|
Mari berkongsi kisah pembunuhan keturunan Ahlul-Bait ahli keluarga Rasulullah SAW sejak kejatuhan para Khalifah, yang mengakibatkan tiada lagi keturunan secara langsung dari Rasulullah SAW.. Semoga dgn berkongsi peristiwa menyedihkan ini menyedarkan umat Islam zaman ini yg saling berpecah-belah dan berbunuhan sesama Muslimin.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by darkcloud at 8-9-2010 13:14
Pembunuhan terhadap Khalifah Uthman bin Affan r.a. telah dipersalahkan pada Ali bin Abi Thalib. Setelah wafatnya Khalifah Uthman, Ali bin Abi Thalib ra telah dibai'at menjadi Khalifah. Pembai'atan Khalifah Ali bin Abi Thalib tidak memuaskan hati Muawiyah bin Abi Suffyan kerana Khalifah Ali r.a. bukanlah dari kabilah Bani Umayyah seperti Khalifah Uthman Bin Affan r.a. Usaha Muawiyah bin Abi Suffyan untuk menjatuhkan Khalifah Ali r.a. dgn cara pengkhianatan telah menyebabkan berpecah belahnya umat Muslimin.
Tuduhan terhadap pembunuhan Khalifah Uthman bin Affan pada Khalifah Ali bin Abi Thalib menyebabkan pengkhianatan umat islam tehadap Khalifah Ali bin Abi Thalib. Kezuhudan dan ketaatan Khalifah Ali bin Abi Thalib kepada Allah dan kecintaan beliau yg tinggi terhadap Rasulullah saw tidak mematahkan semangat beliau untuk terus memimpin umat islam ketika itu sekalipun umat Islam telah mengkhianat kepada beliau.
Sebelumnya peristiwa Karbala yang terjadinya pembunuhan terhadap cucu Rasulullah saw iaitu Hussein bin Ali bin Abi Thalib r.a. dan anak-anak, cucu serta ipar duai Rasulullah saw yg telah dibunuh pasukan Yazid bin Muawiyah. Muawiyah bin Abi Suffyan telah dulu berkhianat kepada Khalifah Ali bin Abi Thalib r.a. dan anaknya dengan Fatimah Bin Muhammad Rasulullah saw yg telah dibai'at menjadi iaitu Khalifah Hassan bin Ali bin Abi Thalib r.a. Daripada sejarah ini umat Islam telah menjadi saksi terhadap pengkhianatan penduduk Kufah di Iraq terhadap ahli keluarga Ahlul-Bait. |
|
|
|
|
|
|
|
Pertempuran Karbala terjadi pada 10 Muharram, 61 H (10 Oktober, 680) di Karbala, di Iraq masa kini. Pertempuran ini berlaku antara penyokong Husain bin Ali dengan tentera Khalifah Yazid bin Muawiyah. Ketika itu ramai ahli keluarga Nabi Muhammad terbunuh kerana menjadi penyokong dan pengikut setia Husain bin Ali. Yazid bin Muawiyah atau Yazid I adalah dari Dinasti Bani Umaiyyah.
Seramai 72 orang, tua dan muda menyertai rombongan Hussein bin Ali ke Kufah dan kesemuanya terbunuh dalam satu pengepungan Ramai wanita dan kanak-kanak telah ditangkap. Tentera Khalifah Yazid pula seramai 30,000 orang di bawah pimpinan Umar bin Saad. Lebih 88 tentera Yazid terbunuh dalam pertempuran selama 3 hari itu.
Lokasi pertempuran ialah di sebuah gurun berhampiran Sungai Furat.
Husain bin Ali ialah cucu lelaki Nabi Muhammad s.a.w. Pertempuran ini dianggap oleh orang Kufah sebagai titik pemisah antara pengikut sebenar Allah dengan yang tidak. Pengikut Kufah menjadikan peristiwa ini untuk memburuk-burukkan Khalifah Yazid kerana Khalifah Yazid tidak menerima 'ahlul bait' sedangkan mereka adalah ahli keluarga Rasulullah. Pertempuran ini dianggap antara titik perpisahan antara Syiah dan Sunnah. |
|
|
|
|
|
|
|
Selepas Khalifah Usman Affan dibunuh dalam satu pemberontakan, Ali bin Abu Talib dilantik sebagai Khalifah. Tetapi dasar-dasar Ali tidak disenangi ramai pihak terutamanya oleh Muawiyah bin Abu Suffian. Ekoran itu terjadi 3 pertempuran yang dikenali sebagai Perang Unta, Perang Siffin dan Pertempuran Nahrawan.
