CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6493|Reply: 94

Resah 12 IPTA Tolak Permohonan Walaupun Dapat Lima Kredit SPM

[Copy link]
Post time 17-12-2021 10:38 AM | Show all posts |Read mode
Georgetown: Seorang pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 masih menaruh harapan melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) meskipun 12 permohonannya untuk mengikuti program pengajian gagal selain rayuannya turut ditolak.


Biarpun pasrah, namun Nur Syakirah Noorazli, 18, tetap setia menunggu dan mengharapkan berlakunya keajaiban untuk membolehkannya melangkah kaki ke menara gading suatu hari nanti.


Akui anak bongsu daripada empat beradik itu, dia bertekad menggenggam segulung ijazah demi mengejar cita-citanya sebagai seorang guru pendidikan awal kanak-kanak.


Foto: Utusan Online




“Saya mahu mengikut jejak ibu, Roslimi Azali, 49, sebagai guru tadika dan inilah impian saya sejak kecil.


“Saya berasa sedih kerana tiada satu pun daripada 12 program pengajian yang dipohon berjaya atau diterima termasuk rayuan yang dibuat juga gagal.


“Seronok tengok rakan karib dapat melanjutkan pengajian di IPTA, politeknik dan kolej matrikulasi baru-baru ini. Saya percaya, giliran saya pula akan tiba nanti,” katanya yang memperoleh lima kredit dalam keputusan SPM lalu.


Antara program pengajian yang dimohon Nur Syakirah melalui UPUOnline seperti Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak; Diploma Kewangan dan Perbankan Islam; Diploma Kejururawatan, Diploma Undang-undang dan Diploma Pentadbiran Islam.


Dalam pada itu, Nur Syakirah memberitahu, dia kini hanya menghabiskan masa di rumah bersama keluarga dan sentiasa menyemak permohonan rayuan kemasukan di Universiti Awam (UA) serta politeknik.


“Setiap masa saya membelek maklumat-maklumat berkaitan kemasukan di universiti menerusi telefon bimbit.


“Saya sangat berharap kerajaan memberi peluang dan ruang kepada kami, pelajar lepasan SPM yang belajar dalam suasana pandemik Covid-19. Bantulah kami dan terimalah rayuan kemasukan ke universiti,” tambahnya.


Sementara itu, nasib berbeza dilalui seorang lagi lepasan SPM, Muhammad Aiman Ashraff, 19, yang memilih tidak meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi disebabkan masalah kewangan serta perlu menjaga bapanya yang uzur.


Disebabkan itu tambah Muhammad Aiman, dia memilih untuk terus bekerja demi mendapatkan sesuap nasi bagi menampung kehidupan keluarganya meskipun memperoleh keputusan cemerlang enam A daripada 10 mata pelajaran SPM yang didudukinya.


“Kalau nak sambung belajar sepenuh masa agak susah buat masa ini sebab saya juga kena jaga ayah di rumah.


“Mungkin jika ada rezeki, saya boleh bekerja sambil belajar selepas ini,” katanya.


Tambah Muhammad Aiman yang bekas pelajar di sebuah sekolah menengah di Bukit Mertajam di sini, dia juga terpaksa menolak untuk melanjutkan pengajian ke Tingkatan Enam atas alasan yang sama.


“Saya yakin peluang untuk saya berjaya masih ada,” katanya yang berhasrat untuk mengikuti kursus kemahiran teknikal jika diberi peluang untuk melanjutkan pengajian selepas ini. -CARI


Sumber: Utusan Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2021 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak pa sabar lah dik. Kehidupan setiap orang tak sama. Ada yang senang nak sambung pelajaran ada yang terpaksa lupakan hasrat disebabkan masalah lainm Jangan putus asa dan cuba laluan lain macam ambik STPM atau belajar di IPTS.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2021 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Dik, nk jd cikgu sek rendah pub org mntk degree...nk 8a...sdkab yg 8a ni pun bersaing sakan sesama diaorg....
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2021 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Negara Kafir Europe elok je belajar free.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2021 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Good course... Last time susah sungguh cari nanny yang ada qualification... Depa prefer kerja dengan nursery dan bukan 24hours nanny .... I cari 24 hours nanny sebab kena tinggal kan anak dengan parent... Last resort i pergi bargain dengan depa i bayar 1300 usd. Yang ada degree another tiada degree hanya certified 900 usd.  Lepas i ambil balik anak depa akan job hunt sama seperti sekarang.. Orang akan bayar berapa saja as long depa ada qualification early childhood dan care...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2021 11:01 AM | Show all posts
Masuk je lah form 6 klu dah tak ade tawaran lain. Form 6 senang sekrang ni, 3 semester jah, dah tu exam setiap selester diambil kira utk keputusan akhirr, senangkan hidop budak2 zmn skrg semuanya mudah belaka.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2021 11:08 AM | Show all posts
selalu yang mintak course popular yang kena rejek..

