CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4021|Reply: 17

Badrul Muhayat buat hal lagi

[Copy link]
Post time 21-9-2010 03:06 PM | Show all posts |Read mode
AMPANG: Tak habis-habis buat hal. Itu yang berlaku kepada pelakon popular, Badrul Muhayat, 42, apabila dia sekali lagi didakwa  melakukan keganasan terhadap isterinya di rumah mereka di Kampung Cheras Baru di sini, kelmarin.  Kali ini, pelakon terbabit yang berang apabila isterinya, Julia Daud, 29, meminta dia menurunkan tanda tangan di atas surat permohonan cerai, didakwa menendang wanita berkenaan di pinggang.

  Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, pelakon terbabit pulang ke rumah dalam keadaan tergesa-gesa sebelum menyelongkar dan mengambil pakaiannya dalam bilik.

  Menurut sumber polis, ketika itu isterinya meminta pelakon berkenaan menurunkan tandatangan surat yang mengatakan bersetuju untuk bercerai secara baik sebelum suaminya itu memarahi dan berlaku pertengkaran antara mereka.

  “Pelakon itu bertegas tidak mahu menandatangani surat terbabit sebelum dia secara tiba-tiba mengambil anak perempuannya, Siti Nor Batrisyia yang berusia tiga tahun dan membawanya menaiki kereta.

  “Bagaimanapun, isterinya cuba mengejar sebelum pelakon terbabit memberhentikan kereta di depan rumah pengasuh anak tidak jauh dari rumah mereka,” katanya.

  Beliau berkata, sebaik meninggalkan anaknya di hadapan rumah, isteri pelakon  itu segera memasuki kereta dan mendesak pelakon terbabit menandatangani surat persetujuan bercerai.

  “Tindakan itu menyebabkan pelakon berkenaan berang dan terus menendang pinggang isterinya itu dengan tujuan menghalaunya keluar dari kereta.

  “Berlaku sedikit pergelutan antara mereka sebelum beberapa jiran mententeramkan keadaan dan meminta pasangan itu masuk ke dalam rumah untuk berbincang,” katanya.

  Menurutnya, selepas berbincang, pelakon itu bersetuju menandatangani surat  mengatakan dia bersetuju bercerai secara baik dengan isterinya itu sebelum  meninggalkan rumah dalam keadaan tergesa-gesa.

  “Malah, pelakon itu sempat memberitahu isterinya dia tidak akan hadir pada perbicaraan perceraian mereka di Mahkamah Syariah Kajang, Rabu ini,” katanya.

  Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan  dibuat isteri pelakon terbabit.

  Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan polis masih menjalankan siasatan lanjut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2010 04:02 PM | Show all posts
i x akan ckp bad ni mengongg.... tp bini ni yg mengong amatsss....ari tu dh nk cerai tp gatal sgt berbaik semula...dah tau laki ko tu perangan serupa hape jah....
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 04:02 PM | Show all posts
anyway bkn menyokong penceraian tp sekadar pandangan .....
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 04:24 PM | Show all posts
lelaki kalau dah start naik tangan kt bini, sampai bila2 dia akan ketagih naik tangan tu.. memang la dayus lelaki mcm ni pukul bini sendiri. aku berani jamin dia ni akan buat perangai lagi sekali mcm ni x lama lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2010 04:30 PM | Show all posts
Reply 2# martiena


    Penceraian adalah perkara halal yang sangat dimurkai Allah S.W.T
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 11:28 AM | Show all posts
x hbs2 lagi si badrul ni... dayus benor.. tp yg si isteri jgn la pksa time dia tgh hangin, kan x psl2 naik tangan:@
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2010 11:34 AM | Show all posts
baran tak hengat..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 12:23 PM | Show all posts
dah dayus....camtu la jadinya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2010 12:25 PM | Show all posts
ala ngan pompuan brani la......
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 12:34 PM | Show all posts
aduyai xberubah2
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 02:14 PM | Show all posts
ngan pompuan pun nak pukul..dayus!
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 05:13 PM | Show all posts
ntahapa2 bad ni pun...dari muda sampai ke tua...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 05:41 PM | Show all posts
Dunia2
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 08:54 PM | Show all posts
mmg x minat laki spesis mcm n...2 x 5 Dol sama aje dgn normiang. Dua2 dayus..sorang dera fizikal pukul bantai pompuan..yg sorang lg mendera mental bekas isteri (masa jd laki  boleh main dgn betina lain time bini tgh preknen & dlm pantang)...
Nauzubillahiminzalik..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 10:16 PM | Show all posts
janganlah terus menfitnah Badrul macam ini. Saya tak percaya dia buat macam itu sebab dia baik dan penyayang.

Badrul ini mangsa kekejaman wanita. Macam juga Norman.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 08:50 AM | Show all posts
nama kena tukar tuh...
BAD = buruk / hodoh..
tu pasal perangai semacam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2010 12:50 PM | Show all posts
pandai pandai la korang nak idup.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 01:19 PM | Show all posts
jgn ko kene simbah acid sudah le encik bad...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.056826 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list