CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1756|Reply: 17

Laki Bini Kemurungan Tinggal Anak Tepi Jalan

[Copy link]
Post time 6-1-2022 04:06 PM | Show all posts |Read mode
Seorang kanak-kanak lelaki ditinggalkan oleh ibu bapanya selepas dia diturunkan dari kenderaan di tepi jalan dalam satu kejadian di Medan Baru, Medan baru-baru ini.


Insiden tersebut disedari oleh seorang wanita yang ketika itu melalui jalan tersebut.




Kredit foto: TikTok




Menerusi media sosial, wanita itu yang menggunakan nama @cikha_queen24 menceritakan, dia ternampak sebuah kenderaan berwarna hitam menurunkan seorang kanak-kanak lelaki kemudian berlalu pergi.


“Saya terus pergi ke arahnya dan melihat kanak-kanak itu menangis sekuat hati dan dia memberitahu dia ditinggalkan oleh ibunya.


“Kemudian, orang ramai mula menghampiri kanak-kanak itu dan cuba menenangkannya yang masih menangis kerana ketakutan,” kata wanita tersebut.


Kemudian, orang ramai membawa kanak-kanak itu ke balai polis dan jurucakap polis memaklumkan mereka sudah menerima laporan mengenai insiden yang  berlaku.







“Kami dapat menghubungi ibu bapa kanak-kanak itu dan mereka sudah datang mengambilnya.


“Polis masih menyiasat motif pasangan suami isteri itu meninggalkan anak mereka di tepi jalan dan berdasarkan maklumat awal, mereka mengalami tekanan perasaan,” ujarnya.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2022 04:17 PM | Show all posts
Ahhh, sampai dah thread berita dr seberang
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 04:28 PM | Show all posts
CARI-MAL ni suka benor berita dari seberang...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 04:29 PM | Show all posts
Kat tanahair ni pun apa kurangnya ada je kes macam tu.  Anak2 bergaduh dalam kereta terus ditinggalkan tepi jalan selain tertinggal di kawasan rnr sebelum mak pak datang ambil semula
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian tgk budak ni menangis teruk dia. Trauma dia.
Mak pak dia dah tanak bela dia tu better biarlah org lain yg jaga.
Risau plak kang dibuang sekali lagi, paling risau kalau time dibuang tu dah tak bernyawa budak ni.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 04:39 PM | Show all posts
medan indonesia...maling org ini aka mulau
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-1-2022 04:45 PM | Show all posts
Suchi replied at 6-1-2022 04:32 PM
Kesian tgk budak ni menangis teruk dia. Trauma dia.
Mak pak dia dah tanak bela dia tu better biarlah ...

kannnn... takut tak bernyawa aje... orang murung ni bukan boleh fikir dgn waras... harap2 sedara mara, tok nenek dtg amik & jaga..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 04:56 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 6-1-2022 04:29 PM
Kat tanahair ni pun apa kurangnya ada je kes macam tu.  Anak2 bergaduh dalam kereta terus ditinggalk ...

haritu iolss dengar HotFM. caller tu bagitau, tahap garang dia, kalau anak2 dia gaduh dalam kereta, dia tinggalkan je tepi jalan.
farah sampai istighfar dengar akak tu cakap macam tu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2022 04:58 PM | Show all posts
Suchi replied at 6-1-2022 04:32 PM
Kesian tgk budak ni menangis teruk dia. Trauma dia.
Mak pak dia dah tanak bela dia tu better biarlah ...

tentu trauma budak tu seumur hidup
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 05:53 PM | Show all posts
zmn skrg tk sesuai cm dlu

ko tinggalkn anak, silap2 jadi mangsa pedofil , organ, bunuh, seks bagai
zmn dlu takat momok aja kaco
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 06:03 PM | Show all posts
kasian lihat anak kecil ini..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
moga Allah pelihara lah budak tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 08:29 PM | Show all posts
kesian tgk teriak cmtu... tapi pengasuh anak aku bgtau, medan mmg mahal gila... dia balik medan terkejut bila makan kat luar semua... gamaknya parents budak ni terlalu stress
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 09:07 PM | Show all posts
Edited by Friska at 6-1-2022 09:10 PM

Disamping Tijili Square ini, rumah makan Italia, ndak jauh dari Hotel Ibis Medan. Sekitar 5 menit dari rumah orang tua saya kalo pakai mobil.

Mamak sama bapaknya ndak punya otak ini, harus ditindak biar kapok!
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
bini cousin aku mcm ni la. high plus mroyan, tggal ank tepi jln mcm tu ja . jkm angkut terus. mmg dorg dah aim lama
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dok rasa cari hat la ni nak buat matlamat depa bagi malaysia endon masuk sini supaya depa buleh jadikan cari ni sumbar info dua negara ni. Tu pasai segala jadah tukang buh berita dok pulun bubuh berita hat indon sama. Depa dok rasa rakyat indon lagi ramai lagi dok batak kalu buleh tarik bawak masuk sini lagi banyak view lagi banyak click lagi banyak iklan hat depa buh buleh jana duit. Kan ? @admin6
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2022 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
La-Ila Ha Illaullah... Mati2 aku ingat kat Malaysia.
Sebab tgk video Tiktok tu suara aku silent kan. Sekali baca description dia - Yindon rupanya.
So terus hatiku berkata "Hmppppphhh" [em:3:]
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 6-1-2022 04:28 PM
CARI-MAL ni suka benor berita dari seberang...

Kan. Kalau dah takde modal sangat baik resign je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.147885 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list