View: 1074|Reply: 8
|
Tukang Kebun Dicari, Gaji Tahunan RM109 Ribu
[Copy link]
|
|
Suka melihat kemegahan dan keindahan Istana Windsor?
Keluarga diraja British kini sedang mencari tukang kebun yang berkebolehan bagi menjaga taman Istana Windsor, hal ini dimaklumkan menerusi laman sesawang rasmi Royal UK.
Foto: Theroyalfamily
Menerusi iklan jawatan kosong yang dikeluarkan, keluarga diraja Britain ini menawarkan gaji tahunan sebanyak £19,500 atau lebih kurang RM109,224 bagi yang berjaya menjawat jawatan sebagai tukang kebun di istana tersebut.
Gaji yang ditawarkan juga bergantung pada pengalaman yang dimiliki individu juga, selain gaji yang tinggi pihak istana juga akan membayar 15 peratus untuk wang persaraan dan manfaat lain.
Via Murai
Tawaran gaji yang lumayan setanding dengan tugas yang perlu dilaksanakan, pasukan tukang kebun diraja mencari individu yang kaya dengan ilmu hortikultur dan berpengalaman mengendali pelbagai jenis mesin kebun.
Foto: Shutterstock
Mereka yang berjaya terpilih menjadi tukang kebun di Istana Windsor, akan bertanggungjawab menjaga dan mengekalkan keindahan taman. -CARI
Sumber: Murai.my |
|
|
|
|
|
|
|
Dekat sana tukang kebun pun ada siaran tv nyah oiiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Sekali Tu Kene Tanam Mayat
|
|
|
|
|
|
|
rendahnya rate dia. jijik. walhal keje dlm yistana tu. gardener kat mine site australia pun dah ~rm210,000, keje 10 jam sehari, 7 hari keje 7 hari cuti. better lg jd gardener kat australia je, tak perlu nak hadap protokol yistana yang tah apa2 |
|
|
|
|
|
|
|
*double posted* |
|
|
|
|
|
|
|
Menerusi iklan jawatan kosong yang dikeluarkan, keluarga diraja Britain ini menawarkan gaji tahunan sebanyak £19,500 atau lebih kurang RM109,224 bagi yang berjaya menjawat jawatan sebagai tukang kebun di istana tersebut.
gaji ciput kedekut nak mam.
cuma £1,6250 sebulan untuk jaga ISTANA. |
|
|
|
|
|
|
|
betterlah drpd tukang kebon yistana negara gred U11 gaji 1200 |
|
|
|
|
|
|
|
Beban keje mesti besar ni...maklumlah jaga kebun istana |
|
|
|
|
|
|
| |
|