Puak Khawarij yang dianggap berkecuali, tidak menyokong Ali dan tidak menyokong Muawiyah telah mengambil keputusan membunuh Khalifah Ali dan Muawiyah sebagai jalan penyelesaian. Tetapi Muawiyah sempat melarikan diri dan terselamat. Akhirnya Muawiyah menjadi khalifah. Khalifah Muawiyah menjadi khalifah pertama dalam Dinasti Umaiyah.
Selepas itu, Hasan bin Ali mula mengumpul penyokong dan ketenteraan bagi menentang Muawiyah. Tetapi penyokongnya hanyalah dari kalangan ahli keluarga Rasulullah sahaja. Hasan setuju berdamai selepas perjanjian dengan Muawiyah, bahawa Hasan akan dilantik sebagai khalifah selepas kematian Muawiyah. Perjanjian ini dikenali sebagai Majlis Syura untuk melantik khalifah seterusnya.
Bagaimanapun Muawiyah cuba menaikkan anaknya Yazid sebagai khalifah seterusnya kerana lebih bijak, alim dan mempunyai ketokohan. Muawiyah mahu semua penyokongnya melantik Yazid selepas kematiannnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Mengikut ahli sejarah Islam, tidaklah umat Islam pernah tewas terhadap org2 kafir musyrikun tetapi kelemahan umat Islam sendiri yang berpecah belah sesama Muslimin adalah penyebab kegagalan umat Islam sehingga ke zaman ini. |
|
|
|
|
|
|
|
apalah azab yg akan diterima oleh yazid gan muawiyah ni yer..pembunuh ahlul bait..mcm2 mana askar2 dia tergamak bunuh kaum kerabat nabi nie.. |
|
|
|
|
|
|
|
cerita ni dah di ubah oleh seorg orientalis...dulu aku ade post kat CI nun camne Cucu Rasulullah ni dibunuh |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by darkcloud at 8-9-2010 15:31
Menyoroti sejarah keturunan Rasulullah saw
Ramai umat Islam tidak mengetahui riwayat keperibadian cucu-cucu Rasulullah saw iaitu Al-Hassan dan Al-Hussein anak kepada Siti Fatimah dan Saidina Ali bin Abi Thalib. Hasil perkahwinan Saidatina Fatimah dengan Ali bin Abi Talib, mereka dikurniakan anak Al-Hassan, Al-Hussein dan Siti Zainab r.a. Diriwayatkan ahli sejarah Khalifah Hassan Bin Ali r.a. terkenal sebagai seorang yang lemah lembut tutur katanya sehingga tidak pernah seorang pun yang berkecil hati dengan beliau. Beliau amat zuhud dan taat kepada perintah Allah swt lantas menerima didikan terus dari datuknya Muhammad Rasulullah saw. Pernah diceritakan beliau selalu mengabdikan diri bersolat 1000 waktu pada malam hari sehingga menimbulkan tanda tanya para sahabat bilakah beliau punyai masa dengan isteri-isterinya. Sifat Khalifah Al-Hassan diriwayatkan berbeza dengan adiknya Al-Hussein r.a. Imam Al-Hussein merupakan seorang yang lebih tegas apabila berkata-kata lantas seorang yang zuhud kepada Allah swt.
Pernah Rasulullah saw ketika mencium dan bermain dengan Al-Hassan dan Al-Hussein baginda mengatakan "Sesiapa yang mencintai Al-Hassan dan Al-Hussein, maka mereka mencintaiku, barangsiapa membenci keduanya, maka mereka membenci aku". Kata-kata Rasulullah itu membuktikan betapa baginda amat mencintai cucu-cucunya itu.
Diriwayatkan ketika sejurus lahirnya Al-Hussein, Rasulullah bergegas ke rumah Fatimah untuk menatap cucunya itu. Lalu di gendong cucunya sambil diratap. Rasulullah mengatakan baginda menamakan cucunya dengan nama Al-Hussein, nama yang tidak pernah dikenali org-org arab ketika itu. Ketika baginda mengendong Al-Hussein, baginda meratap seketika muka Al-Hussein lalu menangis. Setelah ditanya kenapa baginda menangis, baginda menjawab "Sesungguhnya cucu ku ini akan dibunuh oleh org-org zalim". Betapa hibanya hati Rasulullah saw ketika itu namun takdir Allah saw telah ditetapkan. |
|
|
|
|
|
|
|
ikick post la kat sini pulok.. |
|
|
|
|
|
|
|
Husein Bin Ali Bin Abi Thalib
Sayyidina Husein (Abu Abdillah) adalah cucu dan buah hati Rasulullah. Ia lahir pada hari kelima dari bulan Sya'ban tahun keempat hijriyah.
Al-Hakim mengemukakan sebuah hadits dalam kitab sahihnya, yang bersumber dari sahabat yahya al-'Amiri, bahwa Rasulullah SAW bersabda: " Husein dariku dan aku dari Husein. Ya Allah cintailah orang yang mencintai Husein. Husein adalah salah seorang asbath."
Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban, Ibnu Sa'ad, Abu Ya'la serta Ibnu Asakir dari Jabir bin Abdullah: "Saya telah mendengar Rasulullah bersabda: 'Barangsiapa suka melihat seorang pemimpin para pemuda ahli surga, maka hendaklah ia melihat kepada Husein bin Ali.'"
Sayyidina Husein gugur sebagai syahid, pada hari Jum'at, hari kesepuluh (Asyura) dari bulan Muharram, tahun enam puluh satu Hijriyah di padang Karbala –suatu tempat di Iraq yang terletak antara Hulla dan Kuffah.
Ibnu Hajar memberitahukan sebuah hadits dari suatu sumber yang diriwayatkan dari Ali, bahwa Rasulullah SAW telah bersabda " Pembunuh Husein kelak akan disiksa dalam peti api, yang beratnya sama dengan siksaan separuh penduduk dunia."
Abu Na'im meriwayatkan bahwa pada hari terbunuhnya Sayyidina Husein, terdengar Jin meratap dan pada hari itu juga terjadi gerhana matahari hingga tampak bintang-bintang di tengah hari bolong. Langit di bagian ufuk menjadi kemerah-merahan selama enam bulan, tampak seperti warna darah.
Sayyidina Husein sungguh telah memasuki suatu pertempuran menentang orang yang bathil dan mendapatkan syahidnya di sana. Menurut al-Amiri, Sayidina Husein dikarunia 6 anak laki-laki dan 3 anak perempuan. Dan dari keturunan Sayyidina Husein yang meneruskan keturunannya hanya Ali al-Ausath yang diberi gelar 'Zainal Abidin'. Sedangkan Muhammad, Ja'far, Ali al-Akbar, Ali al-Ashgor , Abdullah, tidak mempunyai keturunan (ketiga nama terakhir gugur bersama ayahnya sebagai syahid di karbala). Sedangkan anak perempuannya adalah: Zainab, Sakinah dan Fathimah.
http://www.asyraaf.net/v2/nasab.php?op=2&id=41 |
|
|
|
|
|
|
|
Saidina Husein R.A Yang Syahid Di Karbala
Tragedi gugurnya al-Husein r.a secara mengerikan itu mendorong tokoh-tokoh riwayat dan para penulis sejarah Islam untuk mengadakan penyelidikan. Hasil dari penyelidikan dan pengamatan yang mereka lakukan setelah terjadinya peristiwa itu, mereka tuangkan dalam tulisan-tulisan berupa riwayat menceritakan berbagai akibat setelah terjadinya pemenggalan kepala cucu Rasul Allah s.a.w.
Seorang penulis Islam kenamaan, Ibnu Hajar, dalam bukunya berjudul "Ash-Shawa'iqul-Kuhriqah" halaman 116, mengungkapkan bahawa sepeninggalan al-Husein r.a. ternyata tak ada seorang pun yang terlibat dalam pembunuhan itu, yang terhindar dari seksa dunia setimpal dengan perbuatannya. Ada yang mati terbunuh, ada yang buta dan ada pula yang secara tiba-tiba mukanya berubah warna menjadi hitam lebam. semuanya itu terjadi dalam waktu tak seberapa lama sejak al-Husein r.a. wafat.
Dalam bukunya yang berjudul "Tahdizibut-Tahdzib" Jilid II halaman 335, Ibnu Hajar juga mengetengahkan kisah an-Numairiy yang berasal dari 'Ubaid bin Jinadah. Kisah tersebut mengungkapkan peristiwa yang dialami seorang tua yang pernah melibatkan diri dalam pembunuhan terhadap al-Husein r.a. Orang tua itu membusungkan dadanya hanya kerana merasa terlibat langsung dalam pembunuhan terhadap al-Husein. Dengan bangga ia mengatakan: "Lihatlah, aku tetap selamat... tak ada bencana apapun yang menimpa diriku!" Tak lama setelah ia mengucapkan perkatan tersebut, lampu minyak berada tidak jauh dari tempat duduknya tiba-tiba memudar. Dikiranya sumbu lampu itu hampir habis. Ia segera bangkit dari tempat duduknya mendekati lampu untuk berusaha memperbaiki sumbunya. Pada saat ia sedang menarik sumbu, api yang semulanya tampak hampir padam tiba-tiba membesar kembali dan membakar jari-jarinya. ia berusaha keras memadamkan api yang menyala di tangannya, tetapi tidak berhasil, bahkan api menjalar ke bagian-bagian tangannya yang berlumuran minyak. Dalam keadaan panik ia mencuba memadamkan api dengan memasukkan tangan ke dalam mulut, tetapi malang... api bukan menjadi padam malah menyambar janggutnya yang telah memutih tetapi masih cukup lebat. Mukanya terbakar dan ia melolong-lolong kesakitan. Akhirnya api membakar pakaian yang sedang dikenakannya sehingga seluruh tubuhnya turut terbakar. Bagaikan sebuah obor besar ia lari kebirit-birit keluar dari rumah menerjunkan diri ke dalam Sungai al-Furat yang tidak seberapa jauh letaknya. Beberapa saat lamanya ia tidak muncul di atas permukaan air. Banyak orang menunggu-nunggu di tepi sungai ingin menyaksikan apa yang sedang terjadi pada diri orang tua itu. Ketika ia muncul di permukaan air, ternyata telah mati dan tubuhnya hangus seperti gumpalan arang.