ini hat course bukan pilihan ramai pun kena rejek jugak?

bertabahlah dik...kalau dapat F6, ambil ja..kurang2 sijil stpm tu valid nak buat cari kerja..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2021 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin lagi ramai yang merayu tu mempunyai keputusan lebih baik dari adik.

Kena berpijak dibumi nyata dan terus melangkah ke depan.kenapa nak menda yang tak pasti jika ada peluang lain yang terhidang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2021 11:26 AM | Show all posts
Maybe I dah lama SPM ni, but correct me if I am wrong, tapi masa time I credits makna nya C kan?  So memang susah sikit lah nak masuk public uni.  Cuba la OUM pun ada early childhood degree then minta scholarship ke PTPTN ke.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2021 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Orenn1 replied at 17-12-2021 11:01 AM
Masuk je lah form 6 klu dah tak ade tawaran lain. Form 6 senang sekrang ni, 3 semester jah, dah tu e ...

Lagi senang sistem permarkahan..maka lagi banyak saingan.

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2021 11:28 AM | Show all posts
ambik diploma dulu dik, pastu sambung ijazah
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2021 11:33 AM | Show all posts
mikasa replied at 17-12-2021 11:26 AM
Lagi senang sistem permarkahan..maka lagi banyak saingan.

Ye betul jugak tp at least study dulu bg dpt result terbaik, lps tu baru tgk pd isu lain.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2021 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 17-12-2021 11:28 AM
ambik diploma dulu dik, pastu sambung ijazah

Mmg dia apply diploma pun...dlm artikel dah ckp
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2021 11:34 AM | Show all posts
Orenn1 replied at 17-12-2021 11:01 AM
Masuk je lah form 6 klu dah tak ade tawaran lain. Form 6 senang sekrang ni, 3 semester jah, dah tu e ...

kan.. itu pun a good option.

Habis STPM terus jump to degree.. dah cut time dari nak amik diploma.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2021 11:39 AM | Show all posts
brown_pupil replied at 17-12-2021 11:34 AM
kan.. itu pun a good option.

Habis STPM terus jump to degree.. dah cut time dari nak amik diploma ...

Itulah jalan mudah sgtt dah ada depan mata.Dorg tak rasa stpm zmn dulu
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2021 11:39 AM | Show all posts
tobobon replied at 17-12-2021 11:33 AM
Mmg dia apply diploma pun...dlm artikel dah ckp

owh yeke..

kalau IPTA takleh, IPTS dik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2021 11:40 AM | Show all posts
brown_pupil replied at 17-12-2021 11:34 AM
kan.. itu pun a good option.

Habis STPM terus jump to degree.. dah cut time dari nak amik diploma ...

diploma lebih specific dr segi bidang pengajian...STPM masih general...sebenarnya ambik STPM ni buang masa...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2021 11:43 AM | Show all posts
ifanonline replied at 17-12-2021 11:40 AM
diploma lebih specific dr segi bidang pengajian...STPM masih general...sebenarnya ambik STPM ni bu ...

not if u dont have any option in hand. STPM ni kiranya option yg lagi murah, dan lagi cepat!
Kalau budak ni dari family berduit, takdenyer dia nak dok merayu2 nak masuk Uni awam.. dia enroll private uni yg terus degree tu jer.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2021 11:46 AM | Show all posts
brown_pupil replied at 17-12-2021 11:43 AM
not if u dont have any option in hand. STPM ni kiranya option yg lagi murah, dan lagi cepat!
Kala ...

agreed...STPM kpd mereka2 yg samar2 tentang bidang pengajian dan kerjaya...if you've already decided, dont waste time on STPM...degree is just a ticket for you to find a job...sebab tu ahli politik malaysia buduh2 belaka...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2021 11:55 AM | Show all posts
ini berita zaman bila ni. bukan nak hina tapi zaman sekarang ni kredit SPM tu atas sikit je dari kredit forum dek.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.094352 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list