan kaki Gunung Jerai membabitkan Titi Hayun dan Batu Hampar menyebabkan enam mangsa meninggal dunia akibat dibawa arus deras.

Kejadian itu menyebabkan beberapa kampung membabitkan kira-kira 800 rumah di kawasan berhampiran ditenggelami banjir lumpur termasuk di kawasan Merbok di Kuala Muda.

Md Khuzai, berkata antara kerja yang dijalankan adalah pengorekan semula sungai yang tertimbus akibat mendapan dan penstabilan tebing sungai bagi tempat-tempat yang terhakis teruk.

Selain itu, katanya kerja mengalihkan, membersih dan membuang halangan pokok, reba serta ranting dan dahan yang tersekat di struktur lintasan dan jambatan bagi melancarkan aliran air sungai juga dilakukan.

"Kita juga sedang membaik pulih kawasan rekreasi dengan menyusun semula bongkah batu dan
membuat semula saluran untuk aliran air berjalan lancar.

"Pada masa sama usaha membaik pulih pintu air yang rosak supaya dapat beroperasi dengan baik turut dilakukan," katanya.

Md Khuzai berkata, dengan pelaksanaan sepenuhnya kerja terbabit, ini dijangka dapat mengurangkan impak kejadian banjir kilat dan menyelesaikan kawasan runtuhan yang serius.

"Walaupun tidak dapat menyelesaikan masalah banjir sepenuhnya, kelangsungan kepada pelaksanaan
segera kerja pemulihan ini diperlukan bagi memastikan keselamatan nyawa orang awam dan mengurangkan kerosakan harta benda.

"Penyelesaian bagi keseluruhan kesan bencana ini adalah di bawah Pelan Pemulihan Jangka Panjang yang dalam proses kelulusan pelaksanaan di peringkat Kementerian,"katanya.

Pada Rabu lalu, media melaporkan dalam kejadian kira-kira 6.30 petang sebanyak 160 rumah di daerah Yan terjejas akibat banjir kilat selepas air deras yang turun dari Gunung Jerai.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.226687 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list