CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 615|Reply: 1

[Pulau Pinang] Op Mabuk: 1,072 diperiksa, enam ditahan

[Copy link]
Post time 4-11-2021 12:30 PM | Show all posts |Read mode
Op Mabuk: 1,072 diperiksa, enam ditahan
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 04 November 2021


Mohd Shuhaily menyertai Op Mabuk sempena perayaan Deepavali di Pulau Pinang pada malam Rabu. - Foto Facebook PDRM


GEORGETOWN- Seramai 1,072 individu diperiksa dan enam daripadanya ditahan dalam Op Mabuk yang dijalankan di seluruh negeri ini pada malam Rabu.


Selain itu, dalam operasi sama, 945 kenderaan diperiksa dan 240 kompaun telah dikeluarkan.


Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, polis menjalankan sekatan jalan raya (SJR) di tujuh lokasi di lima daerah di negeri ini iaitu Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara.


Menurutnya, operasi yang bermula jam 11 malam sehingga 4 pagi itu dijalankan sempena sambutan perayaan Deepavali pada Khamis.


"Kita telah membuat enam tangkapan mengikut Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.


"Selain itu, sebanyak 240 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya yang dilakukan oleh pengguna jalan raya di seluruh negeri ini," katanya menerusi satu kenyataan di Facebook PDRM Pulau Pinang pada Khamis.


Operasi berkenaan turut disertai Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Fisol Salleh, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong dan beberapa pegawai kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.


Katanya lagi, statistik jumlah tangkapan menerusi Op Mabuk meningkat selepas kerajaan membenarkan merentas negeri.


"Dari 11 Oktober hingga 2 November, seramai 47 orang telah ditangkap berbanding 20 September hingga 10 Oktober iaitu sebelum rentas negeri dibenarkan, hanya 18 orang ditahan," katanya.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... eriksa-enam-ditahan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2021 01:38 PM | Show all posts
ops mabuk...tp saman keluar atas sbb no plet x ikut spek..x gitu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.048812 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list