CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 719|Reply: 1

Rasa Sakit Bila Menyanyi, Kualiti Nyanyian Mark Adam Terjejas

[Copy link]
Post time 11-1-2022 07:39 AM | Show all posts |Read mode
Dijangkiti virus Covid-19 akhir Disember lalu, penyanyi Mark Adam mengakui dirinya sedikit trauma biarpun sudah bebas sepenuhnya daripada wabak berkenaan.


Mark atau nama sebenarnya Fikri Mark Adam Abdullah, 43, juga memberitahu kesan jangkitan itu juga menyebabkan nyanyiannya sedikit terganggu.




Foto: IG




“Setiap kali periksa tahap oksigen saya akan rasa trauma dan paranoid.


“Tidak dinafikan Covid-19 sedikit mengganggu teknik nyanyian saya. Ada rasa sakit sedikit ketika menyanyi.


“Bagaimanapun saya ada kawan dalam bidang perubatan yang menasihati supaya rajin bersenam,” ujarnya kepada mStar.




  



Mark Adam ditemui selepas program final Hijrahkan Laguku yang bersiaran secara langsung di Studio Penyiaran Digital, TV Al Hijrah, Kuala Lumpur pada malam Sabtu.


Malam kemuncak itu menyaksikan Shahir Zawawi muncul juara dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000.


Manakala Datuk Nash, Mark Adam dan Iwan Syahman membawa pulang wang tunai RM20,000 setiap seorang.


  



Sementara itu, Mark yang juga pelakon drama Keluarga Baha Don ini mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati daripada dijangkiti virus berkenaan.


“Dari mana dijangkiti, saya sendiri tidak tahu. Dua hari sebelum terkena, saya ada mengikuti misi bantuan banjir, namun saya tidak pasti adakah dari situ.




  



“Kita perlu sentiasa berjaga-jaga. Syukur saya dan isteri kini semuanya sudah kembali sihat,” ujarnya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-1-2022 09:52 AM | Show all posts

Dijangkiti virus Covid-19 akhir Disember lalu, penyanyi Mark Adam mengakui dirinya sedikit trauma biarpun sudah bebas sepenuhnya daripada wabak berkenaan.


Mark atau nama sebenarnya Fikri Mark Adam Abdullah, 43, juga memberitahu kesan jangkitan itu juga menyebabkan nyanyiannya sedikit terganggu.



Foto: IG

“Setiap kali periksa tahap oksigen saya akan rasa trauma dan paranoid.

“Tidak dinafikan Covid-19 sedikit mengganggu teknik nyanyian saya. Ada rasa sakit sedikit ketika menyanyi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 02:23 AM GMT+8 , Processed in 0.033106 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list