Sumber The Sun
Seorang hakim wanita, Mariel Suarez sedang disiasat selepas klip rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan aksinya bercumbuan dengan seorang pembunuh menjadi tular.
Kejadian itu berlaku ketika dia melawat Christian Mai Bustos yang dipenjarakan di sebuah tahanan berhampiran bandar Trelew, Argentina.
Memetik laporan The Sun, dia merupakan salah seorang panel hakim yang bertugas untuk memutuskan hukuman penjara seumur hidup dijatuhkan terhadap Bustos atas kesalahan membunuh pegawai polis, Leandro ‘Tito’ Roberts pada 2009.
Suarez adalah satu-satunya hakim yang mengundi agar hukuman Bastos diringankan walaupun Hakim Mahkamah Tinggi memberikan amaran bahawa banduan itu adalah penjenayah yang sangat berbahaya.
Sumber Buenos Aires Times
Bagaimanapun, usahanya untuk membantu Bastos agar terlepas daripada hukuman berkenaan tidak berjaya.
Berhadapan dengan tindakan disiplin atas kesalahan berkelakuan tidak senonoh, Suarez menegaskan dia melawat Bastos atas alasan ingin menemubualnya kerana sedang menulis buku mengenai dirinya.
Bustos sebelum ini telah dibicarakan atas kematian pegawai polis yang mati ditembak berdekatan Corcovado. - CARI |