CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 502|Reply: 0

Baik untuk otak

[Copy link]
Post time 28-2-2022 09:50 PM | Show all posts |Read mode
Baik untuk otak



MAKAN kacang walnut setiap hari untuk kesihatan.

Rupa bentuk kacang walnut seperti otak manusia ini menunjukkan kehebatan kacang itu yang cukup besar kepada kesihatan otak.

Penelitian seorang penyelidik dari 'School of Medicine' dari University of California, Los Angeles (UCLA), Amerika Syarikat (AS) mendapati, makan segenggam kacang walnut boleh meningkatkan kemampuan berfikir dan prestasi otak.

Manakala kajian terbitan 'Journal of Nutrition Heal & Aging' menyarankan untuk makan segenggam kacang walnut setiap hari sebagai sebahagian amalan diet bagi meningkatkan kemampuan kognitif.

Kacang walnut juga boleh melambatkan proses penuaan otak dan ia sangat baik untuk mengurangkan risiko Alzheimer dan demensia yang melemahkan fungsi otak serta ingatan.

Sejak lebih 50 tahun lalu, penyelidik dan pakar industri mengadakan persidangan tahunan di University of California bagi membincangkan penyelidikan terkini khasiat kesihatan kacang walnut.

Antara khasiat lain kacang walnut:

1. Tinggi antioksidan

Kacang walnut mengandungi antioksidan dua kali lebih tinggi berbanding kacang lain.

Kandungan vitamin E, melatonin dan polifenol sangat tinggi pada kulit yang menyelaputi kacang walnut.

Satu kajian awal terhadap orang dewasa yang sihat menunjukkan makan kacang walnut dapat mencegah kerosakan pengoksidaan daripada kolesterol lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) atau kolesterol jahat dalam darah.

Kebaikannya dapat mengelakkan berlaku masalah aterosklerosis iaitu pengumpulan plak pada arteri.

2. Sumber omega- 3

3 daripada tumbuhan Kacang walnut lebih tinggi omega-3 berbanding kacang lain yang mengandungi 2.5 gram (gm) omega-3 bagi setiap 28gm hidangan kacang ini.

Omega-3 pada kacang walnut dipanggil 'alpha linolenic acid' (ALA) iaitu lemak penting yang perlu ada dalam diet harian.

Mengikut institut perubatan, pengambilan omega-3 yang mencukupi bagi lelaki dan perempuan ialah 1.1gm dan 1.6gm setiap hari.

Kajian juga mendedahkan pengambilan setiap gram ALA setiap hari merendahkan risiko kematian disebabkan penyakit jantung sebanyak 10 peratus.

3. Mengurangkan keradangan

Keradangan ialah 'akar' kepada banyak penyakit termasuk penyakit jantung, kencing manis jenis dua, alzheimer, barah dan boleh disebabkan tekanan oksidatif.

Polifenol dalam kacang walnut boleh membantu menentang tekanan oksidatif dan keradangan.

Lemak omega-3 ALA, magnesium dan asid amino arginina dalam walnut juga boleh mengurangkan keradangan.

4. Menggalakkan usus sihat

Kajian menunjukkan jika terdapat banyak bakteria baik dalam usus menandakan individu itu mempunyai kesihatan yang menyeluruh.

Komposisi mikrobiota yang tidak sihat boleh menyumbang keradangan, penyakit usus dan masalah lain kepada tubuh seperti obesiti, penyakit jantung serta barah.

Setiap apa yang dimakan secara jelas mempengaruhi pembentukan mikrobiota.

Makan kacang walnut mungkin salah satu cara menyokong kesihatan mikrobiota dan usus.

Satu kajian membabitkan 194 dewasa sihat yang mengambil 43gm kacang walnut setiap hari selama lapan minggu, mendapati ada peningkatan bakteria baik dalam usus mereka berbanding tidak mengambil kacang itu dalam tempoh sama.

5. Menggalakkan kesihatan kesuburan lelaki

Makan kacang walnut dapat membantu meningkatkan kesihatan sperma dan kesuburan lelaki.

Kajian terhadap 117 lelaki lelaki muda yang mengambil 75gram kacang walnut sebagai makanan diet selama tiga bulan menunjukkan peningkatan bentuk, pergerakan dan jangka hayat sperma berbanding mereka yang tidak makan kacang itu.

Khasiat kacang walnut ini juga dapat melindungi sperma dengan mengurangkan kerosakan tekanan oksidatif pada membrannya (sperma).

Kajian lanjut diperlukan untuk mengesahkan kebaikan ini, tetapi bagi lelaki yang mementingkan kesuburan, maka makan kacang walnut adalah perkara boleh dilakukan.

https://www.hmetro.com.my/sihat/2021/07/734428/baik-untuk-otak


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23791 Replies : 156
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 90334 Replies : 632
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196656 Replies : 4557
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30434 Replies : 184
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30569 Replies : 165
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26599 Replies : 99
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7079 Replies : 50
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30146 Replies : 220
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2665 Replies : 15
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7803 Replies : 56

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.067770 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list