Kebenaran kisah tersebut diperkuat oleh serajahwan Muslim terkenal, at-Thabariy, dalam bukunya yang berjudul "Dzakha'irul-'Uqba" halaman 145.
Dalam buku yang sama, Ibnu Hajar juga mengemukakan sebuah riwayat tentang pembunuh al-Husein r.a. Peristiwanya terjadi ketika si pembunuh itu menyerahkan kepala cucu Rasul Allah s.a.w. kepada 'Ubaidillah bin Ziyad, penguasa daerah Kufah. Kerana besar harapan akan memperoleh ganjaran istimewa, si pembunuh itu menyerahkan kepala al-Husein r.a. sambil bersyair:
Akan kupenuhi kantongku dengan emas dan perak
Sebagai ganjaran membunuh raja tanpa mahkota
Seorang yang pernah sembahyang pada dua kiblat
Berasal dari keturunan manusia termulia
Akulah pembunuh orang terbaik, ayah bondanya...
Akan tetapi ketika Ibnu Ziyad mendengar bait terakhir dari syair itu, dengan marah ia menukas: "Kalau engkau mengetahui kemuliannya itu, mengapa ia kau bunuh? Tidak, demi Allah, engkau tidak akan mendapat ganjaran baik dari aku. Malah engkau kuikut-sertakan bersama dia!"
Habis mengucap kalimat-kalimat tersebut, Ibnu Ziyad langsung memerintahkan salah seorang pengawal untuk membunuh orang yang baru saja mendendangkan syair dengan harapan akan menerima ganjaran besar.
Ada baiknya juga jika kami kemukakan juga riwayat lain lagi, yang ditulis oleh Ibnu Hajar dalam buku yang sama halaman 119. Peristiwanya terjadi ketika 'Umar bin Sa'ad bersama pasukannya membawa kepala al-Husein r.a. ibnu Hajar menulis sebagai berikut:
"Setiap berhenti di suatu tempat untuk beristirehat, para pengawal kepala al-Husein r.a. selalu menancapkan kepala itu pada ujung tombak. Seorang pendita Nasrani yang bertempat tinggal di sebuah biara yang dilewati rombongan, terkejut melihat sebuah kepala manusia tertancap pada ujung tombak, ia lalu bertanya ingin mengetahui siapakah orang yang dipenggal kepalanya itu. Ketika mendapat jawapan bahawa kepala itu adalah kepala al -Husein r.a. putera Siti Fatimah binti Rasul Allah s.a.w. dengan marah ia menyahut: "Alangkah buruk perbuatan kalian!" Saat itu juga ia minta agar kepala al-Husein r.a. boleh disemayamkan semalam di dalam biaranya. "Untuk itu aku sedia membayar 10,000 dinar!", katanya lebih lanjut. Tentu saja permintaan pendita itu diterima baik oleh Sa'ad dan rombongannya. Kepala al-Husein r.a. segera dibawa masuk oleh pendita itu ke dalam biara, kemudian dicuci bersih-bersih dan diberi wewangian secukupnya. Semalam suntuk kepala itu dipangkunya sambil menangis hingga pagi hari. Keesokan harinya pendita itu langsung menyatakan diri masuk Islam, karena pada malam harinya ia menyaksikan cahaya terang memancar ke langit dari kepala al-Husein r.a. Setelah memeluk Islam, ia meninggalkan biaranya dan hingga akhir hidupnya ia merelakan diri bekerja sebagai pembantu Ahlul-Bait... Demikianlah menurut Ibnu Hajar. Dengan sekelumit riwayat yang kami kutip dari penulis Islam terkenal itu, terbuktilah bahawa tindakan pembunuhan sewenang-wenang terhadap cucu Rasul Allah s.a.w. mendorong semangat para penulis sejarah untuk mengungkapkan lebih jauh peristiwa yang menyedihkan itu.
[H.M.H. Al Hamid Al Husaini, Al Husain bin Ali r.a: Pahlawan Besar dan Kehidupan Islam pada Zamannya, hlm 373.]
http://www.asyraaf.net/v2/artikel.php?op=2&id=71 |
|
|
|
|
|
|
| |
|