Sebuah klip video memaparkan aksi seorang lelaki yang menangis teresak-esak kerana ditinggalkan kekasih menjadi tular di media sosial dengan ramai netizen meluahkan rasa simpati malah, ada yang kagum atas ketulusan hati lelaki tersebut, lapor laman berita Suara.com hari ini.
Menerusi klip video yang dikongsikan, lelaki tersebut pada awalnya kelihatan sedang bercakap dengan kekasihnya menggunakan telefon bimbit di atas sebuah kapal.
Gambar hiasan
Bagaimanapun, ekspresi wajahnya secara tiba-tiba berubah apabila kekasihnya meminta untuk memutuskan hubungan mereka sehingga menyebabkannya menangis dan meraung.
Dia turut berguling di atas lantai dan merayu agar teman wanitanya tidak mengakhiri hubungan mereka.
“Saya tidak mahu putus, saya tidak mahu putus,” kata lelaki tersebut sambil menangis.
Lelaki tersebut menangis dan meraung sambil merayu kepada kekasihnya agar tidak memutuskan hubungan mereka. – Instagram
Video itu menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai nasihat kepadanya.
Sumber: Kosmo |