View: 3597|Reply: 6
|
Pope tak popular di Scotland
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by perang_sivil at 17-9-2010 09:34
SEBUAH kenderaan melalui papan iklan yang memaparkan penolakan rakyat Scotland terhadap kunjungan Pope.
EDINBURGH: Lawatan Pope Benedict ke Britain bermula semalam di Scotland diharapkan mendapat sokongan negara paling sekular di Eropah tetapi masalah diplomatik pada saat akhir dan kemungkinan sambutan dingin dianggap mengancam kejayaan kunjungan beliau yang dianggap kurang popular.
Cubaan Pope menyampaikan amanat ketika Gereja Katolik berhadapan skandal penderaan seks kanak-kanak di seluruh dunia menjadi semakin rumit dengan komen seorang pembantu kanan yang menyamakan status England dengan sebuah negara Dunia Ketiga.
Pope juga menyatakan laluan sepanjang lawatan empat hari ke England dan Scotland dalam hubungan dengan gereja England selepas menawarkan Oktober lalu untuk memudahkan penganut Anglican, yang tidak gembira dengan pembaptisan wanita dan paderi gay, menukar mazhab.
Penganut Katolik tempatan sementara itu mengakui bahawa Pope Benedict kurang karisma berbanding Pope John Paul sebelumnya yang menarik beratus ribu orang ketika lawatan pada 1982.
“Saya rasa beliau akan berusaha menambat hati penduduk Britain,” kata Jack Valero, koordinator kumpulan progereja Catholic Voices.
“Itu menjadi keistimewaan beliau, beliau ingin memenangi masyarakat sekular melalui pujukan.”
Pope berkenaan akan menerima sambutan negara dari Ratu Elizabeth selepas terbang ke ibu negara Scotland, Edinburg dan kemudian menyertai perhimpunan terbuka berhampiran Glasgow pada tengahari.
Bagaimanapun, beribu-ribu tempat duduk belum terjual manakala polis pula memberitahu sebuah taman bagi perhimpunan Glasgow itu akan kosong satu pertiga.– REUTERS |
|
|
|
|
|
|
|
Pope juga menyatakan laluan sepanjang lawatan empat hari ke England dan Scotland dalam hubungan dengan gereja England selepas menawarkan Oktober lalu untuk memudahkan penganut Anglican, yang tidak gembira dengan pembaptisan wanita dan paderi gay, menukar mazhab.
- Paderi Gay???? |
|
|
|
|
|
|
|
hii...sy budak baru belaja....sape pope ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
paderi gay ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Amman (AsiaNews) – Benedict XVI’s late morning visit to the “al-Hussein bin-Talal” mosque in Amman, beyond being a gesture of openness towards Islam and an opportunity for the Pope to reiterate his lesson on faith.
In a meeting with Vatican press office director Father Federico Lombardi, curiosity over the fact the Pope did not remove his shoes as he entered the mosque, predominated.
http://www.asianews.it/news-en/Pope-wears-shoes-in-mosque-visit,-as-he-was-told-to-15201.html
ISTANBUL, Turkey (CNS) – In a gesture of respect to Muslims in Turkey and around the world, Pope Benedict XVI prayed in Istanbul's famed Blue Mosque, his first papal visit to an Islamic place of worship.
http://www.catholic.org/internat ... _story.php?id=22182 |
|
|
|
|
|
|
|
hii...sy budak baru belaja....sape pope ni....
dinotunder Post at 5-10-2010 15:15
ketua agama kristian katolik |
|
|
|
|
|
|
| |
|