CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1285|Reply: 1

[Pulau Pinang] Kelebihan bertutur bahasa Mandarin bantu sukarelawan di PPV

[Copy link]
Post time 29-10-2021 09:13 PM | Show all posts |Read mode
Kelebihan bertutur bahasa Mandarin bantu sukarelawan di PPV [size=0.8][size=0.9]Nur Izzati Mohamad
[email protected]


LUQMAN Danish (kanan) membantu orang ramai yang berurusan di PPV Dewan Milenium, Kepala Batas. FOTO DANIAL SAAD



Kepala Batas: Mempunyai kemahiran bertutur dalam bahasa Mandarin memberi kelebihan kepada seorang pemuda untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Luqman Danish Mohd Nazri, 22, menjadi Sukarelawan Sokongan Vaksin Malaysia (MyVac) di PPV Dewan Millenium, di sini, sejak Ogos lalu.

Anak bongsu daripada empat beradik itu yang belajar di Politeknik Merlimau, Melaka mengambil inisiatif menjadi sukarelawan memandangkan sedang bercuti semester dan mahu memanfaatkan masa dengan aktiviti berfaedah.

"Pada mulanya, sepupu mengajak saya mengganti rakan sukarelawan yang lain, namun lama-kelamaan saya berminat pula dengan kerja ini lalu mendaftarkan diri.

"Bermula dengan tugas pengiring individu ingin menerima suntikan vaksin sehinggalah saya diberikan tugas menerangkan maklumat kepada penerima vaksin bagi melancarkan proses di PPV.

"Ketika penerangan diberikan ramai individu khususnya dari masyarakat Tionghua tidak memahami apa yang diterangkan, lalu saya bertutur dalam bahasa Mandarin untuk memudahkan urusan mereka," katanya yang menetap di Bandar Putra Bertam, di sini.

Menurutnya, dia gembira apabila kelebihan itu dapat membantu orang lain sehingga masyarakat Tionghua yang datang mendapatkan suntikan mengenalinya.

Katanya, mereka bukannya tidak tahu berbahasa Melayu atau Inggeris, tetapi ada sesetengah perkataan dalam bahasa Melayu atau Inggeris sukar untuk difahami hingga berlaku salah faham atau kekeliruan.

"Oleh itu, saya cuba untuk membantu memudahkan mereka, sekali gus memastikan proses vaksinasi di PPV ini sentiasa berjalan dalam keadaan lancar.

"Pertuturan dalam bahasa Mandarin dapat membantu saya mengingati bahasa itu yang saya pelajari ketika bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Telok Air Tawar dan Kepala Batas dan menguasai bahasa itu ketika berusia 11 tahun.

"Namun, apabila masuk ke peringkat menengah saya tidak meneruskan persekolahan dalam aliran sekolah Cina menyebabkan saya sudah lama tinggalkan bahasa ini," katanya.

Luqman Danish berkata, pada mulanya dia tertekan ketika belajar di SJKC dan sering mempersoalkan tindakan bapanya, namun kini dia mengetahui kelebihannya itu memberi manfaat untuk kerjaya kelak.

Menurutnya, dia belajar bidang perhotelan dan tidak dinafikan selain bahasa Melayu dan Inggeris, penggunaan bahasa Mandarin amat meluas dalam kerjaya itu dan sangat bersyukur dapat menguasainya.

Disiarkan pada: Oktober 29, 2021 @ 1:42pm






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-10-2021 09:16 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.058023 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list