Kecoh di media sosial semalam apabila sebuah ambulans dihentikan bagi memberi laluan kepada konvoi VIP di Hulu Langat pada Ahad.
Kredit foto: Media sosial
Enggan rakyat terus membuat spekulasi yang memburukkan lagi nama pemimpin di saat ini, polis tampil menjelaskan kejadian sebenarnya.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Azman Shariat, konvoi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diberi keutamaan bagi mengelak kemalangan jalan raya.
Jelasnya, anggota diarahkan untuk sentiasa memberi keutamaan laluan kepada kenderaan kecemasan, namun ketika kejadian jarak pendahulu konvoi berkenaan yang berada di laluan utama telah menghampiri persimpangan itu.
"Anggota trafik mengambil tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Sekiranya anggota trafik di persimpangan memberi keutamaan jalan kepada pacuan 4×4 dan ambulans milik Persatuan Bulan Sabit Merah yang hendak keluar dari simpang ke jalan utama, ia akan mewujudkan risiko kemalangan serta membahayakan pengguna jalan raya,” katanya dalam kenyataan dipetik dari FMT.
Kredit foto: FB PDRM
Anda boleh terima dengan penjelasan ini? - CARI |