|
Sempena ulang tahun kelahiran suaminya yang ke-56 tahun tiga hari lalu, pelakon dan penerbit, Sheila Rusly menghadiahkan sebuah kereta mewah BMW X4 kepada suaminya, Jinggo.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Sheila memuat naik sebuah video dan mengucapkan terima kasih buat suaminya diatas apa yang dilakukan untuk keluarga selama ini.
“Selamat ulang tahun to my amazing husband. Thank you for being who u are & all that u do for us. There’s nowhere else in the world i would rather be than be next to u,” tulisnya.
Dalam video tersebut kelihatan suaminya sangat teruja sebaik sahaja melihat kereta mewah tersebut tiba di hadapan rumah mereka.
"Tq babe @sheilarusly_jspictures , Harta yang paling bernilai untuk seorang suami adalah isteri dan anak anak, Si putih di jalan beribu, you di hati i hanya satu, ANDAI DISURUH BUAT PILIHAN ANTARA SI PUTIH AND YOU, I pilih u…Thank you babe… Love u as always….Insya Allah till Jannah" tulis Jinggo di ruangan komen Instragram milik isterinya.
Rata-rata peminat dan rakan artis turut mengucapkan selamat hari lahir dan mendoakan kesejahteraan buat Jinggo.
Sheila dan Jinggo atau nama sebenarnya Azman Yahaya mendirikan rumah tangga pada 1995 dan dikurniakan dua anak lelaki iaitu Uzair Haqimy dan Luth Mikhail.- CARI
|
|