Seorang suri rumah yang selesai membeli barang runcit melalui detik cemas apabila dicabul oleh seorang lelaki tidak dikenali yang muncul arah belakang.
Insiden itu menimpa mangsa, seorang wanita tempatan berusia 31 tahun itu ketika dia sedang menuju ke tempat letak kereta di Tamarind Square, Cyberjaya Selangor.
Gambar hiasan
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff berkata, kejadian itu berlaku pada 21 Disember lalu, kira-kira 11 pagi ketika pengadu bersama anak perempuannya berusia dua tahun.
“Pada jam lebih kurang 11.45 pagi setelah selesai membeli barang di Village Grocer Cyberjaya, pengadu bersama anaknya telah pergi ke kawasan parkir di tingkat 2 Lot 637 untuk mengambil kenderaannya.
“Ketika menuju ke arah keretanya, mangsa secara tiba-tiba didatangi seorang lelaki bangsa tidak pasti dan tidak dikenali dari arah belakang dan terus memeluk dan meraba mangsa.
“Mangsa yang terkejut dan panik terus menjerit dan meminta pertolongan namun tiada siapa berada di tempat kejadian.
“Jeritan mangsa menyebabkan suspek melarikan diri ke arah tidak pasti,” katanya dalam kenyataan semalam.
Mangsa yang trauma dengan kejadian tersebut menghubungi suaminya untuk meminta bantuan.
Wan Kamarul berkata, mangsa tidak sempat melihat muka suspek kerana memakai penutup mulut, juga tidak dapat mengecam warna baju suspek. Namun, ketika itu suspek memakai seluar panjang berwarna hitam.
Ihsan Instagram netizen
Pemeriksaan polis juga mendapati tiada kamera Litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian. Tetapi, pegawai penyiasat telah meminta semakan pergerakan mangsa melalui CCTV untuk mengesan sama ada suspek mengekorinya.
Polis masih berusaha mengenal pasti suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 dan 354 Kanun Keseksaan.
Tak payah nak kaitkan arwah tuan guru. Ni bkn msalah pakai tudung ke apa..kalau mmg jantan dh tk reti jage pelir org pakai serubung 7 lapis pun ttp kene jgk. Mcm this women pakai simple pun bole kene raba padahal xseksi pun.
"Taken out of context once again... he was referring to the minister that doesn't adorn the attire lah..... shouldn't look anymore into it... She can take hundreds of millions but complain about 70k for a compaign??!?"
Bila highlight situ, itu je la yg korang nampak. Macam kau potong2 lagu lepas tu jadi remix