Kawasan pantai sering menjadi tumpuan ramai untuk beriadah, tidak kira sama ada musim cuti atau pun tidak.
Namun, penduduk United Kingdom (UK) berdepan kesukaran untuk beriadah di tepi pantai memandangkan banyak kawasan itu dicemari dengan najis.
Kredit foto: Getty Images
Sehingga Disember 2021, terdapat lapan kawasan pantai tidak selamat untuk menjalani aktiviti rekreasi kerana dicemari dengan najis, menyebabkan tahap pencemaran air yang tinggi.
Sehubungan itu, banyak pihak menggesa supaya kerajaan mengambil langkah pemulihan segera sebelum UK ‘kehilangan semua pantai’.
Kumpulan aktivis Surfers Against Sewage pada awal tahun ini berjaya mengetengahkan isu itu kepada pelbagai pihak.
Kumpulan itu memaklumkan, data kualiti air di kawasan pantai tidak direkodkan pada musim lain dan hanya dilakukan ketika musim panas kerana sering menjadi tumpuan orang ramai untuk mandi.
Keadaan itu menjadikan pengunjung sebenarnya tidak mengetahui jika pantai yang mereka kunjungi adalah bersih atau sebaliknya.
Sumber: Utusan |