CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1092|Reply: 6

Jantung Ebby Yus Bengkak Dan Bacaan Kreatinin Buah Pinggang Tinggi

[Copy link]
Post time 4-1-2022 12:12 PM | Show all posts |Read mode
Keadaan kesihatan pelakon dan pelawak Ebby Yus semakin baik apabila dia dibenarkan pulang ke rumah setelah ditahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat masalah paru-paru berair pada 24 Disember lalu.


Bagaimanapun menurut Ebby Yus atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, 56, dia perlu menjalani rawatan susulan bagi penyakit buah pingangg dan jantung.




Foto: IG




"Alhamdulillah... tak ada apa pun yang perlu dibimbangkan, sudah tiga hari saya keluar daripada hospital.


"Masalah paru-paru saya dah okay, cuma perlu buat rawatan susulan untuk penyakit lain pula selepas ini.


"Saya kena buat scan sebab jantung saya mula membengkak dan bacaan kreatinin buah pinggang pun naik sedikit," katanya kepada mStar.


Sebelum ini, Ebby menjadi antara artis yang terkesan teruk akibat banjir selepas rumahnya yang masih dalam proses pembinaan musnah dibawa arus banjir di Hulu Langat, Selangor pada 18 Disember lalu.




  



Akibat daripada kejadian tersebut, Ebby terpaksa menanggung kerugian mencecah hampir RM200,000.


Dalam pada itu ditanya tentang proses pembersihan tapak rumahnya itu, pelakon filem This Is Pilah ini berkata ia tergendala kerana keadaan jalan yang tidak selamat untuk dilalui oleh mana-mana kenderaan.


Kata Ebby, tanah di kawasan rumahnya perlu periksa semula kerana banyak perubahan yang telah berlaku selepas dilanda banjir.




  



"Saya tak boleh nak buat apa sangat di atas tanah rumah kerana terhakis akibat daripada banjir. Nak kena ukur balik sebab strukturnya dah lari dan perlu tambak semula.


"Kalau ada rezeki selepas ini, memang saya nak bina semula rumah di atas tanah itu.


"Sekarang ini mereka kena betulkan keadaan sungai terlebih dahulu, kemudian baru la kenderaan boleh keluar dan masuk untuk proses pembersihan kawasan rumah saya," katanya.




  



Biarpun berkali-kali diuji, Ebby tetap bersikap positif dan menghargai rakan artis serta peminat yang mendoakannya.


"Terima kasih banyak-banyak kerana mendoakan, itu pun sudah dikira sebagai satu bantuan juga... syukur Alhamdulillah.


"Apabila ada kawan-kawan dan peminat yang bertanya khabar, pada saya itu semua satu semangat untuk menjadi lebih kuat selain daripada kuasa Allah," katanya.


Ebby sebelum ini beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana penyakit lemah jantung dan buah pinggang yang dihidapinya.


Pada Oktober lalu, dia mengalami serangan jantung di atas kapal terbang ketika dalam perjalanan mengerjakan umrah di Makkah. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2022 12:14 PM | Show all posts
moga terbukak hati dia untuk berkahwin...sok2 susah senang ke sakit ke ada pasangan untuk sama2 hadapi..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga makin sihat la bro nihh ..
And boleh stop dah minum ayaq bukan2 ehhh ..  

Kopi teh semua tu patut dah xde dlm kamus dia .. cuba la minum ayaq kosong saja ..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
adelea: Semoga makin sihat la bro nihh ...


Xminum sgt kot.tp demi kelangsungan hidup dia amik la job paid review..dia xnk mengemis minta sedekah..even org nk bt tabung utk collection sbb rumah banjir pon dia ckp xpyh..bagus dia ni..semoga Allah gantikan dia dgn ganjaran pahala atas kesabaran dia dlm mghadapi ujian2 hidup

Amen yra
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 01:03 PM | Show all posts
Semoga Ebby segera diberi kesembuhan dan lekas pulih seperti biasanya.  Aminnn..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada hikmah rumahnya hanyut hari tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2022 03:18 PM | Show all posts
Semoga cepat sembuh...dah kene jg makan, bersenam dan kurangkan stress
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.085795 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list