CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3440|Reply: 18

Daging klon bakal menu biasa 2012

[Copy link]
Post time 17-9-2010 08:55 AM | Show all posts |Read mode
LONDON: Penduduk Britain mungkin membeli makanan dan daging daripada haiwan klon di pasar raya dan peladang dalam masa dua tahun lagi, kata badan pemantau rasmi, semalam.
Tambah membimbangkan, Lembaga Agensi Penarafan Makanan (FSA) mengakui mustahil untuk mewujudkan satu badan untuk mengesan dan melabel makanan daripada haiwan klon itu, lapor Daily Mail.
Agensi itu juga mendakwa, jual beli antarabangsa membabitkan embrio dan air mani haiwan klon amat berleluasa dan tidak dapat disekat atau dipantau.

Akibatnya, pengguna mungkin tidak sedar mereka makan daging dan minum susu lembu klon, tidak lama lagi.

Pengakuan mengejutkan itu dibuat pengerusi FSA, Lord Jeff Rooker, yang berkata: “Anda tidak dapat kawal apa yang anda tidak dapat kira atau periksa. Itu memang mustahil.

“Bagaimanakah kita dapat menghalang orang ramai daripada tertipu? Dalam perkara ini, kami tidak dapat memberi jaminan.”
Ketua Eksekutif FSA, Tim Smith, pula membayangkan bahawa anak lembu klon mungkin sudah banyak ada di ladang tanpa sesiapa mengetahui lokasinya, dua tahun lagi.

“Makanan berasal daripada haiwan klon sudah pun dijual di negara ini,” kata Presiden Persatuan Petani Kebangsaan Scotland, Jim McLaren.

“Perkara itu juga berlaku di tempat lain di dunia dan sudah ada di negara ini, membabitkan produk diimport,” katanya lagi.

Bulan lalu, akhbar mendedahkan daging daripada tiga haiwan klon sudah berada dalam pasaran makanan Britain dan Eropah sejak setahun lalu.

FSA sebelum ini menyatakan itu menyalahi undang-undang anggota Kesatuan Eropah (EU) tetapi mengubah pandangan apabila menyatakan perkara berkenaan mungkin perkara biasa beberapa tahun lagi. – Agensi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-9-2010 09:41 AM | Show all posts
Daging klon.... Teknologi membawa kebaikan dan kekesalan...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 01:41 PM | Show all posts
ya Allah.....................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2010 02:44 PM | Show all posts
Dua tahun lagi... tak la... rasa-rasanya kat M'sia pun akan jadi mcm tue...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 07:15 PM | Show all posts
kalau populasi dah semakin banyak, why not clone food? cuma yang risaunyer  bile cloning ini melibatkan pengunaan cell stem babi atau DNA nyer dalam clone food.. sah2 la hukumya jatuh haram sbb ada varians babi.. harap2 pihak berkuasa dapat memantau penggunaan clone food sbb biasanya DNA babi akan digunakan sbb ianya cepat membiak dan membesar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2010 07:42 PM | Show all posts
Reply 5# allsparks


    baru tahu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2010 10:50 PM | Show all posts
tambahan :

even cell stem tumbuhan pun die merge kan dgn DNA babi... ohhhh my....

mintak jauh la.... harap2 pihak berwajib peka..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2010 12:16 PM | Show all posts
Reply 7# allsparks


    DNA Lembu or Kambing or kucing ke? tak merge ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2010 01:32 PM | Show all posts
kambing dgn kucing bukan fast breeder mcm vavi... kalau tak... pehhh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2010 02:04 PM | Show all posts
Reply 9# allsparks


    Hurrmm... Wondering kenapa vavi diharamkan dan dianggap najis dalam masa sama teknolgi menunjukkan vavi ni byk memberi manfaat...not sure manfaat atau kemudaraatn... org melihat mcm memberi manfaat... future tak tahu kemudaratannya...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2010 06:37 PM | Show all posts
kalau populasi dah semakin banyak, why not clone food? cuma yang risaunyer  bile cloning ini melibat ...
allsparks Post at 17-9-2010 19:15



    Kalau tanpa cell babi sekalipun binatang lembu dan kambning klon ni halal ke haram dimakan??





Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2010 07:46 PM | Show all posts
Klon? klon yg camana nie? ada affect tak kalau manusia makan?  sedangkan GMO soy tu pun ada yg claimed tak elok inikan pulak daging haiwan cam lembu dan kambing..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2010 07:55 PM | Show all posts
Reply 12# ponet


    Klon ni mcm nak mengubah fitrah kejadian tuhan dan aturan alam la... menggunakan pendekatan sains... ada manfaat dan kemudaratan..terpulang pada kita nak menilai...aku tak pandai nak komen sebab...tak pernah pergi Kolej dan universiti pun...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2010 08:15 PM | Show all posts
Reply 13# perang_sivil


  Tu yg tak paham tu. Klon nie cam klon kambing biri-biri yg diberi nama 'dolly' dulu ke? Klon yg jenis camtu ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2010 08:20 PM | Show all posts
kang kalau aku jawab hanya berpandukan pengetahuan aku yang cetek ni.... Hurrmmm.. ada sape2 forumer yang ada bidang kejuruteraan genetik sila bantu Ponet dan Perang_sivil...kami pun kurang arif pasal klon-mengklon binatang... Profesor Klon tahu la...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2010 08:30 PM | Show all posts
Reply  allsparks


    Hurrmm... Wondering kenapa vavi diharamkan dan dianggap najis dalam masa  ...
perang_sivil Post at 18-9-2010 14:04



kita akan cenderung menjadi seperti apa yg kita makan... dulu2 saintis islam dah buktikan pasal makan anjing dgn babi ni kepada

psikologi dan kesihatan manusia. aku pun lupa kajian tu sbb da lame tak belek...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-9-2010 08:33 PM | Show all posts
Reply 16# allsparks


    ada reference ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2010 09:49 PM | Show all posts
Reply  allsparks


    ada reference ke?
perang_sivil Post at 18-9-2010 20:33



ntah la... wa pon talak igt wo... sudah lame itu dewan kosmik ke al-islam..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 04:03 PM | Show all posts
sama je takkan selama ni kita makan daging ada nama lembu tu kot...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.393738 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list