View: 2763|Reply: 36
|
Tanah Runtuh Di Kawasan Asrama Lelaki Di UIAM
[Copy link]
|
|
Kejadian tanah runtuh di kawasan asrama lelaki Mahallah Zubair, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak di sini merupakan yang pertama berlaku sejak penubuhannya pada tahun 1983 susulan hujan lebat pada 6 petang Ahad.
Pegawai Perhubungan Awam UIAM, Roslan Rusly berkata, pihaknya mengambil tindakan proaktif sejurus menyedari kejadian yang berlaku di Blok C Mahallah Zubair itu dengan menempatkan seramai 128 pelajar di kediaman lain atas faktor keselamatan.
Kredit foto: Bernama
Beliau berkata, ketika kejadian, pihaknya turun ke lokasi dan memindahkan kesemua penuntut ke blok yang kosong kerana struktur bangunan terjejas dikhuatiri tidak selamat.
"Semalam pihak bomba datang dan membuat penilaian awal struktur bangunan. Selain bomba, Majlis Perbandaran Selayang, Jabatan Kerja Raya dan Unit Pembangunan UIAM turut memantau perkembangan semasa bangunan itu," katanya kepada Bernama pada Isnin.
Mahasiswa jurusan seni bina landskap, Faris Syahmi A Rahman, 20, berkata, beliau tidak menyangka akan berlaku insiden tanah runtuh di blok berhampiran.
Kredit foto: Bernama
Mahasiswa jurusan kejuruteraan komputer Azrin Saedi, 28, pula berkata, semasa kejadian, beliau tidak mendengar sebarang bunyi tanah runtuh berhampiran blok asramanya.
"Semalam hujan lebat pada 6 petang dan saya hanya mengetahui kejadian itu menerusi WhatsApp yang dikongsikan rakan asrama.
"Bagaimanapun, pihak pengurusan UIAM telah menutup kawasan tanah runtuh dengan kain kanvas dan tidak membenarkan mana-mana pihak memasuki kawasan itu," katanya.
Kredit foto: Bernama
Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati saliran air dan kawasan sekitar tempat parkir di asrama terlibat dipenuhi kesan lumpur susulan hakisan tanah yang berlaku.
Pada Ahad, Bernama melaporkan kira-kira 128 penghuni asrama lelaki UIAM di Gombak diarah mengosongkan premis itu selepas satu kejadian mendapan jalan serta tanah runtuh dikesan berhampiran bangunan tersebut.
Kejadian itu dikesan pada 6.45 petang berikutan aduan pelajar di kawasan terbabit dan tinjauan mendapati keluasan mendapan jalan adalah kira-kira lima meter persegi melibatkan kedalaman kira-kira tiga meter.
Sumber: BERNAMA |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Proactive la sangat ...... |
|
|
|
|
|
|
|
Mahasiswa jurusan kejuruteraan komputer Azrin Saedi, 28, pula berkata, semasa kejadian, beliau tidak mendengar sebarang bunyi tanah runtuh berhampiran blok asramanya. Ya Allah.. tak grad lagi ke dia ni. rasanya batch dia semua dah selamat dah. sambung master, phd kah?
atau sangkut jadi super senior degree? ke tukar course?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by domestobot at 28-12-2021 06:12 PM
baru je nak tanya pasal ni. entah2 masih juga le dok repeat sem sambil squatting bilik junior. kalau dia masih amik degree lah. orang lain dah sadaqallahulazim 2-3 tahun dah kot kalau ikut umur dia, ni masih lagi dok terkial-kial hantar assignment cari hint apa keluar final exam
ok aku tarik balik lah kecaman aku. dia memang postgrad, bukan undergrad. tapi artikel ni pun cuba la tulis terang sikit
|
|
|
|
|
|
|
|
kat belakang2 tu memang ada sextiviti penebangan pokok khuenz? |
|
|
|
|
|
|
|
Hujan kalau lebat bukan ramai bimbang pasal banjir je yang duduk dikawasan tinggi dan lereng bukit pun pasti akan risau akan kejadian tanah runtuh |
|
|
|
|
|
|
|
ohh.. master student la ni? still.. member2 amik master semua dah habis lama dah
2-3 tahun lepas lagi geng master dah grad. husnuzonnya, Phd mungkin?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Cik_jantung at 16-1-2022 08:48 AM
.......... |
|
|
|
|
|
|
| |
|